Thursday, 15 March 2012

Seutuh Kasih Rozel 2


Bab 2
Zakri Husin masih lagi termenung di meja tulisnya . Kadang kala bayangan muka Rozel Qistina tak mampu dia lupa . Entah mengapa dia asyik teringatkan wajah gadis itu sedangkan dia masih lagi mempunyai dendam terhadap wanita itu . Dia mengeluh sendirian . Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi . Dia segera menjawab .
“Hello “ kata Zakri sambil memulakan bicaranya .
“Zakri , where are you ? you know i rindu sangat dengan you tau “ kata Maisara dengan nada gediknya . Maisara merupakan kekasih gelapnya dulu tetapi entah mengapa kini dia masih lagi tidak mempunyai perasaan cinta terhadap gadis itu lagi .
“Ya .. i pun rindu you . Tapi nak buat macam mana kan i busy so ... you tahu la kan “ kata Zakri dengan nada yang sangat malas . Kalau boleh dia ingin saja off phone nya itu tetapi dia terpaksa melayan gadis itu takut Maisara akan curiga .
“You ... boleh tak kita jumpa ...dekat mana-mana pun i tak kisah “ kata Maisara dengan nada lembut + gediknya lagi . Zakri mengeluh .
“Sorry .. mai ...i memang busy sangat sekarang ni kalau i ada masa .... i akan ajak you okay ?” soal Zakri . Maisara hanya memucungkan mulutnya . Geram betul dia kerana tidak dapat mencairkan hati Zakri yang sekeras batu itu .
“Okay tapi you janji tau ?” soal Maisara kembali .
“Ya i janji “ kata Zakri lagi bagi meyakinkan Maisara .
“Okay kalau macam tu bye “ kata Zakri lagi . Maisara tidka menyangka begitu mudah Zakri mematikan taliannya . Dia menyangka lelaki itu akan pujuknya agar tidak merajuk tetapi Zakri malahan menambah kemarahan di dalam hati Maisara . Dia mengeluh sendirian .
Alyana tergelak mendengar pebualan mereka setelah Maisara mematikan taliannya . Dia hanya memerhatikan wajah Maisara yang benuh kebencian .
“Kesian kau Mai , si Zakri tu dah tak tergoda langsung dengan kau agaknya mungkin dia dah tahu yang kau bercinta dengan Hisyam “ kata Alyana . Maisara hanya memberikan jelingan yang tajam ke arah Alyana .
“Tak apa ini baru aja permulaan Yana , kau tengoklah si Zakri tu akan hancur dalam genggaman aku “ kata Maisara dengan begitu yakin .
“Jangan yakin sangat Mai , mungkin saja si Zakri tu dah ada perempuan lain sebab tu dia dah malas layan kau “ kata Alyana lagi . Kata-kata Alyana membuatkan Maisara bertambah marah namun dia masih dapat mengawal kemarahannya .
“Hello Alyana ! Kau dengar sini ya ... antara gadis yang paling cantik ialah Maisara dan aku takkan biarkan si Zakri tu terpikat dengan mana-mana perempuan kerana dia sudah menganggap aku sebagai permatanya “ kata Maisara sambil tersenyum .
“Oh ya ? Permata ...hermmm kalau diibaratkan permata dengan kau langsung tak sepadan tapi sebab kau kawan aku kau bagaikan bidadari dan lebih dari permata “ kata Alyana agar Maisara tersenyum . Dia berharap agar Maisara tidka marah akannya tentang percakapannya tadi .
“Thank you “ balas Maisara sambil mengambil secawan jus oren yang telah dihidangkan oleh kawan baiknya iaitu Alyana .
Kedengaran ketukan pintu dari arah luar berbunyi . Zakri segera membuka pintu kamarnya itu . Dia tersenyum melihat ayahnya .
“Ada apa ayah datang ke bilik Zakri ?” soal Zakri .
“Ayah nak ajak Zakri ke syarikat ayah sekejap tapi sebelum tu ayah nak pergi ke bank “ kata Datuk Sofian .
“Baiklah , Zakri bersiap dahulu “ kata Zakri . Ayahnya hanya segera mengangguk dan menuruni tangga ke ruang tamu . Zakri pula menutup pintunya kembali dan bersiap-siap untuk ke syarikat ayahnya . Setelah itu , dia turun ke bawah di mana ayahnya sudah lama menantinya di bawah . Kemudian , mereka bertolak ke bank .
Zakri melangkah ke arah bank setelah mereka sampai ke bank . Ayahnya menyuruh dia pergi ke bank kerana mahu menghubungi seseorang di syarikat . Kelihatan seorang lelaki  yang berumur 40 an berada di sebelahnya juga ingin mengeluarkan duit dari bank . Tiba-tiba lelaki itu dirompak setelah lelaki itu keluar dari bank .
