Thursday, 10 May 2012

Kasihku Untumu ! Bab 1


BAB 1
Shahila termenung sendirian sambil membelek majalah tanpa membacanya . Dia tersenyum melihat adiknya Arisya sedang nyenyak tidur akibat kepenatan dari balik sekolah . Kedengaran ketukan pintu dari arah luar membuatkan dia sendiri terkejut . Dia mencapai tudung bawalnya lalu dipakai seperti biasa . Dia menuju ke arah pintu utama lalu dibuka .
“Assalamulaikum “ teguran dari insan yang amat dikenalinya sendiri iaitu Afnan Zakaria merupakan kawan baiknya sendiri . Dia pasti kawannya itu mahu mengajak dia sendiri belajar bersama dnegan Atila , Shaira , Raudah dan Haziq .
“Ada apa awak datang ke mari Afnan ?” soal Shahila . Afnan memberi sebungkus hadiah yang sangat cantik dibalut dengan reben yang sempurna . Shahila tidka memahami apa tujuan Afnan memberinya sebuah kotak hadiah ?
“Apa ni Afnan ?” soal Shahila kembali .
“Ambil dan buka . Malam ni saya akan telefon awak kembali “ kata Afnan sambil tersenyum lalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian . Shahila sama seklai tidak mengerti dengan Afnan . Mhau sahaja dia menghalang lelaki itu tetapi apakan daya dia mengejar seorang lelaki ?
Dia menutup pintu utamanya kembali lalu Shahila duduk di sebuah sofa yang berdekatan dengan televisyen nya sendiri . Dia menelan air liurnya . Dia membaca bismillah agar tidak ada apa-apa berlaku semasa dia membuka kotak tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihta seutas rantai yang sangat cantik berada di dalam kotak tersebut . Dia mengambil kepingan surat dari kotak tersebut .
‘Assalamualaikum , kawanku Shahila ... bagaimana dengan hadiah ulang tahun awak yang ke 21 ? Bagus tak ? Kalau awak tak boleh terima awak boleh kembalikannya pada saya tetapi saya benar-benar berharap awak dapat menerimanya sikhlas hati awak seperti mana saya memberikannya pada awak . Janganlah menolaknya , kerana ia pemberian dari saya . Tulus ikhlas dari Afnan’ setelah membaca surat tersebut , Shahila sendiri sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Afnan sendiri .
Dia tidak tahu untuk berkata . Tiba-tiba kedengaran sebuah motor yang amat dikenalinya . Shahila segera menyembunyikan hadiah Afnan agar ayahnya tidak tahu . Dia mencapai tombol pintu lalu dipulas . Kelihatan ibu dan ayahnya baru balik dari pasar .
“Assalamualaikum “ kata ibunya yang baru sahaja balik dari pasar .
“Waalaikumsalam “ jawab anaknya itu .
“Ambil lauk ni , masak ya sayang ? Ibu dan ayah ada hal lepas ni “ kata ibunya . Shahila hanya sekadar mengangguk dan menerima permintaan ibunya . Dia ke dapur lalu mula memasak . Ayahnya pula membelek surat khabar .
“Bang , betul ke anak si Tengku Shafwan nak datang masuk meminang anak kita ?” soal ibunya dengan nada tiba-tiba . Shahila terus berhenti memotong . Dia terkejut dengan kata-kata ibunya . Apakah benar ?
“Yalah ....takkan dia nak berbohong dengan kita . Lagipun si Shahila tu dah besar takkan nak tunggu dia jadi anak dara tua baru nak menikah ?” soal ayahnya . Shahila beridiri di tepi pintu dapur sambil mendengar kata-kata ayahnya .
“Tapi bang , kita kena beritahu Shahila dulu tentang ni “ kata ibunya .
“Itu saya tahu ... “ kata ayahnya .
Shahila menunduk pasrah . Apakah seharusnya dia menolak sahaja pinangan dari anak Tengku Shafwan ? Tapi apa hubungannya Tengku Shafwan dengan ayahanya sendiri ? Bukankah Tengku Shafwan seorang lelaki bisnes yang terkenal padahal keluarga dia sendiri jauh lebih miskin dari keluarganya itu ? Belajar di universiti pun dia mendapat biasiswa kerana kejayaanya mendapat straight a’s dalam spm .
Dia teruskan memasak tanpa menghiraukan lagi kata-kata ibunya . Tiba-tiba dia teringat kan hadiah Afnan . Dia tersenyum sendirian .
