Wednesday 25 July 2012

Jadual Tajuk Cerita Novel - Lyka Akisya

Isnin - Seutuh Kasih Rozel
Selasa-Kasihku Untukmu
Rabu-Gelora Cinta
Khamis -Cinta Abadi
Jumaat-Strawberry Love Chocolate !(new komedi story)

Keseluruhan cerita ini saya akan update mengikut waktu dan hari yang telah ditetapkan . Seandainya saya tidak mengupdate cerita tersebut pada hari berikut saya minta maaf .Moga terhibur dengan keseluruhan cerita saya :)

Tuesday 24 July 2012

Kasihku Untukmu ! 12


Bab 12
Shahila tersenyum keseorangan di dalam bilik setelah mengingat kembali kejadian dia bersama Rifqi sebentar tadi . Dia segera menggelengkan kepala dan melupakan peristiwa tersebut sambil membaca novel karya Aliesha Kirana iaitu Love You Mr Arrogant . Novel tersebut sungguh menarik mintanya untuk membaca dengan lebih mendalam lagi .
Tiba-tiba pintu bilik mereka terkuak perlahan . Kelihatan suaminya baru sahaja berbual dengan ayahnya di ruang tamu . Shahila sama sekali tidak menoleh ke arah suaminya kerana dia tidak mahu perasaan cinta antara dia dan Rifqi berputik .
“ Shahila ... saya nak minta maaf pasal tadi . Saya sama sekali tiada niat untuk ambil kesempatan terhadap awak “ jelas Rifqi .
“Saya mengerti ..lagipun itu hanya semua lakonan sahaja kan ? Sudahlah , saya nak tidur . Awak tidurlah esokkan awak nak pergi kerja lagi ?” kata Shahila lalu menarik selimut bagi menyelimutkan dirinya sebelum tidur . Tengku Rifqi mahu berkata sesuatu tetapi dia tahu isterinya sama sekali tidak mendengarnya .
Malam itu , Tengku Rifqi sama sekali tidak dapat lelap untuk tidur . Kadang kala dia melihat isterinya yang tidur di sofa dengan penuh rasa kasihan . Dia segera mendekati isterinya lalu dia duduk di sebelah gadis itu .
Tengku Rifqi segera mendukung gadis itu dengan perasaan yang penuh rasa bersalah . Dia membawa gadis itu naik ke atas katil . Dia pula mengambil tempat tidur di sofa . “ Selamat malam sayang “ kata Tengku Rifqi secara tiba-tiba tanpa menyedari bahawa dia sudah mula cintakan isterinya .
Keesokan paginya , Shahila terkejut mendapati dirinya tidur di atas katil . Sekali lagi peristiwa ini berulang ! Dia mencari kelibat suaminya tetapi tidak jumpa sama sekali . Dia bercadang untuk mandi dan menyiapkan diri ke kuliah .
Setelah itu , dia keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap . Kelihatan suaminya menunggu dia di birai katil . Suaminya itu sungguh kacak sekali apabila berpakaian kemeja dan disematkan dengan tali leher .
“Awak dah siapkan ? Mari kita pergi “ kata Tengku Rifqi .
“Tunggu saya nak cakap sesuatu “ kata Shahila .
“Apa dia ?” soal Rifqi .
“Saya minta awak berhenti daripada mendekati saya . Di depan umi dan papa saja awak boleh mendekati saya tapi bila kita di bilik jangan sama sekali awak mendekati saya “ kata Shahila dengan geram .
“Apa maksud awak ?” soal Rifqi tanda tidak mengerti .
“Saya akan tidur di atas sofa sepanjang lima tahun dan awak pula tidur di atas katil ... saya tak nak berlaku disebaliknya “ kata Shahila .
“Saya suami awak Shahila ... jadi saya berhak menentukan awak tidur di mana “ kata Tengku Rifqi lalu pergi meninggalkan gadis itu . Shahila berasa bengang dengan sikap suaminya yang sungguh degil sekali .
Setelah tamat kuliah , Shahila melihat Raudah melambai ke arahnya . Shahila segera mendekati temannya itu . Shahila duduk di sebelah kawannya .
“Amboi ..semenjak dua menjak ni kan aku tengok kau sibuk sahaja Shahila ? Sampai aku pun kau tak nak layan ?” soal Raudah .
“Bukan begitu Raudah ... saya Cuma sibuk sebab nak siapkan kertas kerja tu banyak “ kata Shahila .
“Baiklah ..aku mengerti “ kata Raudah .
“Jadi macam mana kehidupan kau dengan suami kau sekarang ni ?” soal Raudah . Shahila tidka tahu untuk menjawab bagaimana . Dia juga tak sanggup untuk berbohong lagi dan kali ini dia mahu meluahkan segala rasa yang terpendam di dalam hati .
“Entahlah ... aku tak tahu nak cakap apa “ kata Shahila .
“Ya Allah , kau ada masalah ke Shahila ? Ceritakanlah pada aku ?” soal Raudah .
“Aku sengsara Raudah ... aku derita dengan semua ni “ luah Shahila .
“Baiklah ..cerita perlahan-lahan ... aku akan dengarnya dengan teliti “ kata Raudah.
Shahila menceritakan segalanya . Kadang kala Shahila menangis dan rasa bersalah dengan semua ni . Dia sama sekali tidka snaggup untuk berbohong dengan orang tuanya lagi dan kawan-kawannya .
“Aku mengerti Shahila ...sudahlah ..kau jangan menangis lagi “ kata Raudah lagi .
“Terima kasih kerana memahami aku Raudah “ kata Shahila .
Setelah itu , dia ke perhentian bas seperti biasa menunggu suaminya . Kelihatan kereta suaminya sudah pun terpakir di depan perhentian bas . Shahila membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta . Tengku Rifqi mula merasa aneh melihat sisa air mata Shahila di pipi gadis itu . Pasti ada yang tak kena !Tengku Rifqi mengambil keputusan untuk mengesat air mata gadis itu .
“Kenap awak menangis ?” soal Rifqi sambil mengesat air mata gadis itu . Shahila terkejut dan sekali gus terpanar .
“Saya okay “ kata Shahila bagi menghilangkan perasaan gementar di dalam hatinya . Tengku Rifqi segera mencengkam tangan gadis itu .
“Kenapa jadi macam ni ? Afnan ganggu awak lagi ? Atau apa ?” soal Rifqi .
“Tiada apa-apa yang berlaku dan ni bukan soal Afnan .. “ kata Shahila .
“ Jadi angkara siapa ?” soal Rifqi .
“Rifqi bukan saya katakan bahawa jangan ambil berat pasal saya lagi ...sudahlah saya tak larat dengan semua ni “kata Shahila .
“Saya perlu tahu sebab saya suami awak sekarang ni “ kata Tengku Rifqi .
“Tapi itu untuk 5 tahun “ kata Shahila sekali lagi .
“ Kalau dah jodoh Allah akan tetapkan jodoh ni buat kita berdua selamanya “ kata Tengku Rifqi sambil merenung tajam terhadap gadis itu . Bibir Shahila terkunci rapat . Lama sekali mereka berpandangan antara satu sama lain .
“Sudahlah ... pandulah kereta ..saya nak balik solat zuhur “ kata Shahila bagi mengelakkan perasan itu timbul di hatinya . Tetapi sudah terlambat kerana perasaan itu masih ada dan sudah lama timbul .

