Thursday, 15 March 2012

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 3


Bab 3
Amran Raziq pergi ke kantin untuk mengisi perutnya yang masih kosong . Amila yang melihat Amrna Raziq di kantin segera mendekati jejaka tersebut . Amran terkejut dengan kehadiran gadis tersebut .
“Apa yang kau nak ?” soal Amran Raziq dengan geram . Sebetulnya dia tak mahu melayan gadis itu tetapi dia tidak ingin membuat kecoh di kolej ini . Dia hanya menahan sabar melihat gadis itu di depan matanya .
“I nak minta maaf pada you , Raziq . I’m so sorry pasal kejadian hari tu “ kata Amila dengan gaya gediknya itu . Amran Raziq bahkan menyampah dengan kata-kata wanita tersebut . Dia kembali ke tempat duduknya . Gadis itu pula duduk berhadapannya lalu ditatap wajah tampan Amran Raziq Haiqal yang sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita .
“Kau tak patut minta maaf pada aku , perempuan gedik . Kau patut minta maaf dekat Walfiah . Sanggup kau malukan dia depan pihak kolej ? Kau tak tahu malu ke ? “ kata Amran Raziq dengan geram .
“I tahu I salah tapi I dah cuba perbaiki kan ? Takkan you marah dekat I . Okay I promise I akan minta maaf pada Walfiah “ kata Amila smabil memegang tangan lelaki itu . Amran Raziq segera menepis tangan Amila . Dia amat benci dengan wanita tersebut .
“Hei jangan sentuh tangan aku dengan tangan kau yang kotor ni ! Kau sedar tak , kau tu lagi hina dari Walfiah ! Dasar perempuan murahan !” kata Amran Raziq sambil memandang tepat ke arah gadis itu . Walfiah melihat mereka berbual terkejut mednegar pergaduhan kecil mereka . Amila yang melihat Walfiah berada jauh sedikit dengannya segera bersuara .
“Adakah itu bermakna Walfiah juga turut hina ?” soal Amila kembali . Arman Raziq terkejut dengan persoalan Amila . Dia hanya membisu . Walfiah terkejut melihat Amran Raziq hanya membisu dan tidka membelanya lagi .
“Kau tengok Walfiah ! Lelaki ni tidak lagi membela kau ! Kesian !” kata Amila lalu pergi meninggalkan Amran Raziq di situ . Amran Raziq segera berpaling ke arah Walfiah yang masih bersama Aliza . Walfiah segera meninggalkan Amran Raziq .
“Walfiah !” jerit Amran Raziq lalu mengejar gadis itu . Hati Walfiah bagai digores dengan sesuatu yang tajam . Hatinya luka . Lelaki yang disangka baik sebenarnya bukanlah Amran Raziq . Kini dia mengerti .
...............................................................................................
“Maafkan saya Walfiah “ kata Amran Raziq sambil berdiri di hadapannya . Walfiah masih lagi mengesat air matanya . Dia mengingati akan kata-kata Aliza . Sememangnya dia harus tabah dan sabar menemmpuh semua ujian ini .
“Mungkin betul kata orang ...saya ni hina . Saya ni lagi hina dan kotor . Saya tak perlu lagi pembelaan awak . Awak hanya sekadar mempermainkan hati saya saja “ kata Walfiah sambil memandang tepat ke arah lelaki itu .
“Saya betul-betul minta maaf Walfiah , saya sedar saya sudah buat awak malu . Tolonglah Walfiah mengertilah saya “ kata Amrna Raziq dengan nada rayu .
“Jadi hati saya siapa yang nak mengerti Amran ? Siapa ? Awak ? Awak pun sudah memaki saya di depan orang ramai . Saya malu Amran ! Saya malu !” kata Walfiah lagi . Ingin saja dia menampar lelaki tersebut tetapi dia hanya menahan sabar .
“Walfiah saya tahu saya berdosa Walfiah tolonglah maafkan saya , jikalau awak tidak mengerti saya pun tolonglah maafkan saya . Saya mohon Walfiah “ kata Amran Raziq .
