Isnin - Seutuh Kasih Rozel
Selasa-Kasihku Untukmu
Rabu-Gelora Cinta
Khamis -Cinta Abadi
Jumaat-Strawberry Love Chocolate !(new komedi story)
Keseluruhan cerita ini saya akan update mengikut waktu dan hari yang telah ditetapkan . Seandainya saya tidak mengupdate cerita tersebut pada hari berikut saya minta maaf .Moga terhibur dengan keseluruhan cerita saya :)
Wednesday, 25 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
Kasihku Untukmu ! 12
Bab 12
Shahila tersenyum
keseorangan di dalam bilik setelah mengingat kembali kejadian dia bersama Rifqi
sebentar tadi . Dia segera menggelengkan kepala dan melupakan peristiwa
tersebut sambil membaca novel karya Aliesha Kirana iaitu Love You Mr Arrogant .
Novel tersebut sungguh menarik mintanya untuk membaca dengan lebih mendalam
lagi .
Tiba-tiba pintu bilik
mereka terkuak perlahan . Kelihatan suaminya baru sahaja berbual dengan ayahnya
di ruang tamu . Shahila sama sekali tidak menoleh ke arah suaminya kerana dia
tidak mahu perasaan cinta antara dia dan Rifqi berputik .
“ Shahila ... saya nak
minta maaf pasal tadi . Saya sama sekali tiada niat untuk ambil kesempatan
terhadap awak “ jelas Rifqi .
“Saya mengerti
..lagipun itu hanya semua lakonan sahaja kan ? Sudahlah , saya nak tidur . Awak
tidurlah esokkan awak nak pergi kerja lagi ?” kata Shahila lalu menarik selimut
bagi menyelimutkan dirinya sebelum tidur . Tengku Rifqi mahu berkata sesuatu
tetapi dia tahu isterinya sama sekali tidak mendengarnya .
Malam itu , Tengku
Rifqi sama sekali tidak dapat lelap untuk tidur . Kadang kala dia melihat
isterinya yang tidur di sofa dengan penuh rasa kasihan . Dia segera mendekati
isterinya lalu dia duduk di sebelah gadis itu .
Tengku Rifqi segera
mendukung gadis itu dengan perasaan yang penuh rasa bersalah . Dia membawa
gadis itu naik ke atas katil . Dia pula mengambil tempat tidur di sofa . “
Selamat malam sayang “ kata Tengku Rifqi secara tiba-tiba tanpa menyedari
bahawa dia sudah mula cintakan isterinya .
Keesokan paginya ,
Shahila terkejut mendapati dirinya tidur di atas katil . Sekali lagi peristiwa
ini berulang ! Dia mencari kelibat suaminya tetapi tidak jumpa sama sekali .
Dia bercadang untuk mandi dan menyiapkan diri ke kuliah .
Setelah itu , dia
keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap . Kelihatan suaminya menunggu
dia di birai katil . Suaminya itu sungguh kacak sekali apabila berpakaian
kemeja dan disematkan dengan tali leher .
“Awak dah siapkan ?
Mari kita pergi “ kata Tengku Rifqi .
“Tunggu saya nak cakap
sesuatu “ kata Shahila .
“Apa dia ?” soal Rifqi
.
“Saya minta awak
berhenti daripada mendekati saya . Di depan umi dan papa saja awak boleh
mendekati saya tapi bila kita di bilik jangan sama sekali awak mendekati saya “
kata Shahila dengan geram .
“Apa maksud awak ?”
soal Rifqi tanda tidak mengerti .
“Saya akan tidur di
atas sofa sepanjang lima tahun dan awak pula tidur di atas katil ... saya tak
nak berlaku disebaliknya “ kata Shahila .
“Saya suami awak
Shahila ... jadi saya berhak menentukan awak tidur di mana “ kata Tengku Rifqi
lalu pergi meninggalkan gadis itu . Shahila berasa bengang dengan sikap
suaminya yang sungguh degil sekali .
Setelah tamat kuliah ,
Shahila melihat Raudah melambai ke arahnya . Shahila segera mendekati temannya
itu . Shahila duduk di sebelah kawannya .
“Amboi ..semenjak dua
menjak ni kan aku tengok kau sibuk sahaja Shahila ? Sampai aku pun kau tak nak
layan ?” soal Raudah .
“Bukan begitu Raudah
... saya Cuma sibuk sebab nak siapkan kertas kerja tu banyak “ kata Shahila .
“Baiklah ..aku mengerti
“ kata Raudah .
