BAB 1
Shahila termenung sendirian
sambil membelek majalah tanpa membacanya . Dia tersenyum melihat adiknya Arisya
sedang nyenyak tidur akibat kepenatan dari balik sekolah . Kedengaran ketukan
pintu dari arah luar membuatkan dia sendiri terkejut . Dia mencapai tudung
bawalnya lalu dipakai seperti biasa . Dia menuju ke arah pintu utama lalu
dibuka .
“Assalamulaikum “ teguran dari
insan yang amat dikenalinya sendiri iaitu Afnan Zakaria merupakan kawan baiknya
sendiri . Dia pasti kawannya itu mahu mengajak dia sendiri belajar bersama
dnegan Atila , Shaira , Raudah dan Haziq .
“Ada apa awak datang ke mari
Afnan ?” soal Shahila . Afnan memberi sebungkus hadiah yang sangat cantik
dibalut dengan reben yang sempurna . Shahila tidka memahami apa tujuan Afnan
memberinya sebuah kotak hadiah ?
“Apa ni Afnan ?” soal Shahila
kembali .
“Ambil dan buka . Malam ni saya
akan telefon awak kembali “ kata Afnan sambil tersenyum lalu pergi meninggalkan
gadis itu sendirian . Shahila sama seklai tidak mengerti dengan Afnan . Mhau
sahaja dia menghalang lelaki itu tetapi apakan daya dia mengejar seorang lelaki
?
Dia menutup pintu utamanya
kembali lalu Shahila duduk di sebuah sofa yang berdekatan dengan televisyen nya
sendiri . Dia menelan air liurnya . Dia membaca bismillah agar tidak ada
apa-apa berlaku semasa dia membuka kotak tersebut . Alangkah terkejutnya dia
melihta seutas rantai yang sangat cantik berada di dalam kotak tersebut . Dia
mengambil kepingan surat dari kotak tersebut .
‘Assalamualaikum , kawanku
Shahila ... bagaimana dengan hadiah ulang tahun awak yang ke 21 ? Bagus tak ?
Kalau awak tak boleh terima awak boleh kembalikannya pada saya tetapi saya
benar-benar berharap awak dapat menerimanya sikhlas hati awak seperti mana saya
memberikannya pada awak . Janganlah menolaknya , kerana ia pemberian dari saya
. Tulus ikhlas dari Afnan’ setelah membaca surat tersebut , Shahila sendiri
sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Afnan sendiri .
Dia tidak tahu untuk berkata .
Tiba-tiba kedengaran sebuah motor yang amat dikenalinya . Shahila segera
menyembunyikan hadiah Afnan agar ayahnya tidak tahu . Dia mencapai tombol pintu
lalu dipulas . Kelihatan ibu dan ayahnya baru balik dari pasar .
“Assalamualaikum “ kata ibunya
yang baru sahaja balik dari pasar .
“Waalaikumsalam “ jawab anaknya
itu .
“Ambil lauk ni , masak ya sayang
? Ibu dan ayah ada hal lepas ni “ kata ibunya . Shahila hanya sekadar
mengangguk dan menerima permintaan ibunya . Dia ke dapur lalu mula memasak .
Ayahnya pula membelek surat khabar .
“Bang , betul ke anak si Tengku
Shafwan nak datang masuk meminang anak kita ?” soal ibunya dengan nada
tiba-tiba . Shahila terus berhenti memotong . Dia terkejut dengan kata-kata
ibunya . Apakah benar ?
“Yalah ....takkan dia nak
berbohong dengan kita . Lagipun si Shahila tu dah besar takkan nak tunggu dia
jadi anak dara tua baru nak menikah ?” soal ayahnya . Shahila beridiri di tepi
pintu dapur sambil mendengar kata-kata ayahnya .
“Tapi bang , kita kena beritahu
Shahila dulu tentang ni “ kata ibunya .
“Itu saya tahu ... “ kata ayahnya
.
Shahila menunduk pasrah . Apakah
seharusnya dia menolak sahaja pinangan dari anak Tengku Shafwan ? Tapi apa
hubungannya Tengku Shafwan dengan ayahanya sendiri ? Bukankah Tengku Shafwan
seorang lelaki bisnes yang terkenal padahal keluarga dia sendiri jauh lebih
miskin dari keluarganya itu ? Belajar di universiti pun dia mendapat biasiswa
kerana kejayaanya mendapat straight a’s dalam spm .
Dia teruskan
memasak tanpa menghiraukan lagi kata-kata ibunya . Tiba-tiba dia teringat kan
hadiah Afnan . Dia tersenyum sendirian .
