Tuesday, 24 July 2012

Kasihku Untukmu ! 12


Bab 12
Shahila tersenyum keseorangan di dalam bilik setelah mengingat kembali kejadian dia bersama Rifqi sebentar tadi . Dia segera menggelengkan kepala dan melupakan peristiwa tersebut sambil membaca novel karya Aliesha Kirana iaitu Love You Mr Arrogant . Novel tersebut sungguh menarik mintanya untuk membaca dengan lebih mendalam lagi .
Tiba-tiba pintu bilik mereka terkuak perlahan . Kelihatan suaminya baru sahaja berbual dengan ayahnya di ruang tamu . Shahila sama sekali tidak menoleh ke arah suaminya kerana dia tidak mahu perasaan cinta antara dia dan Rifqi berputik .
“ Shahila ... saya nak minta maaf pasal tadi . Saya sama sekali tiada niat untuk ambil kesempatan terhadap awak “ jelas Rifqi .
“Saya mengerti ..lagipun itu hanya semua lakonan sahaja kan ? Sudahlah , saya nak tidur . Awak tidurlah esokkan awak nak pergi kerja lagi ?” kata Shahila lalu menarik selimut bagi menyelimutkan dirinya sebelum tidur . Tengku Rifqi mahu berkata sesuatu tetapi dia tahu isterinya sama sekali tidak mendengarnya .
Malam itu , Tengku Rifqi sama sekali tidak dapat lelap untuk tidur . Kadang kala dia melihat isterinya yang tidur di sofa dengan penuh rasa kasihan . Dia segera mendekati isterinya lalu dia duduk di sebelah gadis itu .
Tengku Rifqi segera mendukung gadis itu dengan perasaan yang penuh rasa bersalah . Dia membawa gadis itu naik ke atas katil . Dia pula mengambil tempat tidur di sofa . “ Selamat malam sayang “ kata Tengku Rifqi secara tiba-tiba tanpa menyedari bahawa dia sudah mula cintakan isterinya .
Keesokan paginya , Shahila terkejut mendapati dirinya tidur di atas katil . Sekali lagi peristiwa ini berulang ! Dia mencari kelibat suaminya tetapi tidak jumpa sama sekali . Dia bercadang untuk mandi dan menyiapkan diri ke kuliah .
Setelah itu , dia keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap . Kelihatan suaminya menunggu dia di birai katil . Suaminya itu sungguh kacak sekali apabila berpakaian kemeja dan disematkan dengan tali leher .
“Awak dah siapkan ? Mari kita pergi “ kata Tengku Rifqi .
“Tunggu saya nak cakap sesuatu “ kata Shahila .
“Apa dia ?” soal Rifqi .
“Saya minta awak berhenti daripada mendekati saya . Di depan umi dan papa saja awak boleh mendekati saya tapi bila kita di bilik jangan sama sekali awak mendekati saya “ kata Shahila dengan geram .
“Apa maksud awak ?” soal Rifqi tanda tidak mengerti .
“Saya akan tidur di atas sofa sepanjang lima tahun dan awak pula tidur di atas katil ... saya tak nak berlaku disebaliknya “ kata Shahila .
“Saya suami awak Shahila ... jadi saya berhak menentukan awak tidur di mana “ kata Tengku Rifqi lalu pergi meninggalkan gadis itu . Shahila berasa bengang dengan sikap suaminya yang sungguh degil sekali .
Setelah tamat kuliah , Shahila melihat Raudah melambai ke arahnya . Shahila segera mendekati temannya itu . Shahila duduk di sebelah kawannya .
“Amboi ..semenjak dua menjak ni kan aku tengok kau sibuk sahaja Shahila ? Sampai aku pun kau tak nak layan ?” soal Raudah .
“Bukan begitu Raudah ... saya Cuma sibuk sebab nak siapkan kertas kerja tu banyak “ kata Shahila .
“Baiklah ..aku mengerti “ kata Raudah .
“Jadi macam mana kehidupan kau dengan suami kau sekarang ni ?” soal Raudah . Shahila tidka tahu untuk menjawab bagaimana . Dia juga tak sanggup untuk berbohong lagi dan kali ini dia mahu meluahkan segala rasa yang terpendam di dalam hati .
“Entahlah ... aku tak tahu nak cakap apa “ kata Shahila .
“Ya Allah , kau ada masalah ke Shahila ? Ceritakanlah pada aku ?” soal Raudah .
“Aku sengsara Raudah ... aku derita dengan semua ni “ luah Shahila .
“Baiklah ..cerita perlahan-lahan ... aku akan dengarnya dengan teliti “ kata Raudah.
Shahila menceritakan segalanya . Kadang kala Shahila menangis dan rasa bersalah dengan semua ni . Dia sama sekali tidka snaggup untuk berbohong dengan orang tuanya lagi dan kawan-kawannya .
“Aku mengerti Shahila ...sudahlah ..kau jangan menangis lagi “ kata Raudah lagi .
“Terima kasih kerana memahami aku Raudah “ kata Shahila .
Setelah itu , dia ke perhentian bas seperti biasa menunggu suaminya . Kelihatan kereta suaminya sudah pun terpakir di depan perhentian bas . Shahila membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta . Tengku Rifqi mula merasa aneh melihat sisa air mata Shahila di pipi gadis itu . Pasti ada yang tak kena !Tengku Rifqi mengambil keputusan untuk mengesat air mata gadis itu .
“Kenap awak menangis ?” soal Rifqi sambil mengesat air mata gadis itu . Shahila terkejut dan sekali gus terpanar .
“Saya okay “ kata Shahila bagi menghilangkan perasaan gementar di dalam hatinya . Tengku Rifqi segera mencengkam tangan gadis itu .
“Kenapa jadi macam ni ? Afnan ganggu awak lagi ? Atau apa ?” soal Rifqi .
“Tiada apa-apa yang berlaku dan ni bukan soal Afnan .. “ kata Shahila .
“ Jadi angkara siapa ?” soal Rifqi .
“Rifqi bukan saya katakan bahawa jangan ambil berat pasal saya lagi ...sudahlah saya tak larat dengan semua ni “kata Shahila .
“Saya perlu tahu sebab saya suami awak sekarang ni “ kata Tengku Rifqi .
“Tapi itu untuk 5 tahun “ kata Shahila sekali lagi .
“ Kalau dah jodoh Allah akan tetapkan jodoh ni buat kita berdua selamanya “ kata Tengku Rifqi sambil merenung tajam terhadap gadis itu . Bibir Shahila terkunci rapat . Lama sekali mereka berpandangan antara satu sama lain .
“Sudahlah ... pandulah kereta ..saya nak balik solat zuhur “ kata Shahila bagi mengelakkan perasan itu timbul di hatinya . Tetapi sudah terlambat kerana perasaan itu masih ada dan sudah lama timbul .