Shahila melangkah masuk ke dalam dewan kuliah sambil membawa beberapa kertas laporan yang penting . Afnan pula berlari untuk mendapatkan Shahila . Shahila tersenyum melihat Afnan di sisinya.Dia pasti mahu bicara soal hadiah itu .
“Macam mana dengan hadiah itu ?” soal Afnan .
“Terima kasih atas hadiah tu Afnan . Tapi saya tak tahu apa dan kenapa awak bagi hadiah tu pada saya ? Saya tak boleh menerimanya “ kata Shahila .
“Awak nak tahu kenapa saya bagi hadiah tu pada awak ?” soal Afnan . Shahila mengangguk .
“Sebab saya dah janji pada ibu saya bahawa rantai tersebut akan dimiliki oleh insan yang saya sangat cinta . Dan insan itu adalah awak “ kata Afnan . Shahila terkejut dengan kata-kata Afnan . Mungkin dia patut menjauhkan diri dari Afnan .
“Maafkan saya , Afnan “ kata Shahila dengan nada serius lalu meninggalkan Afnan sendirian . Afnan langsung tidak memahami dengan Shahila . Raudah melihat Shahila yang berwajah serius lalu mendapatkan Shahila .
“Shahila kenapa ni ?” soal Raudah .
“Jangan bercakap dengan aku buat sementara ni Raudah , aku perlukan ketenangan “ kata Shahila . Raudah sama sekali tidak memahami Shahila . Shahila duduk di sebelah Atila . Raudah kembali duduk di sebelah Atila juga .
Setelah tamat kuliah , Shahila keluar dari kuliah tersebut . Dia menunggu motor ayahnya . Dia melihat jam yang sudah pun ternyata pukul 2 petang . Selepas ini dia harus ke rumah Raudah untuk mengambil laporan yang dipinjamnya semalam . Afnan yang melihat Shahila keseorangan di perhentian bas menemani gadis itu .
“Kenapa awak tak mahu menjawab persoalan saya Shahila ? “ soal Afnan secara tiba-tiba . Kenapalah lelaki ini muncul setiap kali dia menjauhkan diri dari Afnan sendiri .
“Apa awak cakap ni Afnan ? Saya tidak mengerti ?” soal Shahila untuk memutar belitkan soalan . Sebenarnya dia sendiri tak mahu menjawab segala persoalan yang bermain di dalam pemikiran Afan sendiri .
“Saya mahu tahu perasaan awak pada saya , Shahila .. adakah awak mencintai saya juga ?” soal Afnan kembali .
“Saya rasa awak dah tahu jawapannya Afnan “ kata Shahila sambil memandang tepat ke arah Afnan sendiri .
“Jadi awak tak terima cinta saya ? Adakah awak mencintai lelaki lain , Shahila ? Atau saya ni tak cukup sempurna buat awak ?” soal Afnan .
“Semuanya salah , Afnan ... bukan kerana saya tak mahu menerima cinta awak atau saya mencintai lelaki lain cuma ... saya blum siap untuk dicintai . Cukuplah sekdar saya mencintai yang maha Esa dan ibu bapa saya termasuk keluarga saya “ jelas Shahila .
“Jadi adakah pintu hati awak takkan pernah terbuka pada semua insan lelaki ?” soal Afnan . Shahila memandnag ke arah Afnan dengan pandangan geram . Apa yang lelaki tersebut maksudkan ? Kelihatan motor ayahnya sudha pun berada di perhentian bas .
“Shahila , naik “ kata ayahnya dengan geram melihat Afnan bersama gadis itu meskipun jauh jarak di antara mereka . Shahila segera naik motor ayahnya tanpa mempedulikan Afnan langsung . Soalan Afnan tidak dijawab . Sampai di rumah , Shahila masuk ke dalam kamar .
Ayahnya meletakkan songkok ke atas meja di ruang tamu . Ibunya pula memberi secawan kopi untuk diberikan pada si suaminya . Isterinya mengurut belakang suaminay dengan penuh kasih sayang . Segala tekanan di kepala dapat dihilangakan .
“Kenapa abang macam ada banyak sangat tekanan ? “ soal ibunya .
Ayahnya hanya sekadar tersenyum .
“Tak ada apa-apalah sayang .. dahlah awak berehat dulu . Saya nak pergi ke masjid lagipun Tengku Shafwan ada dekat sana boleh saya berbincang dengan dia mengenai Rifqi tu “ kata ayahnya . Shahila terkejut mendengar perbualan ayahnya sekali lagi . Siapa pula Rifqi ? Takkan lelaki yang mahu meminangnya pula ?Shahila dengan beraninya keluar dari kamar untuk mengetahui siapa Rifqi .