SUHANA  menunggu Pak Alim iaitu pemandu keretanya yang masih lagi belum tiba di tempat biasa dia menunggu . Kelihatan Afnan sedang berjalan mendekati ke arahnya . Suhana hanya sekadar berdiam diri dan buat tidak tahu .
“Suhana “ kata Afnan dengan perlahan .
“Apa awak nak , Afnan ?” soal Suhana .
“Saya nak kita berbincang “ kata Afnan lagi .
“Saya rasa kita tak perlu berbincang lagi soal kita Afnan . Saya dah penat dengan semua ni lagipun minggu depan saya akan menghantar surat penceraian kita ke rumah awak . Awak hanya perlu tandatangan dan kita jumpa di mahkamah “ kata Suhana lagi .
“Itu sama sekali tidak akan berlaku Suhana “ kata Afnan lagi .
“Apa maksud awak ?” soal Suhana kembali . Kelihatan suaminay itu mengambil tempat duduk di sebelah isterinya . Suhana sendiri juga tidka pasti apa yang bakal suaminay itu lakukan selepas ini ?
“Saya tak nak kita bercerai “ kata Afnan sambil berlutut ke arah isterinya itu . Suhana sama sekali tidak mengendahkan Afnan . Dia malahan ketawa kecil dan tersneyum sinis melihat perbuatan suaminya .
“Awak ingat saya ni bodoh ke Afnan ? Semalam awak cakap yang awak cintakan Shahila di depan orang ramai sekarang awak kata awak cintakan saya pula ? Awak ingat saya ni robot untuk awak arah menerima cinta awak dengan sekelip mata ?” soal Suhana dengan geram .
“Maksud awak ?” soal Afnan tanda tidak mengerti . Suhana segera bangkit dari tempat duduknya dan berdepan dengan suaminya sendiri .
“Saya nampak awak dengan Shahila semalam . Saya tengok awak benar-benar mencintai dia jadi saya rasa kita memang patut bercerai jadi jangan halang keputusan saya “ kata Suhana dengan geram .
“Itu semua salah faham ..memang benar semalam saya katakan saya cintakan dia tetapi barulah saya terfikir bahawa dia mempunyai suami dan saya tak boleh ubah keputusan itu “ kata Afnan lagi .
“Jadi kalau Shahila tidak menikah dengan lelaki itu mungkin awak akan melamarnya dahulu kan ? Selepas tu awak buang saya macam sampah terbiar ! “ bentak Suhana .
“Su ..saya sedar saya dah buat keputusan dan kesilapan yang paling besar dalam hidup saya dengan gadis yang bukan hak saya . Sepatutnya saya mencintai awak bukan dia dan sekarang saya menyesal sangat Su ... saya cintakan awak su meskipun Shahila dah berceria dengan suaminya saya takkan pernah berpatah balik untuknya kerana cinta saya hanya pada awak . Berilah saya peluang su ...” pujuk Afnan lagi .
“Saya takkan pernah bagi awak peluang kedua lagi Afnan sebab saya tak nak terluka lagi hanya kerana cinta awak yang sering kali menyakiti hati saya !” kata Suhana setelah melihat kereta Pak Alim tiba di tempat biasa . Afnan pula hanya mampu sempat mengalirkan air matanya melihat insan yang dia sayang pergi meninggalkannya .