“Jadi macam mana
kehidupan kau dengan suami kau sekarang ni ?” soal Raudah . Shahila tidka tahu
untuk menjawab bagaimana . Dia juga tak sanggup untuk berbohong lagi dan kali
ini dia mahu meluahkan segala rasa yang terpendam di dalam hati .
“Entahlah ... aku tak
tahu nak cakap apa “ kata Shahila .
“Ya Allah , kau ada
masalah ke Shahila ? Ceritakanlah pada aku ?” soal Raudah .
“Aku sengsara Raudah
... aku derita dengan semua ni “ luah Shahila .
“Baiklah ..cerita
perlahan-lahan ... aku akan dengarnya dengan teliti “ kata Raudah.
Shahila menceritakan
segalanya . Kadang kala Shahila menangis dan rasa bersalah dengan semua ni .
Dia sama sekali tidka snaggup untuk berbohong dengan orang tuanya lagi dan
kawan-kawannya .
“Aku mengerti Shahila
...sudahlah ..kau jangan menangis lagi “ kata Raudah lagi .
“Terima kasih kerana
memahami aku Raudah “ kata Shahila .
Setelah itu , dia ke
perhentian bas seperti biasa menunggu suaminya . Kelihatan kereta suaminya
sudah pun terpakir di depan perhentian bas . Shahila membuka pintu kereta lalu
masuk ke dalam kereta . Tengku Rifqi mula merasa aneh melihat sisa air mata
Shahila di pipi gadis itu . Pasti ada yang tak kena !Tengku Rifqi mengambil
keputusan untuk mengesat air mata gadis itu .
“Kenap awak menangis ?”
soal Rifqi sambil mengesat air mata gadis itu . Shahila terkejut dan sekali gus
terpanar .
“Saya okay “ kata
Shahila bagi menghilangkan perasaan gementar di dalam hatinya . Tengku Rifqi
segera mencengkam tangan gadis itu .
“Kenapa jadi macam ni ?
Afnan ganggu awak lagi ? Atau apa ?” soal Rifqi .
“Tiada apa-apa yang
berlaku dan ni bukan soal Afnan .. “ kata Shahila .
“ Jadi angkara siapa ?”
soal Rifqi .
“Rifqi bukan saya
katakan bahawa jangan ambil berat pasal saya lagi ...sudahlah saya tak larat
dengan semua ni “kata Shahila .
“Saya perlu tahu sebab
saya suami awak sekarang ni “ kata Tengku Rifqi .
“Tapi itu untuk 5 tahun
“ kata Shahila sekali lagi .
“ Kalau dah jodoh Allah
akan tetapkan jodoh ni buat kita berdua selamanya “ kata Tengku Rifqi sambil
merenung tajam terhadap gadis itu . Bibir Shahila terkunci rapat . Lama sekali
mereka berpandangan antara satu sama lain .
“Sudahlah ... pandulah
kereta ..saya nak balik solat zuhur “ kata Shahila bagi mengelakkan perasan itu
timbul di hatinya . Tetapi sudah terlambat kerana perasaan itu masih ada dan
sudah lama timbul .
SUHANA menunggu Pak Alim iaitu pemandu keretanya yang
masih lagi belum tiba di tempat biasa dia menunggu . Kelihatan Afnan sedang
berjalan mendekati ke arahnya . Suhana hanya sekadar berdiam diri dan buat
tidak tahu .
“Suhana “ kata Afnan
dengan perlahan .
“Apa awak nak , Afnan
?” soal Suhana .
“Saya nak kita
berbincang “ kata Afnan lagi .
“Saya rasa kita tak
perlu berbincang lagi soal kita Afnan . Saya dah penat dengan semua ni lagipun
minggu depan saya akan menghantar surat penceraian kita ke rumah awak . Awak
hanya perlu tandatangan dan kita jumpa di mahkamah “ kata Suhana lagi .
“Itu sama sekali tidak
akan berlaku Suhana “ kata Afnan lagi .
“Apa maksud awak ?”
soal Suhana kembali . Kelihatan suaminay itu mengambil tempat duduk di sebelah
isterinya . Suhana sendiri juga tidka pasti apa yang bakal suaminay itu lakukan
selepas ini ?
“Saya tak nak kita
bercerai “ kata Afnan sambil berlutut ke arah isterinya itu . Suhana sama
sekali tidak mengendahkan Afnan . Dia malahan ketawa kecil dan tersneyum sinis
melihat perbuatan suaminya .
