Thursday, 15 March 2012

Seutuh Kasih Rozel 5


“Kamu berdua dah berkenalan ke ?” soal Datuk Sofian . Rozle masih lagi menatap wajah Zakri yang masih lagi berhadapannya . Lamunannya terhenti kemudian Zakri menghulurkan tangannya sebagai tanda kenalan . Rozel hanya sekdar melihat tangan yang dihulurkan lelaki itu . Lambat –lambat dia menyambut huluran tangan Zakri .
“Kami dah lama kenal since sekolah menengah lagi kan Rozel ?” kata Zakri . Rozel hanya sekadar mengangguk . Ibu bapa mereka pula tersenyum . Zakri masih lagi berwajah serius kemudian dia mengambil tempat duduk . Rozel pula duduk bersebelahan dengan adiknya .
“Baguslah kamu berdua dah berkenalan .... senang lah kamu berdua nak berurusan “ kata Datuk Sofian . Mereka berdua hanya sekadar membisu . Tak sangka juga dia bakal bertemu dengan  lelaki yang amat dia benci .
“Oh ya , kamu ni Rozel kan ? Sedap nama kamu ..... Datin rasa datin pernah dengar nama kamu tapi dekat mana ya ?” soal Datin Maimunah .
“Mesti dekat kedai bunga kan datin ?” soal Rozel . Kini Datin Maimunah mengangak itulah jawapannya .
“Kedai bunga ....ya betul tu ...cantik nama kamu ya...orangnya pun dah cantik “ kata Datin Maimunah . Rozel hanay sekdar tersenyum . Dia juga melihat Zakri kemudian dia berpaling ke arah lain setelah Zakri melihatnya .
“Marilah kita makan , nanti sejuk pula makanan nya “ kata Puan Adia . Mereka sekeluarga makan bersama dengan penuh gembira . Setelah itu Datuk Sofian dan Encik Osman berbual kosong di ruang tamu manakala Datin Maimunah dan Puan Adia berbual mesra di dapur . Rozel duduk di luar untuk mengambil angin malam . Zakri mendekati Rozel .
“Cantikkan bintang malam ni “ kata Zakri . Rozel hanya sekdar membisu . Dia leka memandnag ciptaan tuhan yang indah sekali . Dia langsung tak pedulikan kata-kata lelaki yang berada di belakangnya .
“Awak masih marahkan saya ?” soal Zakri kembali . Rozel sekali lagi terdiam dengan soalan Zakri . Sememangnya dia sakit hati untuk melayan kerenah lelaki itu apatah lagi mahu berbicara dnegan lelaki itu .
“Tak ada reason untuk saya marahkan awak . Lagipun awak dah dewasa “ balas Rozel . Zakri mengambil tempat duduk bersebelahan dengannya . Rozel mula rasa tidak selesa dan berdiri tetapi Zakri pantas mencengkam tangannya .
“Kalau awak masih tak marahkan saya ... tolong duduk dengan saya .... sebentar saja “ kata Zakri . Kali ini Rozel terpaksa menurut kerana takut dia mula bertengkar dengan Zakri . Dia kembali duduk bersebelahan Zakri .
“ Saya akan menikah dengan awak Rozel tapi saya tak nak hubungan kita dekat kerana saya takut awak akan kecewa lagi .... bukan kerana saya pentingkan hati awak cuma ...saya tak mahu awak menaruh perasaan kepada saya seperti dahulu .... anggap saja selepas kita menikah ..kita hanya sebagai kawan “ kata Zakri .
“Jadi awak ingat selama ni saya terima pernikahan ini hanya kerana cinta saya pada awak ? Awak ni dah keterlaluan !” kata Rozel . Kemudian , Rozel berdiri tetapi sekali lagi dihalang oleh Zakri dengan kata-katanya .
“Saya tahu ..awak masih cintakan saya Rozel . Tapi awak menafikannya !” kata Zakri . Rozel tersenyum sinis kemudian pergi meninggalkan Zakri . Sampai hati Zakri berkata sedemikian sedangkan dia bercinta dengan Irfan .
Zakri hanya melihat gadis itu pergi dari sisinya sebentar tadi . Kadang kala dia terfikir betulkah Rozel mencintai Irfan ? Kalau betul dia tak perlua risau lagi kerana dia tahu bahawa cinta Rozle telah mati dalam kamus hidupnya . ....
Rozel masuk ke dalam biliknya kembali kemudian mencampakkan bantal ke dinding . Dia masih tak dapat lupakan kejadian sebentar tadi . Seolah-olah dia telah kalah dalam satu perlawanan yang dia tidak jangka . Sakit hatinya tiada siapa yang sanggup mengubat luka yang parah . Jiwanya bagaikan sudah hancur berkecai .
“Sanggup dia cakap aku macam tu ! Dia ingat aku ni perempuan murahan ke ?! “ bentak Rozel . Lily yang melihat Rozle telah pun masuk ke bilik mendengar kakaknya berkata-kata seorang diri . Dia mula rasa hairan ‘ gila ke apa kakak aku ni ?’
Lily melihat tetamu mereka mahu pulang . Lily mengetuk pintu bilik Rozel . “Kak , tetamu nak balik dah “ kata Lily Qistina . Rozel segera membuka pintunya .
“Err.... kakak malaslah ..cakap dengan mereka yang kakak tidur “ kata Rozel .
“Mana boleh bohong kak “ kata Lily lagi .
“Ala , cakap jer ...” kata Rozel . Lily segera menarik lengan kakaknya untuk turun ke bawah . Rozel hanya menurut dengan gerak malas . Kemudian dia melihat Zakri sudah pun berada di ruang tamu lalu dia menjeling tajam ke arah lelaki tersebut .
“Rozel , kami balik dulu ya “ kata Datin Maimunah . Rozle segera menyambut huluran tangan Datin Maimunah kemudian dicium sebagai tanda hormat .Zakri pula mendekati Rozel dan menghulurkan tangannya .
“Err... kita kan bukan muhrim ... mana boleh “ kata Rozel . Dia sama sekali tak mahu memegang tangan lelaki itu dengan alasan yang kukuh .
“Tapi kita akan menikah kan ? “ soal Zakri . Rozle hanya memandang sekeliling keluarganya kemudian menelan air liur . Akhirnya dia menyambut huluran Zakri . Setelah itu Rozel segera melepaskan tangannya . Tiba-tiba Zakri mengucup dahinya . Rozel terpanar .
“Amboi , Zakri jangan nak lebih-lebih “ kata ayahnya iaitu Datuk Sofian . Zakri hanya tersenyum . Rozel pula hanya sekadar tersenyum pahit . Kemudian Zakri memberi senyuman yang manis buat gadis itu . Rozel pula geram dengan tindakan Zakri .
“Baiklah , kami balik dulu ya “ kata Datin Maimunah . Puan Adia dan Encik Osman menghantar mereka ke kereta . Rozel hany a memberi jelingan yang tajam buat Zakri .
Irfan sudah buat keputusan untuk menyerah diri dan mahu pergi ke London untuk sambung belajar bersama kakaknya . Dia sudah penat dengan semua ini . Dia sudha penat dengan Rozel dan semuanya . Dia tak mahu lagi disakiti . Cukuplah sekali !
Irfan harus berjumpa dengan Rozel untuk memberitahu dia sesuatu perkara yang penting . Dia menuruni tangga dari kamarnya . Kelihatan Datuk Razak sedang membaca akhbar . Langkah Irfan terhenti .
“Bagitahu Rozel yang kamu akan ke London , tak payahlah budak tu sibuk-sibuk cari kamu lagi !” kata Datuk Razak untuk memberi anaknya peringatkan . Irfan hanya berlalu pergi . Kadang kala dia terfikir apa yang bakal terjadi pada hidupnya jikalau tanpa Rozel ? Dia harus jumpa Rozel !
Setelah dia sampai ke rumah Rozle dengan menaiki motor , dia segera membuka topi keledararnya . Kelihatan Encik Osman baru saja keluar untuk ke syarikatnya . Dia terkejut melihat wajah Irfan berada di hadapannya .
“Apa yang kamu buat di sini ?” soal Encik Osman dengan nada yang serius .
“Assalamualaikum , pak cik “kata Irfan . Dia mencapai tangan kanan Encik Osman lalu disalam tetapi Encik Osman telah menepis .
“Waalaikumsalam , apa kau buat di sini Irfan ? Kau nak jumpa Rozel ? Tak ! Pak cik takkan benarkan !” kata Encik Osman dengan nada geram .
“Pak cik ... tolonglah ini hal penting “ kata Irfan .
“Tak ! Pak cik takkan benarkan ! Sekarang kau balik ! Balik !” jerit Encik Osman . Suara Encik Osman yang geram membuatkan Rozle terkejut dari ruang tamu . Dia mahu melihat gelagat siapakah orang itu tetapi dia tak dapat dia agak dan akhirnya dia tahu .
“Irfan ! Tunggu !” jerit Rozel . Ayahnya melarang Rozel dari bertemu Irfan . Irfan hanya mendengar suara tangisna Rozle dari jauh . Namun , dia terpaksa pergi dari hidup gadis itu . Sedihnya hati melihat wajah gadis kesayangannya menangis hanya kerana dia .
“Sudah Rozel ! Ayah mahu kamu masuk !” kata Encik Osman . Rozel segera melepaskan tangannya dari ayahnya dan akhrinya berjaya . Dia melarikan diri . Encik Osman tidak dapat mengejarnya yang semakin jauh . Air mata Rozel merembes keluar .
Dia berjalan menyusuri jalan dengan sakit hati . Dia sedih sekali melihat Irfan pergi . Kecewa hatinya melihat Irfan meninggalkannya . Dia akhirnya menuju ke tempat perhentian bas . Dia duduk di situ keseorangan . Telefonnya berdering namun dia tidak menjawab .
Encik Osman segera menelefon Zakri takut-takut Zakri tahu di mana Rozel berada . Dia sudha pun mencari anaknya di kolej tetapi tidak berhasil . Dia risau kalau terjeadi apa-apa pada anak kesayangannya itu . Dia berdoa .
Zakri pula mencari Rozel di sekitar kawasan perumahan akhirnya dia bertemu Rozel di sebuah bangku di mana ianya terletak di perhentian bas . Rozel mengesat tangisannya setelah bertemu dengan Zakri .Zakri melngkah menghampiri Rozel dan menarik lengan gadis itu agar gadis itu mengekori dirinya .
“Lepas ! Saya tak nak balik ! Lepas !” bentak Rozel . Zakri akhirnya melepaskan tangan Rozel dari genggamannnya .
“Awak dah gila ke Rozel ?! Awak tahu tak ayah awak risau , family awak risau .... semua orang risau pasal awak ....” kata Zakri dengan geram agar Rozel memahamai kata-katanya . Rozel hanya sekadar mendengar tanpa mempedulikannya .
“Risau ? Mereka hanya  risau tentang diri saya bukan perasaan saya .... apa yang mereka nak saya bahagia ! Okay ! Saya bahagia .. tapi itu tidak bermakna saya bahagia dengan kata-kata mereka “ kata Rozel lagi . Zakri memahami kata-kata gadis itu kemudian dia duduk di sebelah gadis itu dengan harapan agar gadis itu bersabar .
“Tetapi awak harus ingat Rozel , tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni kita boleh dapat jadi awak sepatutnya bersyukur kerana ahli keluarga awak sayangkan awak “ kata Zakri . Rozel memandnag Zakri .
“Adakah itu termasuk dengan benda yang saya inginkan ? Adakah itu termasuk dengan benda yang langsung saya tak boleh dapat dalam dunia ni ?” soal Rozel sekali lagi . Zakri hanya sekadar mengeluh .
“Awak langsung tidak memahami saya Zakri ..... awak langsung tidak memahami saya sekali pun !” kata Rozel kemudian dia bingkas berdiri untuk pergi tetapi dihalang oleh Zakri .
“Rozel .... sampai bila awak nak ikut kehendak hati awak saja ? Kita dalam dunia ni kena bertolak ansur termasuklah dengan ibu bapa kita . Saya dah tahu dah hal sebenar Rozel .....jangan lupa kita sebagai anak kepada ibu bapa kita perlu bahagiakan orang tua kita “ kata Zakri . Rozel kehilangan kata-kata .
Kini dia dapat merasakan ada kalanya betul kata-kata Zakri . Dia juga setuju dengan pendapat Zakri tetapi dia tak rela menikah dengan Zakri hanay kekasih yang setia padanya iaitu Irfan . Dia terfikir kembali adakah dia bahagia dengan pernikahan yang dirancang oleh ibu bapanya sendiri ?

1 comment:

  1. The Best Casino Games - DrmCAD
    1. 정읍 출장샵 Red Dog – $10 free + 원주 출장샵 up 의왕 출장샵 to $2000 free slot bonus! · 2. Big Fish – 전라남도 출장마사지 $10 no deposit bonus for online slots · 계룡 출장샵 3. Double Diamond – $20 free + 25 spins

    ReplyDelete