Saturday 21 July 2012

Gelora Cinta !-Lyka Akisya


Qistina Emira terpaksa menikah dengan Azahari Akmal kerana desakan keluarga . Bukan dipinta untuk menikah tetapi segalanya terpaksa . Sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri , Qistina tidak pernah mengeluh meskipun dia sering kali dipukul , dicaci dan dihina sedemikian . Kadang kala , Azahari juga menyesal dengan perbuatannya lalu dia membuat keputusan untuk menceraikan Qistina demi kebahagiaan gadis itu . Tetapi Qistina malahan mencintai Azahari sehingga dia tidak sanggup berpisah dengan suaminya . Takdir telah menentukan segalanya ! Akhirnya Qistina telah diceraikan dengan talak satu ! Azahari menjadi buntu soal cinta . Sehinggalah suatu hari , Qistina menghubungi Azahari untuk bertemu dengan bekas suaminya kerana rindu sangat dengan pemuda tersebut . Malangnya satu kemalangan yang menimpa diri Azahari membuat Qistina menyedari bahawa ini semuanya salah dia tetapi keluarga Azahari sama sekali tidak pernah menyalahkan Qistina . Mayat Azahari yang hilang membuatkan pihak polis berhenti mencari . Mak Esah yang terjumpa seseorang yang tersangkut di dahan segera menyelamatkan pemuda tersebut dan berubat di rumahnya . Setelah 2 bulan , Azahari akhirnya sedar dan terkejut kerana dia sendiri tidak mengenali siapa dirinya . Sejak dari kejadian tersebut , Mak Esah menamakan Azahari sebagai Rizal Ridhuan . Rizal nekad untuk mencari identitinya sebenar . Dia ingin mencari pekerjaan di KL bagi menyara hidupnya dan juga Mak Esah serta mencari identiti sebenarnya ! Dato Shafee terkejut melihat wajah Rizal sama seperti wajah anaknya tetapi dia yakin itu bukan anaknya ! Qistina yang bekerja di bawah syarikat bekas ayah mertuanya terkejut melihat Rizal ! Rizal yang sudah jatuh cinta dengan Qistina nekad untuk melakukan apa saja agar gadis itu menerima dirinya dengan cara kotor .Qistina semakin terluka ! Kerana dia telah mengkhianati cinta Azahari ... bagaimanakah nasib cinta mereka ? Adakah onak duri dan gelora cinta bakal mewujudkan jurang di antara mereka ? Adakah Qistina akan mengenali siapakah Rizal sebenarnya ?

