Thursday, 15 March 2012

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 4


Bab 4
Walfiah merenung kosong di meja makan . Nasi goreng di depan matanya dipandnag kosong . Walfiah hanya mengeluh sahaja . Amran Raziq kini berdepan dengannya sehingga mengejutkan dirinya .
“Amran , jangan lah buat saya terkejut “ kata Walfiah sambil tersenyum .
“Ala nak gurau pun tak boleh . Oh ya , mana kawan awak tu ?” soal Amran .
“Dia kata dia dah habis kuliah mungkin sekarang dia di bilik “ kata Walfiah lagi .
“Oh ya ke patutlah awak sorang-sorang “ kata Amran . Walfiah tersenyum mendnegar kata-kata Amran Raziq . Ternyata Amran memang seornag yang baik dan mengambil berat juga pasalnya . Amila yang baru saja melangkah masuk ke kantin geram melihat emreka berdua . Amila segera melangkah mara ke meja makan mereka berdua .
“Oh ternyata perempuan kotor ni pun awak masih suka . Hermm ... jijiknya Amran Raziq !” kata Amila . Erin hanya mampu tergelak kecil . Amran Raziq bingkas berdiri .
“Saya di sini hanya ingin menjamu selera bukan untuk melayan awak berdua yang langsung tidak waras memikirkan diri awak sendiri tanpa orang lain “ kata Amran . \
“Amran , dia kotor . Jijik lah kalau nak menjamu selera dengan dia , apa kata you makan dengan I saja ? I bersih , suci , cantik tak macam perempuan tu !” kata Amila sambil tersenyum sinis .
‘Pang’ satu penampar melekat lagi di pipi Amila . Amran Raziq sudah tidak tahan lagi dengan penghinaan Amila .Amila memegang pipinya yang sudha mula kemerahan .
“Amran Raziq ! Awak hanya tahu menggunakan kekuatan awak sebagai seorang lelaki dengan menampar wanita kan ? Hanya kerana ini awak mampu menarik ramai perhatian orang kan ? Tak sangka awak begitu kejam . Jijik tahu !” kata Amila .
“Bagi aku , kau lagi jijik dibandingkan ornag yang paling jijik dalam dunia ini “ kata Amran Raziq dengan geram . Amila dan Erin membawa diri ke kamar . Walfiah bangga dengan Amran Raziq yang mampu melindunginya dari mereka .
“Terima kasih Amran Raziq Haiqal “ kata Walfiah sambil tersenyum . Walfiah kini berasa lega kerana Amran Raziq ternyata tidak lah sejahat mana seperti Amila yang sering menghina dirinya. Amran Raziq hanya mampu memberikan senyuman manis pada gadis di hadapannya .
...........................................................................................
Pening kepala Aliza tidak terkata . Sakit kepalanya seperti ditikam-tikam oleh pisau yang tajam . Namun begitu , dia cuba menahan kesakitan . Aliza duduk di birai katil untuk merehatkan dirnya.Ketukan pintu dari luar tidak dihairankan . Akhirnya dia pengsan di bilik .
“Tidur agaknya Aliza “ kata Walfiah lalu membuka tombol pintu dengan menggunakan kuncinya . Alngkah terkejutnya dia melihat Aliz asudah pun terbaring di atas lantai . Walfiah segera mendekati Aliza yang masih lagi pengsan .Dia minta tolong Hidayah iaitu teman sebiliknya .
“Kenapa dengan Aliza , Walfiah ?” soal Hidayah dengan nada terkejut .
“Aku tak tahu , tapi kita kena bawa dia ke hospital . Kau ada kereta kan ? Aku nak bawa dia ke hospital “ kata Walfiah .
“Baiklah aku pandu “ kata Hidayah lalu memapah Aliza ke arah keretanya . Walfiah memasukkanya ke dalam kereta . Aliz amasih lagi tidak sedarkan diri . Walfiah berharap agar Aliza berada dalam keadaan baik . Sampai sahaja di hospital , Walfiah dimasukkan ke dalam wad rawatan . Beberapa minit kemudian doktor keluar memberi laporan .
“ Bagaimana dengan keadaan kawan saya doktor ?” soal Walfiah .
“Alhamdulilah kini dia berada dalam keadaan baik , cuma saya rasa dia sudah kehabisan ubatnay sebab itu dia pengsan “ kata doktor . Walfiah sama sekali tidak mengerti . Aliza sebenarnya sakit apa ?
“Kejap ? Ubat ? Maksud doktor Aliza sakit ? Dia sakit apa ?” kata Walfiah .
“Dia kan kawan awak takkan dia tak pernah ceritakan pada awak ?” soal doktor . Walfiah hanya sekadar menggeleng .
“Dia batuk berdarah . Apapun saya minta diri cik Walfiah “ kata doktor . Hidayah dan Walfiah terkejut mendengar perkataan tersebut . Itu bererti sebelum ini dia sembunyikan sesuatu dari mereka semua . Walfiah tidak  menyangka sama sekali . Walfiah masuk ke dalam kamar rawatan Aliza . Dia terkejut melihat Walfiah yang pucat lesu terdampar di atas katil .