“Siapa Rifqi ayah ?” soal Shahila secara mengejut .
“Shahila ? Kenapa kamu nak tahu ?” soal ayahnya .
“Maafkan Shahila ayah , Shahila terdengar perbualan ibu dan ayah sejak kelmarin soal anaknya Tengku Shafwan ... ayah adakah Tengku Rifqi tu bakal suami Shahila?” soal Shahila dnegan lembut . Ayahnya terdiam .
“Shahila ... buat masa sekarang ni kamu jangan ambil tahu lagi .. mengerti ?” soal ibunya .
“Tapi ibu ....
“Jangan banyak cakap , masuk bilik dan buat kerja kurus kamu yang belum siap . Lagi satu , kalau ibu cakap ni dengar sahaja jangan menjawab atau melawan “ kata ibunya lagi .
“Baik ibu “ kata Shahila lalu masuk ke dalam kamar dengan perasaan yang sedikit hampa . Dia mahu tahu siapa lelaki itu . Adakah itu salah ? Kenapa ibunya selalu sahaja melarangnya untuk mengetahui siapa lelaki itu ? Adakah itu salah juga ?Dia sendiri keliru .
“Sayang , kenapa awak berkasar dengan anak kita ? Dia tidak salah , dia hanya mahu tahu siapa lelaki itu ... lagipun dia berhak tahu . Saya pergi dulu “ kata ayahnya dengan wajah serius . Ibunya pula mula merasa bersalah tentang kata-katanya tadi . Mungkin dia sepatutnya tidak berkasar terhadap anaknya itu .
“Maafkan saya , abang “ kata ibunya .
“Sudahlah ... awak masuk dan pujuk anak kita tu . Jangan buat perangai macam tadi ... saya tidak suka , mengerti ?” soal ayahnya . Ibunya hanya sekadar mengangguk . Setelah bersalam –salaman dengan suaminya dia  kembali ke bilik anak gadisnya itu .
“Eh , ibu kenapa ibu ada di sini ?” soal Shahila kembali .
“Shahila buat apa ?” soal ibunya .
“Shahila menyiapkan laporan yang semalam punya . Oh ya bu , kalau Shahila nak tanya ibu jangan marah ya ?” soal Shahila kembali .
“Apa dia sayang ?” soal ibunya .
“Boleh tak Shahila tahu siapa Rifqi ? Hati Shahila tidak tenteram mendengar perbicaraan ibu dan ayah sebentar tadi ?” soal Shahila . Ibunya hanya sekadar tersenyum . Dia mengusap rambut anakya itu yang penuh cantik . Seharusnya dia berterus terang dengan anak gadisnya itu dan mungkin inilah masa yang tepat untuk dia menjelaskan semuanya .
“Begini Shahila , ibu dan ayah sudah memikirkan tentang kamu . Kamu sudah dewasa Shahila jadi ibu dan ayah buat keputusan untuk menjodohkan kamu bersama dengan seorang pemuda dari bandar . Nama dia Tengku Rifqi bin Tengku Shafwan . Sudah lama kami bercadang untuk menjodohkan kamu berdua tetapi anaknya Tengku Shafwan belum balik dari London . Kini dia belajar di London ambil aliran kejuruteraan . Setelah dia sampai ke sini , ayahnya akan bicara soal kamu dan dia “ kata ibunya . Kini Shahila mengerti akan kata-kata ibunya .
“Tapi ibu ... Shahila masih belajar sama juga dengan dia ... Shahila yakin dia juga akan memikirkan soal kerja dahulu “ kata Shahila .
“Itu ibu tahu sayang , sebab tu ayahnya menyuruh Tengku Rifqi bekerja di syarikat ayahnya dulu baru cari kerja lain “ kata ibunya .Shahila terdiam seribu bahasa . Dia tidak tahu untuk memberi alasan apa lagi .
“Tapi ibu , siapa ayah kepada Tengku Shafwan ?” soal Shahila kembali .
“Tengku Shafwan merupakan kawan baik ayah kamu ... dia seorang sangat baik . Dia juga berjanji bahawa dia berniat untuk menjodohkan kamu dengan anaknya “ kata ibunya .
“Jadi Shahila Afrina Bt Yusop , anak ibu , adakah kamu sudi menjadi isteri kepada Tengku Rifqi dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ?” soal ibunya . Shahila tertunduk malu . Tetapi dalam masa yang sama dia juga takut untuk menerima pemuda tersebut . Tapi kenapa ?



1 comment: