Qistina Emira terpaksa menikah
dengan Azahari Akmal kerana desakan keluarga . Bukan dipinta untuk menikah
tetapi segalanya terpaksa . Sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang isteri , Qistina tidak pernah mengeluh meskipun dia sering kali dipukul
, dicaci dan dihina sedemikian . Kadang kala , Azahari juga menyesal dengan
perbuatannya lalu dia membuat keputusan untuk menceraikan Qistina demi
kebahagiaan gadis itu . Tetapi Qistina malahan mencintai Azahari sehingga dia
tidak sanggup berpisah dengan suaminya . Takdir telah menentukan segalanya !
Akhirnya Qistina telah diceraikan dengan talak satu ! Azahari menjadi buntu
soal cinta . Sehinggalah suatu hari , Qistina menghubungi Azahari untuk bertemu
dengan bekas suaminya kerana rindu sangat dengan pemuda tersebut . Malangnya
satu kemalangan yang menimpa diri Azahari membuat Qistina menyedari bahawa ini
semuanya salah dia tetapi keluarga Azahari sama sekali tidak pernah menyalahkan
Qistina . Mayat Azahari yang hilang membuatkan pihak polis berhenti mencari .
Mak Esah yang terjumpa seseorang yang tersangkut di dahan segera menyelamatkan
pemuda tersebut dan berubat di rumahnya . Setelah 2 bulan , Azahari akhirnya
sedar dan terkejut kerana dia sendiri tidak mengenali siapa dirinya . Sejak
dari kejadian tersebut , Mak Esah menamakan Azahari sebagai Rizal Ridhuan .
Rizal nekad untuk mencari identitinya sebenar . Dia ingin mencari pekerjaan di
KL bagi menyara hidupnya dan juga Mak Esah serta mencari identiti sebenarnya ! Dato
Shafee terkejut melihat wajah Rizal sama seperti wajah anaknya tetapi dia yakin
itu bukan anaknya ! Qistina yang bekerja di bawah syarikat bekas ayah mertuanya
terkejut melihat Rizal ! Rizal yang sudah jatuh cinta dengan Qistina nekad
untuk melakukan apa saja agar gadis itu menerima dirinya dengan cara kotor
.Qistina semakin terluka ! Kerana dia telah mengkhianati cinta Azahari ...
bagaimanakah nasib cinta mereka ? Adakah onak duri dan gelora cinta bakal
mewujudkan jurang di antara mereka ? Adakah Qistina akan mengenali siapakah Rizal
sebenarnya ?
No comments:
Post a Comment