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku Aliza ? Kenapa kau tipu aku ?” soal Walfiah sambil mengenggam erat tangan Aliza  . Aliza masih lagi tidak sedarkan diri dari pengsan . Tiba-tiba Aliza membuka mata lalu dia muntah . Muntahnya berdarah dengan teruk . Walfiah segera memanggil doktor . Doktor segera merawat Aliza dengan segera . Penyakit Aliza bertemabah teruk . Akhirnya Aliza berada dalam keadaan stabil .
“Maafkan saya cik Walfiah , buat sementara waktu jangan lagi menjenguk dia . Dia perlukan rehat “ kata doktor Sufiah . Walfiah hanya sekadar mengangguk . Hidayah memeluk Walfiah dengan sedih . Dia berharap Walfiah bersabar .
‘Ya Allah kasihanilah Aliza . Kau berikanlah dia kekuatan untuk dia menempuh segala cabaran hidup ini . Kau kuat kanlah semangantnya . Amin . ‘ doa Walfiah di dalam hati . Dia mengusap perutnya yang semakin buncit .
“Jangan risau Walfiah , aku akan jaga kau dan juga Aliza “ kata Hidayah dengan penuh yakin .
“Terima kasih Hidayah “ ucap Walfiah . Hidayah tersenyum . Dia lega melihat Walfiah mengesat tangisannya . Dia sedih juga melihat kawan karibnya iaitu Aliza sakit parah .
.....................................
“Geram betul aku dengan minah kotor tu lah !!!! Asyik –asyik dia , asyik –asyik dia kenapalah dia ni selalu saja muncul setiap kali aku berjumpa dengan Amran Raziq !!!”bentak Amila . Erin cuba menenangkan dirinya .
“Sabar sahajalah Amila , mungkin hari ni bukan nasib kau . Lagipun aku yakin suatu hari nanti Walfiah akan keluar dari kolej ni “ kata Erin lagi .
“Tapi sampai bila Erin ? Aku dah muak tengok muka dia dekat kolej ni kau tahu tak ?!” kata Amila dengan geram.
“Ala aku akan bantu kau don’t worry” kata Erin . Amila memandnag wajah Erin . Kini dia yakin Erin sahajalah kawan karibnya bukan Yasrina . ‘Bodohnya kau Amila kerana percayakan aku , aku hanya inginkan harta keluarga kau sahaja . Setakat kawan dnegan kau macam kawan dengan pontianak ‘ kata Erin tersenyum sendirian . Yasrina sudha tahu bahawa Erin sememangnya sudah ada niat lain mendekati Amila . Dia kembali menutup pintu bilik Amila .
Dia keluar dari flat lalu ke sebuah pondok untuk tenangkan diri . Hidayah dan Walfiah baru sahaja balik dari hospital . Walfiah melihat Yasrina keseorangan di pondok .
“Ermm hidayah , kau naik dulu aku ada hal sekejap “ kata Walfiah . Hidayah hanya sekadar mengangguk . Dia mencapai begnya lalu segera ke bilik untuk menyiapkan laporan kerja yang diberikan oleh Pn Hashimah . Walfiah mendekati Yasrina yang sedang termenung .
“Assalamualaikum , Yasrina ?” kata Walfiah sambil memulakan perbicaraanya . Yasrina segera berpaling .
“Waalaikumsalam , Walfiah “ jawab Yasrina .
“Boleh saya duduk ?” soal Walfiah . Yasrina hanya sekadar mengangguk .
“Awak fikirkan tentang apa , Yasrina ? Macam ada masalah saja ?” soal Walfiah .
“Kau ni kan , Walfiah tak habis-habis nak buat baik dengan aku kan ? Aku dah muak lah kawan dengan kau ! “ kata Yasrina lalu mencapai begnya untuk kembali ke kuliah . Meskipun kuliahnya bermula pada pukul 2 dia tak mahu bertemu dengan Walfiah . Walfiah segera menghalang Yasrina dari pergi .
“Yas , duduklah . Aku ada hal nak cakap dengan kau . It is important “ kata Walfiah . Yasrina menurut kata-kata Walfiah meskipun dia tidak selesa dengan gadis itu .
“Ada apa ?” soal Yasrina .
“Aliza . Aliza sakit barah “ kata Walfiah smabil menitiskan air matanya . Yasrina terkejut dengan kata-kata Walfiah . Apa benar Aliza sakit ? Ya Allah apa lagi dugaan yang telah menimpa Aliza dan juga Walfiah ?
“A..aliza sakit apa , Walfiah ? Teruk ke “ soal Yasrina yang mula kerisauan . Walfiah terkejut melihat Yasrina begitu ambil berat terhadap kawan karibnya seketika dahulu . Sedangkan dia , tiada siapa yang peduli . Walfiah hanya mengesat air matanya .
“Ya ... batuk berdarah . Peluang untuk dia hidup sangat tipis “ kata Walfiah lagi .
“Dia dekat hospital mana ?” soal Yasrina kembali .
“Dekat Hospital Besar Kuala Lumpur “ jawab Walfiah . Yasrina segera pergi untuk menjenguk temannya iaitu Aliza . Dia sememangnya risau tentang keadaan kawan karibnya itu . Walfiah sedih kerana Aliza lagi penting dari dirinya . Namun dia hanya bersabar . Walfiah melangkah pergi dari  pondok . Tiba-tiba wajah Amran Raziq berada di hadapannya .
“Kenapa awak menangis ?” soal Amran Raziq sambil mendekati gadis itu . Walfiah mengesat tangisan gadis itu . Sedihnya tak dapat dikatkan . Sebak melanda di keliling hatinya . Amran Raziq duduk di sebelah Walfiah .
“Saya sakit hati saja “ kata Walfiah .
“Kenapa ?” soal Amran Raziq kembali .
“Setelah Yasrina lebih pentingkan Aliza dari saya . Saya ni kebudak –budakan kan ? Mengharap kasih sayang yang lebih ?” soal Walfiah kembali . Amrna Raziq menggeleng .
“Tak . Awak bukanlah gadis yang pentingkan diri Walfiah . Kalau awak pentingkan diri , awak dah lama biarkan Aliza mati “ kata Amran Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Pandai awak buat lawak . Tapi saya taklah sekejam itu kerana saya masih sayangkan Aliza dan Yasrina “ kata Walfiah lagi .
“Jadi awak kena kuat semangat dan tak lupakan yang maha Esa “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya sekadar mengangguk .
“Terima kasih Raziq . Awak dah banyak tolong saya . Kebanyakan lelaki yang saya temui semuanya gila tapi awak tak kerana awak mampu menaikkan semangat saya entah kenapa “kata Walfiah .
“Mungkin itu cinta “kata Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Awak ni pandai bergurau lah , Raziq “ kata Walfiah .
“No , i’m serous now “kata Raziq lagi . Walfiah terkejut . Walfiah dan Raziq saling berpandangan . Walfiah berasa tenang mendengar kata-kata Raziq .
“Tapi saya belum bersedia untuk mencintai lelaki “ kata Walfiah .
“Kalau begitu saya akan tunggu sampai bila-bila “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya memberikan senyuman manis buat lelaki berada di sebelahnya . Kini kerisauan dia mula hilang tetapi sebak di hatinya masih terasa .
.....................................................................................................
Yasrina mencari wad icu di mana Aliza di rawat . Akhirnya Yasrina berjaya mencari wad tersebut . Kelihatan Aliza sedang merenung jauh di luar tingkap . Dia berasa penat , letih , sakit dan semuanya . Pintu rawatan Aliza dibuka secara perlahan-lahan . Aliza berpaling ke arah Yasrina . Yasrina menutup pintu rawatan Aliza . Dia segera memeluk Aliza kerana dia bersyukur Aliza tidak apa-apa.
“Lepaskan aku “ kata Aliza dengan nada lemah . Dia sesak kerana Yasrina memeluk dirinya . Aliza masih lagi dalam dakapan Aliza . Aliza segera menolak Yasrina dengan kuat sehingga Yasrina jatuh ke lantai .
“Kau dah buat Walfiah menderita sekarang kau nak buat aku menderita ? Kau ! Kau pergi balik dengan Amila dan Erin ! Pergi ! Aku tak nak tengok muka kau di sini ! “ kata Aliza dengan geram . Tiba-tiba Aliza batuk berdarah . Dia segera mencapai tisu lalu mengesat mulutnya .
“Kau tak okay Liz , aku tolong kau ya ?” soal Yasrina .
“Aku lebih rela mati dari tengok muka kau ! Bagi aku kau lagi keji dari Walfiah ! Walfiah selama ini menderita kerana kandungannya dan kerana kau . Dia ingat kau kawannya tetapi sekarang aku sedar kau siapa .... sekarang aku sedar kau ialah sampah dalam hidup kami berdua ! Cermin muka kau dulu sebelum kau datang kepada aku dan juga Walfiah ! Sedar diri la ! Kawan baik konon ! Kawan baik tahi kucing ! Kau pergi dari sini ! Pergi !” kata Aliza dengan geram . Meskipun dia hmaapir nak pitam tetapi dia cuba tenangkan diri .
“Maafkan aku Aliza .. aku benar-benar minta maaf . Aku khilaf ... maafkan aku “ kata Yasrina .
“Jangan minta maaf pada aku la ! Minta maaf pada Walfiah !” kata Aliza . Yasrina mengalirkan air matanya sejurus Aliza mengatakan dia perempuan sampah . Dia pergi meninggalkan Aliza di wad . Yasrina berjalan dengan sedih . Perihnya hati ini sehingga dirobek dan dikoyak oleh benda tajam .
“Aku berdosa Walfiah ! Aku berdosa Aliza ! “ jerit Yasrina di luar hospital . Hujan akhirnya turun membasahi bumi . Yasrina berjalan di dalam hujan .

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 3


Bab 3
Amran Raziq pergi ke kantin untuk mengisi perutnya yang masih kosong . Amila yang melihat Amrna Raziq di kantin segera mendekati jejaka tersebut . Amran terkejut dengan kehadiran gadis tersebut .
“Apa yang kau nak ?” soal Amran Raziq dengan geram . Sebetulnya dia tak mahu melayan gadis itu tetapi dia tidak ingin membuat kecoh di kolej ini . Dia hanya menahan sabar melihat gadis itu di depan matanya .