Thursday 10 May 2012

Kasihku Untumu ! Bab 1


BAB 1
Shahila termenung sendirian sambil membelek majalah tanpa membacanya . Dia tersenyum melihat adiknya Arisya sedang nyenyak tidur akibat kepenatan dari balik sekolah . Kedengaran ketukan pintu dari arah luar membuatkan dia sendiri terkejut . Dia mencapai tudung bawalnya lalu dipakai seperti biasa . Dia menuju ke arah pintu utama lalu dibuka .
“Assalamulaikum “ teguran dari insan yang amat dikenalinya sendiri iaitu Afnan Zakaria merupakan kawan baiknya sendiri . Dia pasti kawannya itu mahu mengajak dia sendiri belajar bersama dnegan Atila , Shaira , Raudah dan Haziq .
“Ada apa awak datang ke mari Afnan ?” soal Shahila . Afnan memberi sebungkus hadiah yang sangat cantik dibalut dengan reben yang sempurna . Shahila tidka memahami apa tujuan Afnan memberinya sebuah kotak hadiah ?
“Apa ni Afnan ?” soal Shahila kembali .
“Ambil dan buka . Malam ni saya akan telefon awak kembali “ kata Afnan sambil tersenyum lalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian . Shahila sama seklai tidak mengerti dengan Afnan . Mhau sahaja dia menghalang lelaki itu tetapi apakan daya dia mengejar seorang lelaki ?
Dia menutup pintu utamanya kembali lalu Shahila duduk di sebuah sofa yang berdekatan dengan televisyen nya sendiri . Dia menelan air liurnya . Dia membaca bismillah agar tidak ada apa-apa berlaku semasa dia membuka kotak tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihta seutas rantai yang sangat cantik berada di dalam kotak tersebut . Dia mengambil kepingan surat dari kotak tersebut .
‘Assalamualaikum , kawanku Shahila ... bagaimana dengan hadiah ulang tahun awak yang ke 21 ? Bagus tak ? Kalau awak tak boleh terima awak boleh kembalikannya pada saya tetapi saya benar-benar berharap awak dapat menerimanya sikhlas hati awak seperti mana saya memberikannya pada awak . Janganlah menolaknya , kerana ia pemberian dari saya . Tulus ikhlas dari Afnan’ setelah membaca surat tersebut , Shahila sendiri sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Afnan sendiri .
Dia tidak tahu untuk berkata . Tiba-tiba kedengaran sebuah motor yang amat dikenalinya . Shahila segera menyembunyikan hadiah Afnan agar ayahnya tidak tahu . Dia mencapai tombol pintu lalu dipulas . Kelihatan ibu dan ayahnya baru balik dari pasar .
“Assalamualaikum “ kata ibunya yang baru sahaja balik dari pasar .
“Waalaikumsalam “ jawab anaknya itu .
“Ambil lauk ni , masak ya sayang ? Ibu dan ayah ada hal lepas ni “ kata ibunya . Shahila hanya sekadar mengangguk dan menerima permintaan ibunya . Dia ke dapur lalu mula memasak . Ayahnya pula membelek surat khabar .
“Bang , betul ke anak si Tengku Shafwan nak datang masuk meminang anak kita ?” soal ibunya dengan nada tiba-tiba . Shahila terus berhenti memotong . Dia terkejut dengan kata-kata ibunya . Apakah benar ?
“Yalah ....takkan dia nak berbohong dengan kita . Lagipun si Shahila tu dah besar takkan nak tunggu dia jadi anak dara tua baru nak menikah ?” soal ayahnya . Shahila beridiri di tepi pintu dapur sambil mendengar kata-kata ayahnya .
“Tapi bang , kita kena beritahu Shahila dulu tentang ni “ kata ibunya .
“Itu saya tahu ... “ kata ayahnya .
Shahila menunduk pasrah . Apakah seharusnya dia menolak sahaja pinangan dari anak Tengku Shafwan ? Tapi apa hubungannya Tengku Shafwan dengan ayahanya sendiri ? Bukankah Tengku Shafwan seorang lelaki bisnes yang terkenal padahal keluarga dia sendiri jauh lebih miskin dari keluarganya itu ? Belajar di universiti pun dia mendapat biasiswa kerana kejayaanya mendapat straight a’s dalam spm .
Dia teruskan memasak tanpa menghiraukan lagi kata-kata ibunya . Tiba-tiba dia teringat kan hadiah Afnan . Dia tersenyum sendirian .
Shahila melangkah masuk ke dalam dewan kuliah sambil membawa beberapa kertas laporan yang penting . Afnan pula berlari untuk mendapatkan Shahila . Shahila tersenyum melihat Afnan di sisinya.Dia pasti mahu bicara soal hadiah itu .
“Macam mana dengan hadiah itu ?” soal Afnan .
“Terima kasih atas hadiah tu Afnan . Tapi saya tak tahu apa dan kenapa awak bagi hadiah tu pada saya ? Saya tak boleh menerimanya “ kata Shahila .
“Awak nak tahu kenapa saya bagi hadiah tu pada awak ?” soal Afnan . Shahila mengangguk .
“Sebab saya dah janji pada ibu saya bahawa rantai tersebut akan dimiliki oleh insan yang saya sangat cinta . Dan insan itu adalah awak “ kata Afnan . Shahila terkejut dengan kata-kata Afnan . Mungkin dia patut menjauhkan diri dari Afnan .
“Maafkan saya , Afnan “ kata Shahila dengan nada serius lalu meninggalkan Afnan sendirian . Afnan langsung tidak memahami dengan Shahila . Raudah melihat Shahila yang berwajah serius lalu mendapatkan Shahila .
“Shahila kenapa ni ?” soal Raudah .
“Jangan bercakap dengan aku buat sementara ni Raudah , aku perlukan ketenangan “ kata Shahila . Raudah sama sekali tidak memahami Shahila . Shahila duduk di sebelah Atila . Raudah kembali duduk di sebelah Atila juga .
Setelah tamat kuliah , Shahila keluar dari kuliah tersebut . Dia menunggu motor ayahnya . Dia melihat jam yang sudah pun ternyata pukul 2 petang . Selepas ini dia harus ke rumah Raudah untuk mengambil laporan yang dipinjamnya semalam . Afnan yang melihat Shahila keseorangan di perhentian bas menemani gadis itu .
“Kenapa awak tak mahu menjawab persoalan saya Shahila ? “ soal Afnan secara tiba-tiba . Kenapalah lelaki ini muncul setiap kali dia menjauhkan diri dari Afnan sendiri .