“Tolong ! Tolong !” jerit lelaki itu . Zakri menolong lelaki itu setelah dia berjaya mengeluarkan duit dari bank . Dia segera mengejar pencuri tersebut dari arah belakang . Akhirnya  Zakri berjaya mendapat balik dompet yang dicuri tetapi  pencuri tersebut berjaya melarikan diri . ‘Tak guna ‘ getus hatinya Zakri segera melangkah ke arah lelaki yang menjadi mangsa tersebut .
“Terima kasih kerana kembalikan dompet pak cik “ kata lelaki tersebut .
“Sama-sama , lain kali pak cik hati-hati ya “ kata Zakri . Lelaki tersebut hanya sekadar mengangguk. Kelihatan Datuk Sofian segera keluar dari kereta setelah melihat kejadian tersebut . Dia mendekati anaknya Zakri .
“Kenapa ni Zakri ?” soal ayahnya .
“Oh ayah ... tadi ada kes pencurian berlaku jadi saya kembalikan dompet pak cik ni “ kata Zakri . Datuk Sofian berpaling ke arah lelaki yang disebut-sebutkan itu . Alangkah terkejutnya dia melihat wajah lelaki yang sangat dikenalinya .
“Osman ?” soal Datuk Sofian dengan nada terkejut bertambah gembira . Encik Osman juga tersenyum melihat Sofian iaitu kawan lamanya itu sedang berada di hadapannya .
“Sofian ?” soal Encik Osman kemudian mereka berpeluk sesama sendiri . Zakri pula berasa hairan dengan sikap ayahnya itu . Dia dapat merasakan ayahnya juga kenal dengan lelaki tersebut . Namun , dia hanya membiarkan .
“Dah lama kita tak jumpa ya Osman ?” soal Datuk Sofian . Encik Osman hanya sekadar mengangguk . Dia kembali berpaling ke arah Zakri yang masih lagi berdiri di sebelah ayahnya .
“Oh ya ... ini anak engkau ? “ soal Encik Osman .
“Yalah anak aku ni , Zakri . Zakri Husin “ kata Datuk Sofian . Zakri segera mencapai tangan Encik Osman lalu dikucupnya sebagai tanda hormat pada orang tua . Datuk Sofian tersenyum .
“ Oh ya , Zakri ... kamu pergi ke syarikat ayah dulu . Ayah nak berbual dengan kawan lama ayah “ kata Datuk Sofian . Zakri hanya sekadar mengangguk kemudian dia membawa keretanya . Setelah itu , Datuk Sofian dan Encik Osman pergi ke sebuah kafe dan berbual mesra .
“Macam mana dengan kehidupan kau sekarang?” soal Osman .
“Well, macam biasa “ kata Datuk Sofian .
“Seronoklah kau ya , anak kau dah besar . Dah kahwin ke belum si Zakri tu ?” soal Osman .
“Belum lagi , still lagi bujang . Kenapa kau soal macam tu ?” kata Datuk Sofian .
“Ia ke ? Aku ingat dia dah kahwin .Bertuah kau dapat anak macam tu kan ? Dahlah baik , sopan dan segak macam ayahnya “ puji Osman .
“Ada –ada ajalah kau Osman . Macam mana pula denagn bisnes kau okay ?” soal Datuk Sofian .
“Alhamdulilah setakat ni okay cuma aku risau dengan anak aku sorang ni . Rozel “ kata Encik Osman . Datuk Sofian mula hairan . Rozel ? Setahunya dia tidak pernah menceritakan masalahnya kepada orang lain tetapi hari ini terpaksa dia luahkan kerana tak boleh lagi dipendamkan .
“ La kenapa dengan anak kau . Ada masalah ke ?” soal Dtauk Sofian . Encik Osman hanya mengeluh . Kemudian , seorang pengambil oder datang ke arah mereka dan mengambil order . Setelah itu , Encik Osman teruskan perbicarannya .
“Kau kenal tak Razak ? Dia sekarang musuh kepada syarikat aku . Sekarang ni , anak dia bercinta dengan anak aku . Itulah masalahnya “ kata Encik Osman yang penuh kerisauan . Datuk Sofian terkejut dengan kata-kata Encik Osman .
“Habis tu kau nak buat macam mana ?” soal Datuk Sofian .
“Aku nak minta tolong dari kau , Sofian . Aku harap kau boleh tolong “ kata Encik Osman dengan nada merayu .
“Apa dia katakanlah “ kata Datuk Sofian .
“Aku nak Zakri dan Rozel menikah “kata Encik Osman . Datuk Sofian terkejut . Benarkah apa yang dia dengar ? Dia juga terfikir sedemikian tetapi adakah ini dengan cara memaksa ? Sebenarya  dia juga tak mahu tetapi dengan cara ini mungkin Zakri boleh membahagiakan Rozel . Tapi Rozel terima ke dengan semua ini ?

No comments:

Post a Comment