“I nak minta maaf pada you , Raziq . I’m so sorry pasal kejadian hari tu “ kata Amila dengan gaya gediknya itu . Amran Raziq bahkan menyampah dengan kata-kata wanita tersebut . Dia kembali ke tempat duduknya . Gadis itu pula duduk berhadapannya lalu ditatap wajah tampan Amran Raziq Haiqal yang sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita .
“Kau tak patut minta maaf pada aku , perempuan gedik . Kau patut minta maaf dekat Walfiah . Sanggup kau malukan dia depan pihak kolej ? Kau tak tahu malu ke ? “ kata Amran Raziq dengan geram .
“I tahu I salah tapi I dah cuba perbaiki kan ? Takkan you marah dekat I . Okay I promise I akan minta maaf pada Walfiah “ kata Amila smabil memegang tangan lelaki itu . Amran Raziq segera menepis tangan Amila . Dia amat benci dengan wanita tersebut .
“Hei jangan sentuh tangan aku dengan tangan kau yang kotor ni ! Kau sedar tak , kau tu lagi hina dari Walfiah ! Dasar perempuan murahan !” kata Amran Raziq sambil memandang tepat ke arah gadis itu . Walfiah melihat mereka berbual terkejut mednegar pergaduhan kecil mereka . Amila yang melihat Walfiah berada jauh sedikit dengannya segera bersuara .
“Adakah itu bermakna Walfiah juga turut hina ?” soal Amila kembali . Arman Raziq terkejut dengan persoalan Amila . Dia hanya membisu . Walfiah terkejut melihat Amran Raziq hanya membisu dan tidka membelanya lagi .
“Kau tengok Walfiah ! Lelaki ni tidak lagi membela kau ! Kesian !” kata Amila lalu pergi meninggalkan Amran Raziq di situ . Amran Raziq segera berpaling ke arah Walfiah yang masih bersama Aliza . Walfiah segera meninggalkan Amran Raziq .
“Walfiah !” jerit Amran Raziq lalu mengejar gadis itu . Hati Walfiah bagai digores dengan sesuatu yang tajam . Hatinya luka . Lelaki yang disangka baik sebenarnya bukanlah Amran Raziq . Kini dia mengerti .
...............................................................................................
“Maafkan saya Walfiah “ kata Amran Raziq sambil berdiri di hadapannya . Walfiah masih lagi mengesat air matanya . Dia mengingati akan kata-kata Aliza . Sememangnya dia harus tabah dan sabar menemmpuh semua ujian ini .
“Mungkin betul kata orang ...saya ni hina . Saya ni lagi hina dan kotor . Saya tak perlu lagi pembelaan awak . Awak hanya sekadar mempermainkan hati saya saja “ kata Walfiah sambil memandang tepat ke arah lelaki itu .
“Saya betul-betul minta maaf Walfiah , saya sedar saya sudah buat awak malu . Tolonglah Walfiah mengertilah saya “ kata Amrna Raziq dengan nada rayu .
“Jadi hati saya siapa yang nak mengerti Amran ? Siapa ? Awak ? Awak pun sudah memaki saya di depan orang ramai . Saya malu Amran ! Saya malu !” kata Walfiah lagi . Ingin saja dia menampar lelaki tersebut tetapi dia hanya menahan sabar .
“Walfiah saya tahu saya berdosa Walfiah tolonglah maafkan saya , jikalau awak tidak mengerti saya pun tolonglah maafkan saya . Saya mohon Walfiah “ kata Amran Raziq .
“Saya maafkan awak Amran Raziq tetapi dengan satu syarat “ kata Walfiah sambil menerik nafas sedalam-dalamnya . Amran Raziq ahirnya tersenyum
“Katkanlah Walfiah akan saya tunaikan “ kata Amran Raziq sambil memandang gadis itu . Walfiah sememangnya sudah tergoda dengan pandnagan lelaki itu . Pertama kali dia melihat Arman Raziq dia sudah pun jatuh cinta pada lelaki itu .
“Jangan jumpa saya lagi ... ini saja lah yang terbaik “ kata Walfiah lalu pergi meninggalkan Amran Raziq . Amran Raziq segera mencapai lengan gadis itu .
“Itu saya tak boleh terima “ kata Amran Raziq . Mereka berdua berpaling sesama mereka . Walfiah menarik lembut tangannya kembali .
“Kenapa ? Awak nak sakiti hati saya lagi ?” soal Walfiah .
“Sebab saya nak kita jadi kawan . Kawan yang sama-sama menolong anatara satu sama lain “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya memberikan senyuman yang manis . Dia segera berpaling wajah .
“Baiklah , saya terima “ kata Walfiah sambil tersenyum sendirian . Amran Raziq kembali tersenyum melihat gadis itu . Akhirnya , Walfiah melangkah pergi tanpa halangan lagi .
......................................................................
“Kau memang hebat Amila ! Kau boleh jadi pelakon wanita terbaik tau “ kata Erin . Amila tersenyum mendengar mereka menyokong dirinya . Setelah dia menghina gadis itu , dia berasa puas sekali kini tiba masanya untuk menggoda Amran Raziq pula .
“Biasa saja .... tapi kan kau tengok tak Walfiah tadi ? Macam nak menangis “ kata Amila sambil ketawa terbahak-bahak bersama teman sebiliknya .
“Ya .. betul tu ! Sungguh memalukan . Tulah dah malukan kita depan orang ramai sekarang mereka pula yang dapat malu “ kata Erin . Yasrina sememangnya ingin ketawa tetapi dia rasa serba salah terhadap Walfiah iaitu teman karibnya ketika sekolah menengah .
“Kenapa Yasrina ? Kau ni pelik aja ?” soal Erin .
“Tak ada apa lah “ jawab Yasrina .
“Jangan kata kau nak bela Walfiah pula “ kata Erin sambil memandang tepat wajah Yasrina . Yasrina hanya membisu . Apa yang harus diaa jawab di depan Amila ? Dia takut Amila akan menjadi macam semalam . Dia tak mahu cari pasal dengan teman karibnya .
“Apa maksud Erin , Yasrina ?” soal Amila lalu berdiri berdepan dengan Yasrina . Amila segera menolak gadis itu jatuh ke lantai . Dia segera menampar gadis itu dengan geram . Habis berdarah dan luka di wajah Yasrina . Yasrina hanya mampu membisu .
“Cakap Yasrina ! Apa maksud Erin ?” soal Amila kembali . Erin tersenyum melihat keadaan Yasrina . Yasrina hanya berdiam diri . Amila segera menarik Yasrina berdiri kembali . Dia kesal karna Yasrina masih belum menjawab persoalannya .
“Aku ... aku takkan bagitahu kau “ kata Yasrina dengan berani .
“Apa ?!!!! Yasrina , kau ingat dengan siapa kau boleh masuk kolej ni ? Mak dan ayah aku yang bayarkan pembiayaan kau tahu tak ?!” soal Amila . Yasrina hanya berdiam diri .
“Oh ya ? Hanya mak bapak kau saja kaya tapi kau ? Kau hanya mengharap kan mak bapak aku punya duit lepastu ulang balik semester “ kata Yasrina lagi .
“Tak guna !” bentak Amila sambil menarik rambut Yasrina . Erin segera menghentikan pergaduhan mereka .
“Dahlah Amila , Erin . Jangan bergaduh lagi “ kata Erin . Ahirnya mereka berhenti bergaduh . Yasrina segera mencapai begnya untuk ke kuliah . Dia segera mengesat darah di bibir dan juga kesan lebam di mukanya dengan tisu .
“Tak guna betul si Yasrina tu . Berani dia permainan aku “ kata Amila .
“Dia hanya nak duit kau saja Amila . Think “ kata Yasrina lalu keluar dari bilik mereka berdua . Amila memebaling semua barangnya ke lantai termasuk barang Yasrina .
............................................................................................
Yasrina berjalan ke kuliah lalu dia terserempak dengan Walfiah . Dia segera ke kuliahnya agar tidak bertemu dengan gadis itu . Walfiah segera mencapai lengan gadis itu . Yasrina berpaling . “Mari kita berbincang “ kata Walfiah . Akhirnya Yasrina mendengar kata Walfiah lalu mereka duduk di sebuah bangku kolej .
“Ada apa kau nak cakap ?” soal Yasrina . Yasrina tidak memandang wajah gadis itu kerana dia tahu pasti Walfiah akan risau tentang luka di muka gadis itu .
“Macam mana sekarang dengan Amila dan Erin okay ?” soal Walfiah .
“Kalau kau hanya nak tahu pasal tu saja baik aku pergi “ kata Yasrina lalu pergi meninggalkan Walfiah . Walfiah segera mencapai lengan gadis itu . Yasrina berpaling . Alangkah terkejutnya Walfiah melihat wajah gadis itu .
“Kenapa dengan muka kau , Yas? “ soal Walfiah dalah kerisauan .
“Jangan peduli pasal aku . Kau ambil peduli saja pasal diri kau “ kata Yasrina lalu melepaskan tangannya dari genggaman Walfiah .
“Yas , aku ingat kau kawan baik aku . Tapi kenapa kau mengkhianati persahabatan kita ? Adakah ini kerana Amila kau jadi begini ?” soal Walfiah dengan nada sedih .
“Ini diri aku yang sebenar Walfiah . Sampai bila-bila pun kita bukan kawan . Kita musuh ! Kau mengerti ?” kata Yasrina lagi .
“Tapi kau pernah janji dengan aku yang kau sayangkan aku seperti adik kau sendiri ? Bukan kita pernah berjanji nak masuk kolej sama lepas tu makan bersama ? Kenapa kau begitu lupa ?” kata Walfiah selepas itu dia mengalirkan air matanya .
“Itu dah lama Walfiah ! Kau nak tahu kenapa aku berubah ? Okay Fine ! Memang sebab Amila tetapi dia saja yang mampu membayar semua wang belajr aku dekat sini faham ?! Kau ada apa ? Satu sen pun susah nak bagi . Kau masuk kolej ni sebab biasiswa saja la !” kata Yasrina lagi .
“ Jadi hanya kerana itu kau berubah ? Jadi hanya kerana itu kau tidak lagi berkawan dengan aku ?” soal Walfiah dengn sedih . Air mata Walfiah sekali lagi mengalir . Hati Yasrina sebak melihat air mata gadis itu membasahi pipi .
“Kau menangis pun tiada lagi gunanya . Kau nak tahu tak air mata kau tu langsung tak bernilai hanya sampah saja yang membasahi bumi ni ! Kau tahu tak ?!” kata Yasrina .
“Yasrina !” jerit Walfiah . Yasrina pergi meninggalkan gadis itu tanpa halangan lagi . ‘Maafkan aku Walfiah , aku terpaksa lakukan semua ini . Mungkin ini demi kebaikan kau , aku dan semua orang ‘ kata Yasrina sendirian .
‘Ya Allah , kenapa dengan Yasrina ? Adakah dia memang tidak rela berkawan dengan perempuan kotor seperti aku ni ? Adakah hanya kerana Amila ? Aku langsung tidak mengerti dan aku juga tidak ingin mengerti . Jikalau masa dapat diputar balik , aku takkan mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Yasrina sebentar tadi ‘ bisik Walfiah .

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 2


Bab 2
Telefon bimbit Walfiah berdering . Walfiah segera mencapai telefon bimbitnya dari atas meja . Walfiah segera menekan butang hijau di telefon bimbitnya untuk menjawab panggilannya . “Assalamualaikum “ jawab Walfiah . “Waalaikumsalam , anak ibu macam mana di sana ? Sihat ?” soal Puan Mariam . Walfiah tersenyum sendirian .
“Sihat . Ibu dan abah macam mana di kampung ? Sihat ? “ soal Walfiah pula . Walfiah tersenyumkembali . “Sihat sahaja , bila Walfiah nak balik ? Ibu dan Abah rindukan Walfiah tahu ?” kata Puan Mariam lagi . Walfiah menangis kerana ingin saja dia memeluk ibunya tetapi sekarang dia tengah mengandung . Apa yang patut dia lakukan untuk menutup semuanya ? Dia mengesat air matanya kembali . Puan Mariam terdengar tangisan Walfiah . Dia terkejut .
“Walfiah okay ke ? Kenapa ibu dengar Walfiah menangis ? “ soal ibunya kembali . Walfiah mencapai tissu di atas meja untuk mengelapkan air matanya yang masih tak berhenti . Walfiah berkata “ tak adalah ... Walfiah rindukan ibu . Ibu , Walfiah minta maaf sangat kerana sepanjang 2 tahun ni Walfiah banyak kuliah tetapi cuti raya jangan risau , Walfiah akan jenguk ibu di sana okay ?” soal Walfiah kembali . “Baguslah macam tu ibu dah lama teringin nak makan bersama Walfiah . Baiklah Walfiah ibu nak masak makan malam untuk abah kamu . Kamu di kolej tu jangan lupa solat , belajar rajin-rajin dan cukup tidur ya sayang ? Ibu letak telefon dulu , assalamualaikum “ jawab Puan Mariam .
“Waalaikumsalam “ balas Walfiah . Walfiah segera menekan butang merah di telefon bimbitnya . Dia sekali lagi menangis . Dia sedih kerana tidak ceritakan perkara yang sebenar pada ibunya . Jikalau ibu bapanya mendapat tahu bahawa dia tengah mengandung , pasti dia akan dihalau dari rumahnya . Dia kembali mengesat air matanya setelah mendengar ketukan pintu dari luar bilik .
Walfiah segera membuka pintu biliknya . Aliza melihat Walfiah yang sedang menangis . Dia terkejut melihat air mata gadis itu kembali jatuh .
“Fiah , kau okay ke ? Kenapa kau nangis ?” soal Aliza . Walfiah hanya menggeleng . Dia hanya mampu memberikan senyuman pada rakannya itu .
“Tak ada apalah , aku okay jer ... aku nak tidur dulu . Esok nak bangun awal “ kata Walfiah agar Aliza yakin bahawa dia tidak menangis .
“Kau jangan bohong aku , kau nangis kan ? Kenapa ni , story dekat aku ?” kata Aliza lagi kemudian dia menutup pintu bilik mereka kembali . Walfiah kembali dududk di birai katil .
“ Ibu aku telefon aku tadi .... aku sedih Aliza ... aku sedih kerana tak dapat balik kampung nak jenguk ibu bapa aku . Macam mana ya ?” soal Walfiah . Aliza kembali tersenyum .
“Jangan risau , kau boleh buat surat kan ? Kau tulis surat tu lepas tu kau kirim surat dekat pejabat pos kan senang . Nanti ibu kau ingat kau sayangkan dia , lagipun hari raya puasa nanti kau balik kan ? Lagipun anak ni akan lahir sebelum bulan raya “ kata Aliza sambil tersenyum .
“Bagus juga idea kau tu , baiklah . Terima kasih , Aliza kau dah banyak tolong aku “ kata Walfiah . Walfiah kini tersenyum .
“ Dahlah mulai sekarang kau jangan nangis lagi , kau kena tabah dan kuat semangat . Tak kiralah apapun cubaan yang tuhan beri pada kita , kau kena tabah ingat tau ?” kata Aliza . Walfiah hanya sekadar mengangguk .
“Aliza , aku rasa macam kau ni ada pengalaman je ? “
“Apa maksud  kau , Walfiah ?” soal Aliza yang tidak mengerti dnegan kata-kata Walfiah .
“Ingat tak kau halang aku dari gugur kandungan aku ? Aku rasa kau macam ada pengalaman je ?” soal Walfiah .