“Apa awak cakap ni Afnan ? Saya tidak mengerti ?” soal Shahila untuk memutar belitkan soalan . Sebenarnya dia sendiri tak mahu menjawab segala persoalan yang bermain di dalam pemikiran Afan sendiri .
“Saya mahu tahu perasaan awak pada saya , Shahila .. adakah awak mencintai saya juga ?” soal Afnan kembali .
“Saya rasa awak dah tahu jawapannya Afnan “ kata Shahila sambil memandang tepat ke arah Afnan sendiri .
“Jadi awak tak terima cinta saya ? Adakah awak mencintai lelaki lain , Shahila ? Atau saya ni tak cukup sempurna buat awak ?” soal Afnan .
“Semuanya salah , Afnan ... bukan kerana saya tak mahu menerima cinta awak atau saya mencintai lelaki lain cuma ... saya blum siap untuk dicintai . Cukuplah sekdar saya mencintai yang maha Esa dan ibu bapa saya termasuk keluarga saya “ jelas Shahila .
“Jadi adakah pintu hati awak takkan pernah terbuka pada semua insan lelaki ?” soal Afnan . Shahila memandnag ke arah Afnan dengan pandangan geram . Apa yang lelaki tersebut maksudkan ? Kelihatan motor ayahnya sudha pun berada di perhentian bas .
“Shahila , naik “ kata ayahnya dengan geram melihat Afnan bersama gadis itu meskipun jauh jarak di antara mereka . Shahila segera naik motor ayahnya tanpa mempedulikan Afnan langsung . Soalan Afnan tidak dijawab . Sampai di rumah , Shahila masuk ke dalam kamar .
Ayahnya meletakkan songkok ke atas meja di ruang tamu . Ibunya pula memberi secawan kopi untuk diberikan pada si suaminya . Isterinya mengurut belakang suaminay dengan penuh kasih sayang . Segala tekanan di kepala dapat dihilangakan .
“Kenapa abang macam ada banyak sangat tekanan ? “ soal ibunya .
Ayahnya hanya sekadar tersenyum .
“Tak ada apa-apalah sayang .. dahlah awak berehat dulu . Saya nak pergi ke masjid lagipun Tengku Shafwan ada dekat sana boleh saya berbincang dengan dia mengenai Rifqi tu “ kata ayahnya . Shahila terkejut mendengar perbualan ayahnya sekali lagi . Siapa pula Rifqi ? Takkan lelaki yang mahu meminangnya pula ?Shahila dengan beraninya keluar dari kamar untuk mengetahui siapa Rifqi .
“Siapa Rifqi ayah ?” soal Shahila secara mengejut .
“Shahila ? Kenapa kamu nak tahu ?” soal ayahnya .
“Maafkan Shahila ayah , Shahila terdengar perbualan ibu dan ayah sejak kelmarin soal anaknya Tengku Shafwan ... ayah adakah Tengku Rifqi tu bakal suami Shahila?” soal Shahila dnegan lembut . Ayahnya terdiam .
“Shahila ... buat masa sekarang ni kamu jangan ambil tahu lagi .. mengerti ?” soal ibunya .
“Tapi ibu ....
“Jangan banyak cakap , masuk bilik dan buat kerja kurus kamu yang belum siap . Lagi satu , kalau ibu cakap ni dengar sahaja jangan menjawab atau melawan “ kata ibunya lagi .
“Baik ibu “ kata Shahila lalu masuk ke dalam kamar dengan perasaan yang sedikit hampa . Dia mahu tahu siapa lelaki itu . Adakah itu salah ? Kenapa ibunya selalu sahaja melarangnya untuk mengetahui siapa lelaki itu ? Adakah itu salah juga ?Dia sendiri keliru .
“Sayang , kenapa awak berkasar dengan anak kita ? Dia tidak salah , dia hanya mahu tahu siapa lelaki itu ... lagipun dia berhak tahu . Saya pergi dulu “ kata ayahnya dengan wajah serius . Ibunya pula mula merasa bersalah tentang kata-katanya tadi . Mungkin dia sepatutnya tidak berkasar terhadap anaknya itu .
“Maafkan saya , abang “ kata ibunya .
“Sudahlah ... awak masuk dan pujuk anak kita tu . Jangan buat perangai macam tadi ... saya tidak suka , mengerti ?” soal ayahnya . Ibunya hanya sekadar mengangguk . Setelah bersalam –salaman dengan suaminya dia  kembali ke bilik anak gadisnya itu .
“Eh , ibu kenapa ibu ada di sini ?” soal Shahila kembali .
“Shahila buat apa ?” soal ibunya .
“Shahila menyiapkan laporan yang semalam punya . Oh ya bu , kalau Shahila nak tanya ibu jangan marah ya ?” soal Shahila kembali .
“Apa dia sayang ?” soal ibunya .
“Boleh tak Shahila tahu siapa Rifqi ? Hati Shahila tidak tenteram mendengar perbicaraan ibu dan ayah sebentar tadi ?” soal Shahila . Ibunya hanya sekadar tersenyum . Dia mengusap rambut anakya itu yang penuh cantik . Seharusnya dia berterus terang dengan anak gadisnya itu dan mungkin inilah masa yang tepat untuk dia menjelaskan semuanya .
“Begini Shahila , ibu dan ayah sudah memikirkan tentang kamu . Kamu sudah dewasa Shahila jadi ibu dan ayah buat keputusan untuk menjodohkan kamu bersama dengan seorang pemuda dari bandar . Nama dia Tengku Rifqi bin Tengku Shafwan . Sudah lama kami bercadang untuk menjodohkan kamu berdua tetapi anaknya Tengku Shafwan belum balik dari London . Kini dia belajar di London ambil aliran kejuruteraan . Setelah dia sampai ke sini , ayahnya akan bicara soal kamu dan dia “ kata ibunya . Kini Shahila mengerti akan kata-kata ibunya .
“Tapi ibu ... Shahila masih belajar sama juga dengan dia ... Shahila yakin dia juga akan memikirkan soal kerja dahulu “ kata Shahila .
“Itu ibu tahu sayang , sebab tu ayahnya menyuruh Tengku Rifqi bekerja di syarikat ayahnya dulu baru cari kerja lain “ kata ibunya .Shahila terdiam seribu bahasa . Dia tidak tahu untuk memberi alasan apa lagi .
“Tapi ibu , siapa ayah kepada Tengku Shafwan ?” soal Shahila kembali .
“Tengku Shafwan merupakan kawan baik ayah kamu ... dia seorang sangat baik . Dia juga berjanji bahawa dia berniat untuk menjodohkan kamu dengan anaknya “ kata ibunya .
“Jadi Shahila Afrina Bt Yusop , anak ibu , adakah kamu sudi menjadi isteri kepada Tengku Rifqi dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ?” soal ibunya . Shahila tertunduk malu . Tetapi dalam masa yang sama dia juga takut untuk menerima pemuda tersebut . Tapi kenapa ?