“Saya maafkan awak Amran Raziq tetapi dengan satu syarat “ kata Walfiah sambil menerik nafas sedalam-dalamnya . Amran Raziq ahirnya tersenyum
“Katkanlah Walfiah akan saya tunaikan “ kata Amran Raziq sambil memandang gadis itu . Walfiah sememangnya sudah tergoda dengan pandnagan lelaki itu . Pertama kali dia melihat Arman Raziq dia sudah pun jatuh cinta pada lelaki itu .
“Jangan jumpa saya lagi ... ini saja lah yang terbaik “ kata Walfiah lalu pergi meninggalkan Amran Raziq . Amran Raziq segera mencapai lengan gadis itu .
“Itu saya tak boleh terima “ kata Amran Raziq . Mereka berdua berpaling sesama mereka . Walfiah menarik lembut tangannya kembali .
“Kenapa ? Awak nak sakiti hati saya lagi ?” soal Walfiah .
“Sebab saya nak kita jadi kawan . Kawan yang sama-sama menolong anatara satu sama lain “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya memberikan senyuman yang manis . Dia segera berpaling wajah .
“Baiklah , saya terima “ kata Walfiah sambil tersenyum sendirian . Amran Raziq kembali tersenyum melihat gadis itu . Akhirnya , Walfiah melangkah pergi tanpa halangan lagi .
......................................................................
“Kau memang hebat Amila ! Kau boleh jadi pelakon wanita terbaik tau “ kata Erin . Amila tersenyum mendengar mereka menyokong dirinya . Setelah dia menghina gadis itu , dia berasa puas sekali kini tiba masanya untuk menggoda Amran Raziq pula .
“Biasa saja .... tapi kan kau tengok tak Walfiah tadi ? Macam nak menangis “ kata Amila sambil ketawa terbahak-bahak bersama teman sebiliknya .
“Ya .. betul tu ! Sungguh memalukan . Tulah dah malukan kita depan orang ramai sekarang mereka pula yang dapat malu “ kata Erin . Yasrina sememangnya ingin ketawa tetapi dia rasa serba salah terhadap Walfiah iaitu teman karibnya ketika sekolah menengah .
“Kenapa Yasrina ? Kau ni pelik aja ?” soal Erin .
“Tak ada apa lah “ jawab Yasrina .
“Jangan kata kau nak bela Walfiah pula “ kata Erin sambil memandang tepat wajah Yasrina . Yasrina hanya membisu . Apa yang harus diaa jawab di depan Amila ? Dia takut Amila akan menjadi macam semalam . Dia tak mahu cari pasal dengan teman karibnya .
“Apa maksud Erin , Yasrina ?” soal Amila lalu berdiri berdepan dengan Yasrina . Amila segera menolak gadis itu jatuh ke lantai . Dia segera menampar gadis itu dengan geram . Habis berdarah dan luka di wajah Yasrina . Yasrina hanya mampu membisu .
“Cakap Yasrina ! Apa maksud Erin ?” soal Amila kembali . Erin tersenyum melihat keadaan Yasrina . Yasrina hanya berdiam diri . Amila segera menarik Yasrina berdiri kembali . Dia kesal karna Yasrina masih belum menjawab persoalannya .
“Aku ... aku takkan bagitahu kau “ kata Yasrina dengan berani .
“Apa ?!!!! Yasrina , kau ingat dengan siapa kau boleh masuk kolej ni ? Mak dan ayah aku yang bayarkan pembiayaan kau tahu tak ?!” soal Amila . Yasrina hanya berdiam diri .
“Oh ya ? Hanya mak bapak kau saja kaya tapi kau ? Kau hanya mengharap kan mak bapak aku punya duit lepastu ulang balik semester “ kata Yasrina lagi .
“Tak guna !” bentak Amila sambil menarik rambut Yasrina . Erin segera menghentikan pergaduhan mereka .