“Memang pun . Tapi bukan aku , kawan aku sekolah menengah dulu . Kesian dia , waktu tu dia ambil spm tetapi dia dicaci dan dimaki oleh budak sekolah kerana dia mengandung anak luar nikah . Nama dia Alina Rashimah . Aku cakap dekat dia jangan putus asa dan kuat semangat pada mulanya dia nak gugurkan kandungannya tetapi dia nekad lepas tu dia lahirkan anak selepas ambil spm . Tengok result dia memang tak percaya lah . Straight A’s “ kata Aliza lagi .
“Gadis tu memang hebat . Tapi aku mampu ke aku  jadi macam dia ? Sedangkan aku ni bukanlah istimewa seperti dia ?” soal Walfiah .
“Kau mamapu , Walfiah . Orang yang cacat pun mampu berdiri , makan , mandi . Ini kan pula engkau ... jadi janganglah kau rasa diri kau kotor ya ?” kata Aliza . Walfiah hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum . Jikalau benar kata temannya iaitu Aliza jadi dia yakin kata –kata temannya itu adalah benar .
Pada keesokan hari , Walfiah bangun awal untuk ke kuliah . Rasa pening-pening kepala dan juga nak muntah telah hilang hanya sementara setelah Walfiah memakan ubat tahan muntah . Muka Walfiah tetap tidka berubah masih lagi pucat lesu .
Akhirnya Walfiah dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kuliahnya . Aliza kini mampu tersneyum dna lega hati setelah Walfiah mampu belajar . Nasib baiklah perut Walfiah masih lagi tidak keahilatan . Andai masa dicepatkan pasti Walfiah takut berdepan dengan semua ni . Aliza mengeluh .  Akhirnya kelas Walfiah tamat .
Walfiah berjalan menuju ke kantin bersama Aliza . Walfiah duduk bersebelahan dengan Aliza . Walfiah mencapai botol mineralnya lalu diteguk .
“Walfiah macam mana kelas tadi ? Okay ? “ kata Aliza lagi . Walfiah hanya sekadar mengangguk .
“Aku risau lah Aliza , aku takut aku akan dicaci kalau mereka tahu tentang anak ni “ kata Walfiah lagi .
“Janganlah risau Walfiah ... kalau kau risau aku lagi risau . Sekarang ni just focus for study okay ? Aku tak nak kau hilang fokus hanya kerana memikirkan anak kau ni “ kata Aliza . Walfiah sekali lagi mengeluh .
“Baiklah , kalau macam tu “ kata Walfiah . Dia memandang perutnya yang masih kempis yang bakal jadi buncit .
.....................................................................................................................................................................................
3 bulan sudah berlalu ..........
“ Eh , kau tengok si Walfiah tu , dah mengandung . Betul ke dia ada suami selama ni atau dia mengandung anak luar nikah ?” kata Amila . Amila dan temannya ketawa melihat Walfiah yang sedang mengandung 3 bulan . Walfiah sudah pasti ini akan terjadi . Amila mendekati Walfiah .
“Walfiah , Walfiah , Walfiah . Kau mengandung anak siapa ek ? Boleh aku tahu ? Ooops ke kau tak tahu siapa bapa budak ni ? “ kata Amila sambil ketawa kecil . Walfiah hanay menahan sabar . Aliza melihat mereka segera melindungi Walfiah .
“Hei , korang ni kenapa ? Kau tahu kan berdosa kalau mengumpat , memerli ?” soal Aliza dengan geram .
“Oh berdosa . Habis perempuan tu tak berdosa ke ? Dah lah mengandung anak luar nikah !” kata Amila dengan kuat . Mahasiswi yang berada di bawah flat astana segera berpaling melihat mereka berdua bergaduh .
“Kurang ajar “ kata Aliza lalu menampar Amila . Amila segera memegang pipinya yang kemerahan  .
“Tak guna !” kata Amila lalu menarik tudung Aliza . Walfiah segera menghentikan pergaduhan mereka . Nasib baiklah pihak universiti berjaya menghalang mereka .
“Kau ingat Walfiah , kau tu kotor ! Tak patut belejar dekat sini ! “ kata Amila .
“Kau tu  perangai kotor lagi tak layak masuk kolej ni !” jerit Aliza .
“Sudahlah Aliza , mari kita ke kuliah “ kata Walfiah . Ahirnya mereka ke kolej . Di dalam kelas Walfiah tak habis-habis dimaki oleh teman-temannya . Nasib baiklah Aliza ada melindunginya . Dia cuba menahan sabar . Setelah mereka keluar dari kolej , Amila dan teman-temannya mencampakkan telur busuk pada gadis itu . Aliza segera menampar gadis itu . Kawan-kawan Amila berjaya mengahlang mereka . Amila segera mencampakkan tepung ke atas badan Walfiah pula .
“Hoi ! Kornag buat apa tu !” jerit Amran Raziq . Amran Raziq segera menolak Amila jatuh . Amila tidak menyangka lelaki itu berjaya menolak dirinya .
“Hei , aku tahulah kau lelaki tak payah nak bajet macho “ kata Amila lagi . Walfiah segera mengesat badannya yang sudah kotor .
“Kau tak kenal dia siapa ke Amila ?” soal Erin iaitu salah seorang kawannya .