SUHANA  menunggu Pak Alim iaitu pemandu keretanya yang masih lagi belum tiba di tempat biasa dia menunggu . Kelihatan Afnan sedang berjalan mendekati ke arahnya . Suhana hanya sekadar berdiam diri dan buat tidak tahu .
“Suhana “ kata Afnan dengan perlahan .
“Apa awak nak , Afnan ?” soal Suhana .
“Saya nak kita berbincang “ kata Afnan lagi .
“Saya rasa kita tak perlu berbincang lagi soal kita Afnan . Saya dah penat dengan semua ni lagipun minggu depan saya akan menghantar surat penceraian kita ke rumah awak . Awak hanya perlu tandatangan dan kita jumpa di mahkamah “ kata Suhana lagi .
“Itu sama sekali tidak akan berlaku Suhana “ kata Afnan lagi .
“Apa maksud awak ?” soal Suhana kembali . Kelihatan suaminay itu mengambil tempat duduk di sebelah isterinya . Suhana sendiri juga tidka pasti apa yang bakal suaminay itu lakukan selepas ini ?
“Saya tak nak kita bercerai “ kata Afnan sambil berlutut ke arah isterinya itu . Suhana sama sekali tidak mengendahkan Afnan . Dia malahan ketawa kecil dan tersneyum sinis melihat perbuatan suaminya .
“Awak ingat saya ni bodoh ke Afnan ? Semalam awak cakap yang awak cintakan Shahila di depan orang ramai sekarang awak kata awak cintakan saya pula ? Awak ingat saya ni robot untuk awak arah menerima cinta awak dengan sekelip mata ?” soal Suhana dengan geram .
“Maksud awak ?” soal Afnan tanda tidak mengerti . Suhana segera bangkit dari tempat duduknya dan berdepan dengan suaminya sendiri .
“Saya nampak awak dengan Shahila semalam . Saya tengok awak benar-benar mencintai dia jadi saya rasa kita memang patut bercerai jadi jangan halang keputusan saya “ kata Suhana dengan geram .
“Itu semua salah faham ..memang benar semalam saya katakan saya cintakan dia tetapi barulah saya terfikir bahawa dia mempunyai suami dan saya tak boleh ubah keputusan itu “ kata Afnan lagi .
“Jadi kalau Shahila tidak menikah dengan lelaki itu mungkin awak akan melamarnya dahulu kan ? Selepas tu awak buang saya macam sampah terbiar ! “ bentak Suhana .
“Su ..saya sedar saya dah buat keputusan dan kesilapan yang paling besar dalam hidup saya dengan gadis yang bukan hak saya . Sepatutnya saya mencintai awak bukan dia dan sekarang saya menyesal sangat Su ... saya cintakan awak su meskipun Shahila dah berceria dengan suaminya saya takkan pernah berpatah balik untuknya kerana cinta saya hanya pada awak . Berilah saya peluang su ...” pujuk Afnan lagi .
“Saya takkan pernah bagi awak peluang kedua lagi Afnan sebab saya tak nak terluka lagi hanya kerana cinta awak yang sering kali menyakiti hati saya !” kata Suhana setelah melihat kereta Pak Alim tiba di tempat biasa . Afnan pula hanya mampu sempat mengalirkan air matanya melihat insan yang dia sayang pergi meninggalkannya .



1 comment:

  1. rifqi nk mla bbaik2 da ke dgn isteri dia..bgus2 jgn asyik dok dingin je dgn shahila

    ReplyDelete