“Dahlah Amila , Erin . Jangan bergaduh lagi “ kata Erin . Ahirnya mereka berhenti bergaduh . Yasrina segera mencapai begnya untuk ke kuliah . Dia segera mengesat darah di bibir dan juga kesan lebam di mukanya dengan tisu .
“Tak guna betul si Yasrina tu . Berani dia permainan aku “ kata Amila .
“Dia hanya nak duit kau saja Amila . Think “ kata Yasrina lalu keluar dari bilik mereka berdua . Amila memebaling semua barangnya ke lantai termasuk barang Yasrina .
............................................................................................
Yasrina berjalan ke kuliah lalu dia terserempak dengan Walfiah . Dia segera ke kuliahnya agar tidak bertemu dengan gadis itu . Walfiah segera mencapai lengan gadis itu . Yasrina berpaling . “Mari kita berbincang “ kata Walfiah . Akhirnya Yasrina mendengar kata Walfiah lalu mereka duduk di sebuah bangku kolej .
“Ada apa kau nak cakap ?” soal Yasrina . Yasrina tidak memandang wajah gadis itu kerana dia tahu pasti Walfiah akan risau tentang luka di muka gadis itu .
“Macam mana sekarang dengan Amila dan Erin okay ?” soal Walfiah .
“Kalau kau hanya nak tahu pasal tu saja baik aku pergi “ kata Yasrina lalu pergi meninggalkan Walfiah . Walfiah segera mencapai lengan gadis itu . Yasrina berpaling . Alangkah terkejutnya Walfiah melihat wajah gadis itu .
“Kenapa dengan muka kau , Yas? “ soal Walfiah dalah kerisauan .
“Jangan peduli pasal aku . Kau ambil peduli saja pasal diri kau “ kata Yasrina lalu melepaskan tangannya dari genggaman Walfiah .
“Yas , aku ingat kau kawan baik aku . Tapi kenapa kau mengkhianati persahabatan kita ? Adakah ini kerana Amila kau jadi begini ?” soal Walfiah dengan nada sedih .
“Ini diri aku yang sebenar Walfiah . Sampai bila-bila pun kita bukan kawan . Kita musuh ! Kau mengerti ?” kata Yasrina lagi .
“Tapi kau pernah janji dengan aku yang kau sayangkan aku seperti adik kau sendiri ? Bukan kita pernah berjanji nak masuk kolej sama lepas tu makan bersama ? Kenapa kau begitu lupa ?” kata Walfiah selepas itu dia mengalirkan air matanya .
“Itu dah lama Walfiah ! Kau nak tahu kenapa aku berubah ? Okay Fine ! Memang sebab Amila tetapi dia saja yang mampu membayar semua wang belajr aku dekat sini faham ?! Kau ada apa ? Satu sen pun susah nak bagi . Kau masuk kolej ni sebab biasiswa saja la !” kata Yasrina lagi .
“ Jadi hanya kerana itu kau berubah ? Jadi hanya kerana itu kau tidak lagi berkawan dengan aku ?” soal Walfiah dengn sedih . Air mata Walfiah sekali lagi mengalir . Hati Yasrina sebak melihat air mata gadis itu membasahi pipi .
“Kau menangis pun tiada lagi gunanya . Kau nak tahu tak air mata kau tu langsung tak bernilai hanya sampah saja yang membasahi bumi ni ! Kau tahu tak ?!” kata Yasrina .
“Yasrina !” jerit Walfiah . Yasrina pergi meninggalkan gadis itu tanpa halangan lagi . ‘Maafkan aku Walfiah , aku terpaksa lakukan semua ini . Mungkin ini demi kebaikan kau , aku dan semua orang ‘ kata Yasrina sendirian .
‘Ya Allah , kenapa dengan Yasrina ? Adakah dia memang tidak rela berkawan dengan perempuan kotor seperti aku ni ? Adakah hanya kerana Amila ? Aku langsung tidak mengerti dan aku juga tidak ingin mengerti . Jikalau masa dapat diputar balik , aku takkan mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Yasrina sebentar tadi ‘ bisik Walfiah .

No comments:

Post a Comment