Novel terbaru ! 2012 Cinta Aku Dan Dia mempersembahkan ....


  


 Cinta Aku dan Dia !
 Fia Ashira seorang gadis yang comel dan baik . Namun , dia tidak sekali pun percaya pada cinta kerana diatelah dilukai oleh Farish Iskandar . Dia juga tak percaya akan cinta kerana dia tak mahu disakiti seperti gadis lain . Kemunculan , Farish Iskandar seklai lagi membuat dia sakit hati apabila mengetahui bahawa Farish ternyata sepupunya sendiri . Farish yang baru sahaja putus cinta dnegan Amilia ingin kembali pada Fia tetapi Fia tidak semudah itu diperdayakan . Setelah Farish dinasihati oleh kakaknya tentang cinta kini dia mengerti dan tahu tentang sakitnya hati dilukai . Dia bertemu dengan Fia dan mula rasa bersalah terhadap gadis itu . Fia pula semakin menjauhkan diri dari Farish . Farish membuat keputusan untuk masuk meminang Fia . Ibu dan ayahnya pula terima . Fia terpaksa menurut kerana dia tak mahu ibu bapanya malu . Rumah tangga Fia tidak pernah bahagia sekalipun bagi dirinya . Tetapi di saat mereka terpisah sedikit pun . Fia mula rasa kesepian . Di saat ulang tahun pernikahan mereka , Farish pula membawanya ke suasana yang romantik . Hari demi hari bibit –bibit cinta mereka mula mekar , semekar bunga ros yang sungguh cantik . Namun , kebahagiaan Fia hancur setelah dia terjebak dalam satu kemalangan ngeri yang menimpa dirinya di mana Amelia yang cuba membunuhnya agar dia boleh mendapat Farish kembali . Fia akhirnya lupa ingatan dan dia juga membuat keputusan untuk pergi ke sebuah shalley di mana dia dan Farish berbulan madu di situ tetapi Fia sama sekali tidak ingat . Sehinggalah Farish muncul di situ dan mahu membawa Fia pulang . Tetapi adakah Fia boleh menerima Farish sebagai suaminya kembali ? Adakah mereka dapat kebahagiaan mereka yang selama ini masih tertangguh ?

