Thursday, 15 March 2012

Antara Kekasih Atau Suami ? Bab 4


Bab 4
Walfiah merenung kosong di meja makan . Nasi goreng di depan matanya dipandnag kosong . Walfiah hanya mengeluh sahaja . Amran Raziq kini berdepan dengannya sehingga mengejutkan dirinya .
“Amran , jangan lah buat saya terkejut “ kata Walfiah sambil tersenyum .
“Ala nak gurau pun tak boleh . Oh ya , mana kawan awak tu ?” soal Amran .
“Dia kata dia dah habis kuliah mungkin sekarang dia di bilik “ kata Walfiah lagi .
“Oh ya ke patutlah awak sorang-sorang “ kata Amran . Walfiah tersenyum mendnegar kata-kata Amran Raziq . Ternyata Amran memang seornag yang baik dan mengambil berat juga pasalnya . Amila yang baru saja melangkah masuk ke kantin geram melihat emreka berdua . Amila segera melangkah mara ke meja makan mereka berdua .
“Oh ternyata perempuan kotor ni pun awak masih suka . Hermm ... jijiknya Amran Raziq !” kata Amila . Erin hanya mampu tergelak kecil . Amran Raziq bingkas berdiri .
“Saya di sini hanya ingin menjamu selera bukan untuk melayan awak berdua yang langsung tidak waras memikirkan diri awak sendiri tanpa orang lain “ kata Amran . \
“Amran , dia kotor . Jijik lah kalau nak menjamu selera dengan dia , apa kata you makan dengan I saja ? I bersih , suci , cantik tak macam perempuan tu !” kata Amila sambil tersenyum sinis .
‘Pang’ satu penampar melekat lagi di pipi Amila . Amran Raziq sudah tidak tahan lagi dengan penghinaan Amila .Amila memegang pipinya yang sudha mula kemerahan .
“Amran Raziq ! Awak hanya tahu menggunakan kekuatan awak sebagai seorang lelaki dengan menampar wanita kan ? Hanya kerana ini awak mampu menarik ramai perhatian orang kan ? Tak sangka awak begitu kejam . Jijik tahu !” kata Amila .
“Bagi aku , kau lagi jijik dibandingkan ornag yang paling jijik dalam dunia ini “ kata Amran Raziq dengan geram . Amila dan Erin membawa diri ke kamar . Walfiah bangga dengan Amran Raziq yang mampu melindunginya dari mereka .
“Terima kasih Amran Raziq Haiqal “ kata Walfiah sambil tersenyum . Walfiah kini berasa lega kerana Amran Raziq ternyata tidak lah sejahat mana seperti Amila yang sering menghina dirinya. Amran Raziq hanya mampu memberikan senyuman manis pada gadis di hadapannya .
...........................................................................................
Pening kepala Aliza tidak terkata . Sakit kepalanya seperti ditikam-tikam oleh pisau yang tajam . Namun begitu , dia cuba menahan kesakitan . Aliza duduk di birai katil untuk merehatkan dirnya.Ketukan pintu dari luar tidak dihairankan . Akhirnya dia pengsan di bilik .
“Tidur agaknya Aliza “ kata Walfiah lalu membuka tombol pintu dengan menggunakan kuncinya . Alngkah terkejutnya dia melihat Aliz asudah pun terbaring di atas lantai . Walfiah segera mendekati Aliza yang masih lagi pengsan .Dia minta tolong Hidayah iaitu teman sebiliknya .
“Kenapa dengan Aliza , Walfiah ?” soal Hidayah dengan nada terkejut .
“Aku tak tahu , tapi kita kena bawa dia ke hospital . Kau ada kereta kan ? Aku nak bawa dia ke hospital “ kata Walfiah .