“ Dia tu anak pemilik kolej ni lah “ kata Yasrina kawan karib Amila .
“Baiklah , hari ni hari kau Walfiah . Esok kau tunggulah “ kata Amila . Amila dan kawan-kawannya kembali ke flat astana . Amran Raziq menolong Walfiah berdiri . Walfiah mengucapkan terima kasih pada Amran Raziq .
“Nama saya Amran Raziq Haiqal  “ kat Amran Raziq sambil tersenyum .
“Saya Siti Walfiah Armisha Sofea “ balas Walfiah .
“Maaf , saya kena pergi dulu untuk bersihkan diri . Assalamulaikum “ kata Walfiah . Walfiah dan Aliza kembali ke kamar mereka . Aliza tersenyum melihat Walfiah tersenyum keseorangan setelah selesai sahaja bersihkan diri .
“Kawan aku sudah jatuh cinta “ kata Aliza sambil tersenyum .
“Mana ada , dah jangan merepek “ kata Walfiah .
“Handsome kan anak pemilik kolej ni ? Amran Raziq Haiqal yang bakal dijodohkan dengan Siti Walfiah Armisya Sofea “ kata Aliza lagi .
“Aliza ! Tak baik tau kenakan kita “ kata Walfiah lagi .
“Dia tu baik lah , fiah . Kau patut dekat dengan dia tau “ kata Aliza .
“Dia memang baik . Tapi kita orang baru kenal kan ? Mana tentu aku tahu dia baik atau jahat “ kata Walfiah lagi .
“Yalah ..... “ kata Aliza sambil tersenyum . Walfiah terkejut melihat gusi Aliza berdarah .
“Aliza , gusi kau berdarah “ kata Walfiah . Aliza segera ke kamar mandi untuk mencuci gusi apabila mendapati darah di bibir sudah mula menuunjukkan kesan . ‘Ya Allah kenapa sekarang baru terjadi ?’ bisik Aliza sendirian . Aliza segera mengumur .
“Aliza , kau okay ke ? Kenapa gusi kau berdarah ?” soal Walfiah . Aduhai berat sungguh soalan tersebut buat Aliza .
“Err... aku ..aku kena tumbuk dengan Amila “ kata Aliza .
“Kau tipu ! Tadi aku nampak dia hanya menarik tudung kau saja takkan sampai kau orang bertumbuk “ kata Walfiah lagi .
“Err... kan sebelum Amran Raziq datang dia orang tumbuk aku sebab halang aku dari lindungi kau , ingat tak ?” soal Aliza kembali .
“Patutlah , lain kali jangan tunjuk hero kan dah jadi macam ni “ kata Walfiah . ‘Andai saja kau tahu Walfiah bahawa aku ada penyakit yang teruk pasti kau takkan selega ini . Namun , aku takkan susah kan hati kau setelah aku melihat penderitaan kau Walfiah . Cukuplah dengan aku memendamkan ia kerana aku tahu itu saja yang terbaik buat kita semua ‘ kata Aliza sendirian . Aliza tersenyum melihat kawannya mengambil berat akannya . Namun , dia turut menderita sama seperti Walfiah .
.....................................................................................................
“Tak guna !” bentak Amila dengan geram . Setelah kejadian tersebut berlaku di depan matanya , hatinya bagai dirobek-robek hanya kerana wanita yang kotor berjaya mengalahakan dirinya . Yasrina cuba menenangkan gadis itu . Dia berharap gadis itu bersabar tentang kejadian sebentar tadi .
Amila segera membaling barangnya ke lantai . Yasrina yang terkejut segera memanggil Erin iaitu teman bersebelahan bilik mereka . Erin segera mencapai lengan Amila yang hendak membaling semua barang ke arah mereka . Erin segera menampar Amila .
“Kau dah gila ke Amila ?! Apasal dengan kau ni ? Takkan kerana kejadian tu kau nak jadi gila ? “ kata Erin dengan geram . Amila memandang wajah Erin smabil memegang pipinya yang sudha kemerahan . Sudah dua kali dia ditampar . Pada mulanya Aliza dan kini teman sebiliknya iaitu Erin .
“Aku takkan maafkan Walfiah dan Amran Raziq ! Aku takkan maafkan perbuatan mereka !!!! Kau tahu tak aku dah dimalukan oleh semua pihak universiti gara-gara aku bergaduh dengan perempuan tu ? Ini semua kerana Amran Raziq yang gila tu ! “ kata Amila dengan geram .
“Hanya kerana lelaki tu aja ? Hey Amila ! This is not yourself ! Think Amila ! Think ! Kalau kau berjaya singkirkan Walfiah itu bermakna kau berjaya buat Amran Raziq terima kau ?” kata Erin lagi .
“Apa maksud kau ?” soal Amila yang kebingungan . Dia tidak pasti apa benar yang kawan dia nyatakan bahwa dia boleh memikat lelaki itu ?
“Aduhai !!! Macam ni kau goda si Amran Raziq selepas tu bila Amran Raziq terima kau , dia akan buat apa yang kau suruh termasuk halau Walfiah dari kolej ni “ kata Erin sambil tersenyum . Amila kembali tersenyum . Kini mereka sudah punya rancangan sendiri untuk menjatuhan Walfiah dan juga memalukan Walfiah .