Monday 30 April 2012

Salam Kasih Diucapkan !

Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca di penulisan 2u yang menggemari cerita Seutuh Kasih Rozel . Saya sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa ramai yang menyokong karya saya . Insya Allah jika saya ada masa yang terluang saya akan lakukan yang terbaik untuk dibukukan menjadi sebuah novel . Tak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang sentiasa menyokong saya iaitu Hidayah Fuad , Nur Diyana , Farhana Shah dan lain-lain lagi . Terima kasih kepada pembaca karya saya yang menasihati saya mengenai kesilapan typing error dan saya akan cuba perbaiki kelemahan saya . Buat yang tersayang dan tercinta iaitu ibu dan ayah yang sentiasa menyokong saya untuk terus berkarya . Salam buat semua ....

Thursday 15 March 2012

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 4


Bab 4
Walfiah merenung kosong di meja makan . Nasi goreng di depan matanya dipandnag kosong . Walfiah hanya mengeluh sahaja . Amran Raziq kini berdepan dengannya sehingga mengejutkan dirinya .
“Amran , jangan lah buat saya terkejut “ kata Walfiah sambil tersenyum .
“Ala nak gurau pun tak boleh . Oh ya , mana kawan awak tu ?” soal Amran .
“Dia kata dia dah habis kuliah mungkin sekarang dia di bilik “ kata Walfiah lagi .
“Oh ya ke patutlah awak sorang-sorang “ kata Amran . Walfiah tersenyum mendnegar kata-kata Amran Raziq . Ternyata Amran memang seornag yang baik dan mengambil berat juga pasalnya . Amila yang baru saja melangkah masuk ke kantin geram melihat emreka berdua . Amila segera melangkah mara ke meja makan mereka berdua .
“Oh ternyata perempuan kotor ni pun awak masih suka . Hermm ... jijiknya Amran Raziq !” kata Amila . Erin hanya mampu tergelak kecil . Amran Raziq bingkas berdiri .
“Saya di sini hanya ingin menjamu selera bukan untuk melayan awak berdua yang langsung tidak waras memikirkan diri awak sendiri tanpa orang lain “ kata Amran . \
“Amran , dia kotor . Jijik lah kalau nak menjamu selera dengan dia , apa kata you makan dengan I saja ? I bersih , suci , cantik tak macam perempuan tu !” kata Amila sambil tersenyum sinis .
‘Pang’ satu penampar melekat lagi di pipi Amila . Amran Raziq sudah tidak tahan lagi dengan penghinaan Amila .Amila memegang pipinya yang sudha mula kemerahan .
“Amran Raziq ! Awak hanya tahu menggunakan kekuatan awak sebagai seorang lelaki dengan menampar wanita kan ? Hanya kerana ini awak mampu menarik ramai perhatian orang kan ? Tak sangka awak begitu kejam . Jijik tahu !” kata Amila .
“Bagi aku , kau lagi jijik dibandingkan ornag yang paling jijik dalam dunia ini “ kata Amran Raziq dengan geram . Amila dan Erin membawa diri ke kamar . Walfiah bangga dengan Amran Raziq yang mampu melindunginya dari mereka .
“Terima kasih Amran Raziq Haiqal “ kata Walfiah sambil tersenyum . Walfiah kini berasa lega kerana Amran Raziq ternyata tidak lah sejahat mana seperti Amila yang sering menghina dirinya. Amran Raziq hanya mampu memberikan senyuman manis pada gadis di hadapannya .
...........................................................................................
Pening kepala Aliza tidak terkata . Sakit kepalanya seperti ditikam-tikam oleh pisau yang tajam . Namun begitu , dia cuba menahan kesakitan . Aliza duduk di birai katil untuk merehatkan dirnya.Ketukan pintu dari luar tidak dihairankan . Akhirnya dia pengsan di bilik .
“Tidur agaknya Aliza “ kata Walfiah lalu membuka tombol pintu dengan menggunakan kuncinya . Alngkah terkejutnya dia melihat Aliz asudah pun terbaring di atas lantai . Walfiah segera mendekati Aliza yang masih lagi pengsan .Dia minta tolong Hidayah iaitu teman sebiliknya .
“Kenapa dengan Aliza , Walfiah ?” soal Hidayah dengan nada terkejut .
“Aku tak tahu , tapi kita kena bawa dia ke hospital . Kau ada kereta kan ? Aku nak bawa dia ke hospital “ kata Walfiah .
“Baiklah aku pandu “ kata Hidayah lalu memapah Aliza ke arah keretanya . Walfiah memasukkanya ke dalam kereta . Aliz amasih lagi tidak sedarkan diri . Walfiah berharap agar Aliza berada dalam keadaan baik . Sampai sahaja di hospital , Walfiah dimasukkan ke dalam wad rawatan . Beberapa minit kemudian doktor keluar memberi laporan .
“ Bagaimana dengan keadaan kawan saya doktor ?” soal Walfiah .
“Alhamdulilah kini dia berada dalam keadaan baik , cuma saya rasa dia sudah kehabisan ubatnay sebab itu dia pengsan “ kata doktor . Walfiah sama sekali tidak mengerti . Aliza sebenarnya sakit apa ?
“Kejap ? Ubat ? Maksud doktor Aliza sakit ? Dia sakit apa ?” kata Walfiah .
“Dia kan kawan awak takkan dia tak pernah ceritakan pada awak ?” soal doktor . Walfiah hanya sekadar menggeleng .
“Dia batuk berdarah . Apapun saya minta diri cik Walfiah “ kata doktor . Hidayah dan Walfiah terkejut mendengar perkataan tersebut . Itu bererti sebelum ini dia sembunyikan sesuatu dari mereka semua . Walfiah tidak  menyangka sama sekali . Walfiah masuk ke dalam kamar rawatan Aliza . Dia terkejut melihat Walfiah yang pucat lesu terdampar di atas katil .
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku Aliza ? Kenapa kau tipu aku ?” soal Walfiah sambil mengenggam erat tangan Aliza  . Aliza masih lagi tidak sedarkan diri dari pengsan . Tiba-tiba Aliza membuka mata lalu dia muntah . Muntahnya berdarah dengan teruk . Walfiah segera memanggil doktor . Doktor segera merawat Aliza dengan segera . Penyakit Aliza bertemabah teruk . Akhirnya Aliza berada dalam keadaan stabil .
“Maafkan saya cik Walfiah , buat sementara waktu jangan lagi menjenguk dia . Dia perlukan rehat “ kata doktor Sufiah . Walfiah hanya sekadar mengangguk . Hidayah memeluk Walfiah dengan sedih . Dia berharap Walfiah bersabar .
‘Ya Allah kasihanilah Aliza . Kau berikanlah dia kekuatan untuk dia menempuh segala cabaran hidup ini . Kau kuat kanlah semangantnya . Amin . ‘ doa Walfiah di dalam hati . Dia mengusap perutnya yang semakin buncit .
“Jangan risau Walfiah , aku akan jaga kau dan juga Aliza “ kata Hidayah dengan penuh yakin .
“Terima kasih Hidayah “ ucap Walfiah . Hidayah tersenyum . Dia lega melihat Walfiah mengesat tangisannya . Dia sedih juga melihat kawan karibnya iaitu Aliza sakit parah .
.....................................
“Geram betul aku dengan minah kotor tu lah !!!! Asyik –asyik dia , asyik –asyik dia kenapalah dia ni selalu saja muncul setiap kali aku berjumpa dengan Amran Raziq !!!”bentak Amila . Erin cuba menenangkan dirinya .
“Sabar sahajalah Amila , mungkin hari ni bukan nasib kau . Lagipun aku yakin suatu hari nanti Walfiah akan keluar dari kolej ni “ kata Erin lagi .
