Ketukan pintu bertubi-tubi dari luar membuatkan Walfiah memekakkan dirinya . Liringan air mata masih lagi tidak berhenti mengalir . Hatinya terseksa bagaikan racun sedang mengalir ke jantungnya . Dia mengambil beberapa pil yang baru saja dibelinya lalu ditelan tak terkira . Setelah itu dia menumbuk perutnya yang bakal menjadi benih di dalamnya . Akhirnya dia pengsan terkulai layu di dalam kamarnya .
Aliza Suriana segera mencari kuncinya di dalam tas tangannya yang penuh dengan barang miliknya setelah itu dia segera membuka tombol pintu tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihat Walfiah sudah pun pengsan di dalam kamar . Dia segera meminta tolong dari teman sebiliknya untuk membawa Walfiah ke hospital berdekatan . Walfiah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan . Aliza iaitu temannya bertambah risau melihat keadaan teman sebiliknya . Akhirnya doktor keluar memberi laporan mengenai Walfiah .
“ Siapa ahli keluarga Walfiah ?” soal Doktor Jasmine yang sudah selesai memeriksa Walfiah . Aliza berdiri .
“Maafkan saya doktor , ahli keluarganya di kampung mereka tak dapat hadir . Saya kawan sebiliknya . Kenapa dengan dia doktor ?” soal Aliza yang mula kerisauan . Hatinya bertambah sakit melihat Walfiah sudah terlantar di dalam kamar mereka . Doktor Jasmine hanya memberikan senyuman .
“Alhamdulilah dia berada dalam keadaan baik sekarang cik boleh melawat dia cuma saya rasa pelik kenapa dia menelan pil yang tidak sepatutnya dia ambil . Walaubagaimanapun saya harap dia tak ambil pil yang membahayakan nyawanya lagi jadi saya minta diri “ kata Doktor Jasmine yang telah membuat laporan tersebut setelah itu pergi meninggalkan Aliza . Aliza segera masuk ke dalam kamar rawatan Walfiah . Walfiah masih lagi menangis dan terus menangis . Aliza mendekati Walfiah .
“Kenapa Walfiah ? Apa yang dah jadi pada kau ? Aku risau tengok keadaan kau macam ni ... ceritakanlah Walfiah .... apa yang dah jadi ?” soal Aliza sambil mengalirkan air matanay sambil mengenggam erat tangan Walfiah untuk memberi semangat .
“Ali...za ...aku ...kotor ! Aku kotor ! Aku dah kena rogol !! “ rintih Walfiah . Aliza terkejut mendapat tahu bahawa Walfiah sudah kotor . Aliza memeluk dirinya untuk menguatkan lagi semangat gadis itu . Patutlah Walfiah sanggup menelan pil-pil yang bukan-bukan .
“Walfiah , meskipun kau kena rogol .. kau tak boleh jadi macam ni . Kesian ibu bapa kau dekat kampung kalau mereka tengok kau cuba nak bunuh diri . Kau kena kuat semangat . Aku akan sentiasa ada di sisi kau Walfiah “ kata Aliza lagi . Walfiah menyambut pelukan Aliza dengan geram setelah mendapat tahu bahwa dirinya kotor .
“ Aku sedih Aliza ... kenapa aku yang jadi mangsa ? Kenapa aku ? Aku takut Aliza ... dekat kolej mereka pasti mencaci diri aku yang kotor dan keji ini .... aku takut .... “ kata Wlafiah lagi dalam tangisan . Aliza mengesat tangisan Walfiah .
“Walfiah ... setiap orang ada kepahitan dalam hidup , jadi kau haruslah tegar menempuh dugaan dan cubaan dari yang maha Esa . Kau harus kuat semangat “ kata Aliza . Walfiah menggeleng kepalanya .
“Aku akan gugurkan kandungan ni . Bagi aku Kandungan ni menyusahkan aku “ kata Walfiah . Aliza terkejut mendengar kata-ata yang terkeluar dari mulut Walfiah . Astaghfirullahalhazim ! Apa yang bakal terjadi pada Walfiah sekarang ini ?
“Jangan ! Dia tidak berdosa Walfiah ... mengucap Walfiah ! Kau akan mendapat dosa yang besar Walfiah ... ingatlah Walfiah ...Allah akan melindungi dirmu “ kata Aliza lagi agar Walfiah tidak menggugurkan kandungannya itu .
“Aku tak nak anak Aliza ! Kau tahu kan ? Aku tak ada suami pun ... tolonglah jangan halang aku Aliza ... aku mahu gugurkan juga tolong mengerti ... aku tak mahu ada anak ... sekarang ni aku mahu belajar untuk masa depan aku dan melihat ibu bapa aku hidup mewah .... “ kata Walfiah lagi agar Aliza mengerti .
“Dari Anas Bin Malik r.a , katanya Rasulullah saw : bersabda : “ Belum sempurna iman seseorang sebelum ia mencintaiku , melebihi daripada cintanya kepada anaknya , kepada bapaknya dan kepada manusia semuanya “ itu bererti kau harus mengingati Allah terlebih dahulu sebelum memikirkan segala cita-cita kau ... fikirkanlah anak kau Walfiah ....sesungguhnya Allah akan memudahkan perjalanan hidup kau jikalau engkau tidak melanggar perintahnya “ kata Aliza sambil mengenggam erat tangan kawannya itu .