Shahila melangkah masuk ke dalam
dewan kuliah sambil membawa beberapa kertas laporan yang penting . Afnan pula
berlari untuk mendapatkan Shahila . Shahila tersenyum melihat Afnan di
sisinya.Dia pasti mahu bicara soal hadiah itu .
“Macam mana dengan hadiah itu ?”
soal Afnan .
“Terima kasih atas hadiah tu
Afnan . Tapi saya tak tahu apa dan kenapa awak bagi hadiah tu pada saya ? Saya
tak boleh menerimanya “ kata Shahila .
“Awak nak tahu kenapa saya bagi
hadiah tu pada awak ?” soal Afnan . Shahila mengangguk .
“Sebab saya dah janji pada ibu
saya bahawa rantai tersebut akan dimiliki oleh insan yang saya sangat cinta .
Dan insan itu adalah awak “ kata Afnan . Shahila terkejut dengan kata-kata
Afnan . Mungkin dia patut menjauhkan diri dari Afnan .
“Maafkan saya , Afnan “ kata
Shahila dengan nada serius lalu meninggalkan Afnan sendirian . Afnan langsung
tidak memahami dengan Shahila . Raudah melihat Shahila yang berwajah serius
lalu mendapatkan Shahila .
“Shahila kenapa ni ?” soal Raudah
.
“Jangan bercakap dengan aku buat
sementara ni Raudah , aku perlukan ketenangan “ kata Shahila . Raudah sama
sekali tidak memahami Shahila . Shahila duduk di sebelah Atila . Raudah kembali
duduk di sebelah Atila juga .
Setelah tamat kuliah , Shahila
keluar dari kuliah tersebut . Dia menunggu motor ayahnya . Dia melihat jam yang
sudah pun ternyata pukul 2 petang . Selepas ini dia harus ke rumah Raudah untuk
mengambil laporan yang dipinjamnya semalam . Afnan yang melihat Shahila
keseorangan di perhentian bas menemani gadis itu .
“Kenapa awak tak mahu menjawab
persoalan saya Shahila ? “ soal Afnan secara tiba-tiba . Kenapalah lelaki ini
muncul setiap kali dia menjauhkan diri dari Afnan sendiri .
“Apa awak cakap ni Afnan ? Saya
tidak mengerti ?” soal Shahila untuk memutar belitkan soalan . Sebenarnya dia
sendiri tak mahu menjawab segala persoalan yang bermain di dalam pemikiran Afan
sendiri .
“Saya mahu tahu perasaan awak pada
saya , Shahila .. adakah awak mencintai saya juga ?” soal Afnan kembali .
“Saya rasa awak dah tahu jawapannya
Afnan “ kata Shahila sambil memandang tepat ke arah Afnan sendiri .
“Jadi awak tak terima cinta saya
? Adakah awak mencintai lelaki lain , Shahila ? Atau saya ni tak cukup sempurna
buat awak ?” soal Afnan .
“Semuanya salah , Afnan ... bukan
kerana saya tak mahu menerima cinta awak atau saya mencintai lelaki lain cuma
... saya blum siap untuk dicintai . Cukuplah sekdar saya mencintai yang maha
Esa dan ibu bapa saya termasuk keluarga saya “ jelas Shahila .
“Jadi adakah pintu hati awak
takkan pernah terbuka pada semua insan lelaki ?” soal Afnan . Shahila memandnag
ke arah Afnan dengan pandangan geram . Apa yang lelaki tersebut maksudkan ?
Kelihatan motor ayahnya sudha pun berada di perhentian bas .
“Shahila , naik “ kata ayahnya
dengan geram melihat Afnan bersama gadis itu meskipun jauh jarak di antara
mereka . Shahila segera naik motor ayahnya tanpa mempedulikan Afnan langsung .
Soalan Afnan tidak dijawab . Sampai di rumah , Shahila masuk ke dalam kamar .
Ayahnya meletakkan songkok ke
atas meja di ruang tamu . Ibunya pula memberi secawan kopi untuk diberikan pada
si suaminya . Isterinya mengurut belakang suaminay dengan penuh kasih sayang . Segala
tekanan di kepala dapat dihilangakan .
“Kenapa abang macam ada banyak sangat
tekanan ? “ soal ibunya .
Ayahnya hanya sekadar tersenyum .
“Tak ada apa-apalah sayang ..
dahlah awak berehat dulu . Saya nak pergi ke masjid lagipun Tengku Shafwan ada
dekat sana boleh saya berbincang dengan dia mengenai Rifqi tu “ kata ayahnya .
Shahila terkejut mendengar perbualan ayahnya sekali lagi . Siapa pula Rifqi ?
Takkan lelaki yang mahu meminangnya pula ?Shahila dengan beraninya keluar dari
kamar untuk mengetahui siapa Rifqi .