“Awak ingat saya ni
bodoh ke Afnan ? Semalam awak cakap yang awak cintakan Shahila di depan orang
ramai sekarang awak kata awak cintakan saya pula ? Awak ingat saya ni robot
untuk awak arah menerima cinta awak dengan sekelip mata ?” soal Suhana dengan
geram .
“Maksud awak ?” soal
Afnan tanda tidak mengerti . Suhana segera bangkit dari tempat duduknya dan
berdepan dengan suaminya sendiri .
“Saya nampak awak
dengan Shahila semalam . Saya tengok awak benar-benar mencintai dia jadi saya
rasa kita memang patut bercerai jadi jangan halang keputusan saya “ kata Suhana
dengan geram .
“Itu semua salah faham
..memang benar semalam saya katakan saya cintakan dia tetapi barulah saya
terfikir bahawa dia mempunyai suami dan saya tak boleh ubah keputusan itu “
kata Afnan lagi .
“Jadi kalau Shahila
tidak menikah dengan lelaki itu mungkin awak akan melamarnya dahulu kan ?
Selepas tu awak buang saya macam sampah terbiar ! “ bentak Suhana .
“Su ..saya sedar saya
dah buat keputusan dan kesilapan yang paling besar dalam hidup saya dengan
gadis yang bukan hak saya . Sepatutnya saya mencintai awak bukan dia dan
sekarang saya menyesal sangat Su ... saya cintakan awak su meskipun Shahila dah
berceria dengan suaminya saya takkan pernah berpatah balik untuknya kerana
cinta saya hanya pada awak . Berilah saya peluang su ...” pujuk Afnan lagi .
“Saya takkan pernah
bagi awak peluang kedua lagi Afnan sebab saya tak nak terluka lagi hanya kerana
cinta awak yang sering kali menyakiti hati saya !” kata Suhana setelah melihat
kereta Pak Alim tiba di tempat biasa . Afnan pula hanya mampu sempat
mengalirkan air matanya melihat insan yang dia sayang pergi meninggalkannya .
Saturday, 21 July 2012
Gelora Cinta !-Lyka Akisya
Qistina Emira terpaksa menikah
dengan Azahari Akmal kerana desakan keluarga . Bukan dipinta untuk menikah
tetapi segalanya terpaksa . Sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang isteri , Qistina tidak pernah mengeluh meskipun dia sering kali dipukul
, dicaci dan dihina sedemikian . Kadang kala , Azahari juga menyesal dengan
perbuatannya lalu dia membuat keputusan untuk menceraikan Qistina demi
kebahagiaan gadis itu . Tetapi Qistina malahan mencintai Azahari sehingga dia
tidak sanggup berpisah dengan suaminya . Takdir telah menentukan segalanya !
Akhirnya Qistina telah diceraikan dengan talak satu ! Azahari menjadi buntu
soal cinta . Sehinggalah suatu hari , Qistina menghubungi Azahari untuk bertemu
dengan bekas suaminya kerana rindu sangat dengan pemuda tersebut . Malangnya
satu kemalangan yang menimpa diri Azahari membuat Qistina menyedari bahawa ini
semuanya salah dia tetapi keluarga Azahari sama sekali tidak pernah menyalahkan
Qistina . Mayat Azahari yang hilang membuatkan pihak polis berhenti mencari .
Mak Esah yang terjumpa seseorang yang tersangkut di dahan segera menyelamatkan
pemuda tersebut dan berubat di rumahnya . Setelah 2 bulan , Azahari akhirnya
sedar dan terkejut kerana dia sendiri tidak mengenali siapa dirinya . Sejak
dari kejadian tersebut , Mak Esah menamakan Azahari sebagai Rizal Ridhuan .
Rizal nekad untuk mencari identitinya sebenar . Dia ingin mencari pekerjaan di
KL bagi menyara hidupnya dan juga Mak Esah serta mencari identiti sebenarnya ! Dato
Shafee terkejut melihat wajah Rizal sama seperti wajah anaknya tetapi dia yakin
itu bukan anaknya ! Qistina yang bekerja di bawah syarikat bekas ayah mertuanya
terkejut melihat Rizal ! Rizal yang sudah jatuh cinta dengan Qistina nekad
untuk melakukan apa saja agar gadis itu menerima dirinya dengan cara kotor
.Qistina semakin terluka ! Kerana dia telah mengkhianati cinta Azahari ...
bagaimanakah nasib cinta mereka ? Adakah onak duri dan gelora cinta bakal
mewujudkan jurang di antara mereka ? Adakah Qistina akan mengenali siapakah Rizal
sebenarnya ?
Subscribe to:
Comments (Atom)