“Tapi sampai bila Erin ? Aku dah muak tengok muka dia dekat kolej ni kau tahu tak ?!” kata Amila dengan geram.
“Ala aku akan bantu kau don’t worry” kata Erin . Amila memandnag wajah Erin . Kini dia yakin Erin sahajalah kawan karibnya bukan Yasrina . ‘Bodohnya kau Amila kerana percayakan aku , aku hanya inginkan harta keluarga kau sahaja . Setakat kawan dnegan kau macam kawan dengan pontianak ‘ kata Erin tersenyum sendirian . Yasrina sudha tahu bahawa Erin sememangnya sudah ada niat lain mendekati Amila . Dia kembali menutup pintu bilik Amila .
Dia keluar dari flat lalu ke sebuah pondok untuk tenangkan diri . Hidayah dan Walfiah baru sahaja balik dari hospital . Walfiah melihat Yasrina keseorangan di pondok .
“Ermm hidayah , kau naik dulu aku ada hal sekejap “ kata Walfiah . Hidayah hanya sekadar mengangguk . Dia mencapai begnya lalu segera ke bilik untuk menyiapkan laporan kerja yang diberikan oleh Pn Hashimah . Walfiah mendekati Yasrina yang sedang termenung .
“Assalamualaikum , Yasrina ?” kata Walfiah sambil memulakan perbicaraanya . Yasrina segera berpaling .
“Waalaikumsalam , Walfiah “ jawab Yasrina .
“Boleh saya duduk ?” soal Walfiah . Yasrina hanya sekadar mengangguk .
“Awak fikirkan tentang apa , Yasrina ? Macam ada masalah saja ?” soal Walfiah .
“Kau ni kan , Walfiah tak habis-habis nak buat baik dengan aku kan ? Aku dah muak lah kawan dengan kau ! “ kata Yasrina lalu mencapai begnya untuk kembali ke kuliah . Meskipun kuliahnya bermula pada pukul 2 dia tak mahu bertemu dengan Walfiah . Walfiah segera menghalang Yasrina dari pergi .
“Yas , duduklah . Aku ada hal nak cakap dengan kau . It is important “ kata Walfiah . Yasrina menurut kata-kata Walfiah meskipun dia tidak selesa dengan gadis itu .
“Ada apa ?” soal Yasrina .
“Aliza . Aliza sakit barah “ kata Walfiah smabil menitiskan air matanya . Yasrina terkejut dengan kata-kata Walfiah . Apa benar Aliza sakit ? Ya Allah apa lagi dugaan yang telah menimpa Aliza dan juga Walfiah ?
“A..aliza sakit apa , Walfiah ? Teruk ke “ soal Yasrina yang mula kerisauan . Walfiah terkejut melihat Yasrina begitu ambil berat terhadap kawan karibnya seketika dahulu . Sedangkan dia , tiada siapa yang peduli . Walfiah hanya mengesat air matanya .
“Ya ... batuk berdarah . Peluang untuk dia hidup sangat tipis “ kata Walfiah lagi .
“Dia dekat hospital mana ?” soal Yasrina kembali .
“Dekat Hospital Besar Kuala Lumpur “ jawab Walfiah . Yasrina segera pergi untuk menjenguk temannya iaitu Aliza . Dia sememangnya risau tentang keadaan kawan karibnya itu . Walfiah sedih kerana Aliza lagi penting dari dirinya . Namun dia hanya bersabar . Walfiah melangkah pergi dari  pondok . Tiba-tiba wajah Amran Raziq berada di hadapannya .
“Kenapa awak menangis ?” soal Amran Raziq sambil mendekati gadis itu . Walfiah mengesat tangisan gadis itu . Sedihnya tak dapat dikatkan . Sebak melanda di keliling hatinya . Amran Raziq duduk di sebelah Walfiah .
“Saya sakit hati saja “ kata Walfiah .
“Kenapa ?” soal Amran Raziq kembali .
“Setelah Yasrina lebih pentingkan Aliza dari saya . Saya ni kebudak –budakan kan ? Mengharap kasih sayang yang lebih ?” soal Walfiah kembali . Amrna Raziq menggeleng .
“Tak . Awak bukanlah gadis yang pentingkan diri Walfiah . Kalau awak pentingkan diri , awak dah lama biarkan Aliza mati “ kata Amran Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Pandai awak buat lawak . Tapi saya taklah sekejam itu kerana saya masih sayangkan Aliza dan Yasrina “ kata Walfiah lagi .
“Jadi awak kena kuat semangat dan tak lupakan yang maha Esa “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya sekadar mengangguk .
“Terima kasih Raziq . Awak dah banyak tolong saya . Kebanyakan lelaki yang saya temui semuanya gila tapi awak tak kerana awak mampu menaikkan semangat saya entah kenapa “kata Walfiah .
“Mungkin itu cinta “kata Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Awak ni pandai bergurau lah , Raziq “ kata Walfiah .
“No , i’m serous now “kata Raziq lagi . Walfiah terkejut . Walfiah dan Raziq saling berpandangan . Walfiah berasa tenang mendengar kata-kata Raziq .
“Tapi saya belum bersedia untuk mencintai lelaki “ kata Walfiah .
“Kalau begitu saya akan tunggu sampai bila-bila “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya memberikan senyuman manis buat lelaki berada di sebelahnya . Kini kerisauan dia mula hilang tetapi sebak di hatinya masih terasa .
.....................................................................................................
Yasrina mencari wad icu di mana Aliza di rawat . Akhirnya Yasrina berjaya mencari wad tersebut . Kelihatan Aliza sedang merenung jauh di luar tingkap . Dia berasa penat , letih , sakit dan semuanya . Pintu rawatan Aliza dibuka secara perlahan-lahan . Aliza berpaling ke arah Yasrina . Yasrina menutup pintu rawatan Aliza . Dia segera memeluk Aliza kerana dia bersyukur Aliza tidak apa-apa.
“Lepaskan aku “ kata Aliza dengan nada lemah . Dia sesak kerana Yasrina memeluk dirinya . Aliza masih lagi dalam dakapan Aliza . Aliza segera menolak Yasrina dengan kuat sehingga Yasrina jatuh ke lantai .
“Kau dah buat Walfiah menderita sekarang kau nak buat aku menderita ? Kau ! Kau pergi balik dengan Amila dan Erin ! Pergi ! Aku tak nak tengok muka kau di sini ! “ kata Aliza dengan geram . Tiba-tiba Aliza batuk berdarah . Dia segera mencapai tisu lalu mengesat mulutnya .
“Kau tak okay Liz , aku tolong kau ya ?” soal Yasrina .
“Aku lebih rela mati dari tengok muka kau ! Bagi aku kau lagi keji dari Walfiah ! Walfiah selama ini menderita kerana kandungannya dan kerana kau . Dia ingat kau kawannya tetapi sekarang aku sedar kau siapa .... sekarang aku sedar kau ialah sampah dalam hidup kami berdua ! Cermin muka kau dulu sebelum kau datang kepada aku dan juga Walfiah ! Sedar diri la ! Kawan baik konon ! Kawan baik tahi kucing ! Kau pergi dari sini ! Pergi !” kata Aliza dengan geram . Meskipun dia hmaapir nak pitam tetapi dia cuba tenangkan diri .
“Maafkan aku Aliza .. aku benar-benar minta maaf . Aku khilaf ... maafkan aku “ kata Yasrina .
“Jangan minta maaf pada aku la ! Minta maaf pada Walfiah !” kata Aliza . Yasrina mengalirkan air matanya sejurus Aliza mengatakan dia perempuan sampah . Dia pergi meninggalkan Aliza di wad . Yasrina berjalan dengan sedih . Perihnya hati ini sehingga dirobek dan dikoyak oleh benda tajam .
“Aku berdosa Walfiah ! Aku berdosa Aliza ! “ jerit Yasrina di luar hospital . Hujan akhirnya turun membasahi bumi . Yasrina berjalan di dalam hujan .