“ Aliza ... aku takut ... aku takut kalau aku dicaci dan dihina “ kata Walfiah lagi sambil memandang tepat ke arah Aliza sambil berharap .
“Jangan risau Walfiah ... aku akan jaga kau kan aku dha janji dengan ibu kau dulu ingat tak ? “ soal Aliza . Walfiah kembali tersenyum . Mereka kembali mendakap pelukan erat . Sesungguhnya Walfiah sudah mengerti mengapa dia harus melahirkan benih di dalam perutnya itu .
.............................................................................................
Amran Rizqi Sufian berasa puas semalam setelah dia berjaya mengotorkan wanita yang paling dia cintai tetapi gadis itu telah menolak dirinya . Amran Rizqi tersenyum puas . Amran Raziq iaitu adiknya mula berasa hairan dnegan sikap abangnya yang suka tersenyum keseorangan . Gila ! Agaknya ...
“ Abang buat apa dekat luar ni ? Tersenyum sorang-sorang pula tu macam kerang busuk . Nanti jiran luar tengok macam mana ? “ kata Amran Raziq . Amran Rizqi hanya tersenyum saja melihat adiknya itu .
“Tak ada apa saja aja ...salah ke abang happy sekali sekala ? Dosa ke ? Yang adik ni bila nak pergi kolej ? Kan ibu marah pula “ kata Amran Rizqi . Seolah-olah kata-kata Rizqi mengusir dirinya .
“Oh ... nak halau kita ya .. bagitahu ibu nanti ... okaylah kita nak pergi kolej dulu ... nanti ornag tu sepak punggung kita pula sebab tak pergi kolej “ kata Amran Raziq . Amran Rizqi hanya ketawa kecil mendengar kata-kata adiknya itu .
Amran Rizqi memandang sepi suasana di luar setelah adiknya pergi . Dia dapat merasakan ketakutan yang dia hadapi sekarang . Apa yang harus dia lakukan untuk menutup ketakutan di dalam hidupnya ? Setelah dia mengotori Walfiah adakah dia akan berasa tenang ? Hatinya bahkan terasa sakit seetalh menyakiti wanita yang dia cintai . Namun hanya gelengan saja dia balas . Dia yakin Walfiah patut dapat rasakan apa yang dia rasakan selama ini .
.............................................................
Walfiah melipat kain telekungnya setelah dia selesai solat . Setelah itu dia mendengar ketukan pintu dari luar . Ternyata Aliza . Dia tersenyum melihat kawannya yang baru sahaja habis kuliah . Walfiah kembali ke katil . Tiba-tiba dia berasa mual lalu segera ke tandas yang terletak bersebelahan almari Walfiah . Aliza segera menggosok belakang Walfiah untuk menghilangkan kesakitan tekak gadis itu .
“Terima kasih , Aliza “ kata Walfiah . Walfiah kemabli ke katilnya lalu dibaringkan dirinya kerana masih lagi terasa pening bagai nak pitam . Aliza mencapai minyak angin lalu diusap di dahi Walfiah agar Walfiah tidak sakit lagi . Dia mengurut kepala gadis itu sambil tersenyum .
“ Aliza .... kau rasa apa yang patut aku lakuakn setelah lahirkan anak ni ? “ soal Walfiah dalam kebingungan . Dia buntu dan tak tahu apa yang harus dia lakukan untuk menjaga anaknya nanti . Aliz ahanya memberi senyuman manis pada gadis itu .
“Jangan risau ... aku dah upah orang nama dia mak cik Lina . Dia lah ornag yang akan jaga anak kau ... lagipun sekarnag dia jaga 4 anak orang “ kata Aliza .
“ Kau yakin ke dia boleh dipercayai ? “ soal Walfiah kembali . Aliza hanya membalas dengan anggukan .
“Sebab .. mak cik Lina tu mak cik saudara aku “ kata Aliza . Kini Walfiah sedikit lega mendengar kata-kata Aliza .
“Aliza ... kau dah banyak menolong aku ... terima kasih banyak .. aku cuma berharap anak aku dapat lahirkan dengan selamat ... “ kata Walfiah sambil mendongak melihat wajah kawannya itu .
“Oh ya .. kau nak namakan anak kau apa nanti ek ?” soal Liza sambil tersenyum melihat wajah rakan karibnya . Walfiah tersenyum . Dia mengusap perutnya itu yang masih lagi belum lagi berbuncit .
“Cinta Syahirah .. itulah nama yang sesuai ... tetapi kalau lelaki .. Anas Faizi “ kata Walfiah sambil tersenyum .
“Amboi nama perempuan sedap nama lelaki macam hampeh je “
“Sebab kali ni aku rasa anak aku ialah perempuan .. entah kenapa “ kata Walfiah . Mereka berdua tertawa sama .

No comments:
Post a Comment