“Siapa Rifqi ayah ?” soal Shahila
secara mengejut .
“Shahila ? Kenapa kamu nak tahu
?” soal ayahnya .
“Maafkan Shahila ayah , Shahila
terdengar perbualan ibu dan ayah sejak kelmarin soal anaknya Tengku Shafwan ...
ayah adakah Tengku Rifqi tu bakal suami Shahila?” soal Shahila dnegan lembut .
Ayahnya terdiam .
“Shahila ... buat masa sekarang
ni kamu jangan ambil tahu lagi .. mengerti ?” soal ibunya .
“Tapi ibu ....
“Jangan banyak cakap , masuk
bilik dan buat kerja kurus kamu yang belum siap . Lagi satu , kalau ibu cakap
ni dengar sahaja jangan menjawab atau melawan “ kata ibunya lagi .
“Baik ibu “ kata Shahila lalu
masuk ke dalam kamar dengan perasaan yang sedikit hampa . Dia mahu tahu siapa
lelaki itu . Adakah itu salah ? Kenapa ibunya selalu sahaja melarangnya untuk
mengetahui siapa lelaki itu ? Adakah itu salah juga ?Dia sendiri keliru .
“Sayang , kenapa awak berkasar
dengan anak kita ? Dia tidak salah , dia hanya mahu tahu siapa lelaki itu ...
lagipun dia berhak tahu . Saya pergi dulu “ kata ayahnya dengan wajah serius .
Ibunya pula mula merasa bersalah tentang kata-katanya tadi . Mungkin dia sepatutnya
tidak berkasar terhadap anaknya itu .
“Maafkan saya , abang “ kata
ibunya .
“Sudahlah ... awak masuk dan
pujuk anak kita tu . Jangan buat perangai macam tadi ... saya tidak suka ,
mengerti ?” soal ayahnya . Ibunya hanya sekadar mengangguk . Setelah bersalam
–salaman dengan suaminya dia kembali ke
bilik anak gadisnya itu .
“Eh , ibu kenapa ibu ada di sini
?” soal Shahila kembali .
“Shahila buat apa ?” soal ibunya
.
“Shahila menyiapkan laporan yang
semalam punya . Oh ya bu , kalau Shahila nak tanya ibu jangan marah ya ?” soal
Shahila kembali .
“Apa dia sayang ?” soal ibunya .
“Boleh tak Shahila tahu siapa
Rifqi ? Hati Shahila tidak tenteram mendengar perbicaraan ibu dan ayah sebentar
tadi ?” soal Shahila . Ibunya hanya sekadar tersenyum . Dia mengusap rambut
anakya itu yang penuh cantik . Seharusnya dia berterus terang dengan anak
gadisnya itu dan mungkin inilah masa yang tepat untuk dia menjelaskan semuanya
.
“Begini Shahila , ibu dan ayah
sudah memikirkan tentang kamu . Kamu sudah dewasa Shahila jadi ibu dan ayah
buat keputusan untuk menjodohkan kamu bersama dengan seorang pemuda dari bandar
. Nama dia Tengku Rifqi bin Tengku Shafwan . Sudah lama kami bercadang untuk
menjodohkan kamu berdua tetapi anaknya Tengku Shafwan belum balik dari London .
Kini dia belajar di London ambil aliran kejuruteraan . Setelah dia sampai ke
sini , ayahnya akan bicara soal kamu dan dia “ kata ibunya . Kini Shahila
mengerti akan kata-kata ibunya .
“Tapi ibu ... Shahila masih
belajar sama juga dengan dia ... Shahila yakin dia juga akan memikirkan soal
kerja dahulu “ kata Shahila .
“Itu ibu tahu sayang , sebab tu
ayahnya menyuruh Tengku Rifqi bekerja di syarikat ayahnya dulu baru cari kerja
lain “ kata ibunya .Shahila terdiam seribu bahasa . Dia tidak tahu untuk
memberi alasan apa lagi .
“Tapi ibu , siapa ayah kepada
Tengku Shafwan ?” soal Shahila kembali .
“Tengku Shafwan merupakan kawan
baik ayah kamu ... dia seorang sangat baik . Dia juga berjanji bahawa dia
berniat untuk menjodohkan kamu dengan anaknya “ kata ibunya .
“Jadi Shahila Afrina Bt Yusop , anak
ibu , adakah kamu sudi menjadi isteri kepada Tengku Rifqi dan bersedia
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ?” soal ibunya . Shahila
tertunduk malu . Tetapi dalam masa yang sama dia juga takut untuk menerima
pemuda tersebut . Tapi kenapa ?
kenapa kat pu dah sampai 5bab
ReplyDelete