“Baiklah aku pandu “ kata Hidayah lalu memapah Aliza ke arah keretanya . Walfiah memasukkanya ke dalam kereta . Aliz amasih lagi tidak sedarkan diri . Walfiah berharap agar Aliza berada dalam keadaan baik . Sampai sahaja di hospital , Walfiah dimasukkan ke dalam wad rawatan . Beberapa minit kemudian doktor keluar memberi laporan .
“ Bagaimana dengan keadaan kawan saya doktor ?” soal Walfiah .
“Alhamdulilah kini dia berada dalam keadaan baik , cuma saya rasa dia sudah kehabisan ubatnay sebab itu dia pengsan “ kata doktor . Walfiah sama sekali tidak mengerti . Aliza sebenarnya sakit apa ?
“Kejap ? Ubat ? Maksud doktor Aliza sakit ? Dia sakit apa ?” kata Walfiah .
“Dia kan kawan awak takkan dia tak pernah ceritakan pada awak ?” soal doktor . Walfiah hanya sekadar menggeleng .
“Dia batuk berdarah . Apapun saya minta diri cik Walfiah “ kata doktor . Hidayah dan Walfiah terkejut mendengar perkataan tersebut . Itu bererti sebelum ini dia sembunyikan sesuatu dari mereka semua . Walfiah tidak  menyangka sama sekali . Walfiah masuk ke dalam kamar rawatan Aliza . Dia terkejut melihat Walfiah yang pucat lesu terdampar di atas katil .
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku Aliza ? Kenapa kau tipu aku ?” soal Walfiah sambil mengenggam erat tangan Aliza  . Aliza masih lagi tidak sedarkan diri dari pengsan . Tiba-tiba Aliza membuka mata lalu dia muntah . Muntahnya berdarah dengan teruk . Walfiah segera memanggil doktor . Doktor segera merawat Aliza dengan segera . Penyakit Aliza bertemabah teruk . Akhirnya Aliza berada dalam keadaan stabil .
“Maafkan saya cik Walfiah , buat sementara waktu jangan lagi menjenguk dia . Dia perlukan rehat “ kata doktor Sufiah . Walfiah hanya sekadar mengangguk . Hidayah memeluk Walfiah dengan sedih . Dia berharap Walfiah bersabar .
‘Ya Allah kasihanilah Aliza . Kau berikanlah dia kekuatan untuk dia menempuh segala cabaran hidup ini . Kau kuat kanlah semangantnya . Amin . ‘ doa Walfiah di dalam hati . Dia mengusap perutnya yang semakin buncit .
“Jangan risau Walfiah , aku akan jaga kau dan juga Aliza “ kata Hidayah dengan penuh yakin .
“Terima kasih Hidayah “ ucap Walfiah . Hidayah tersenyum . Dia lega melihat Walfiah mengesat tangisannya . Dia sedih juga melihat kawan karibnya iaitu Aliza sakit parah .
.....................................
“Geram betul aku dengan minah kotor tu lah !!!! Asyik –asyik dia , asyik –asyik dia kenapalah dia ni selalu saja muncul setiap kali aku berjumpa dengan Amran Raziq !!!”bentak Amila . Erin cuba menenangkan dirinya .
“Sabar sahajalah Amila , mungkin hari ni bukan nasib kau . Lagipun aku yakin suatu hari nanti Walfiah akan keluar dari kolej ni “ kata Erin lagi .
“Tapi sampai bila Erin ? Aku dah muak tengok muka dia dekat kolej ni kau tahu tak ?!” kata Amila dengan geram.
“Ala aku akan bantu kau don’t worry” kata Erin . Amila memandnag wajah Erin . Kini dia yakin Erin sahajalah kawan karibnya bukan Yasrina . ‘Bodohnya kau Amila kerana percayakan aku , aku hanya inginkan harta keluarga kau sahaja . Setakat kawan dnegan kau macam kawan dengan pontianak ‘ kata Erin tersenyum sendirian . Yasrina sudha tahu bahawa Erin sememangnya sudah ada niat lain mendekati Amila . Dia kembali menutup pintu bilik Amila .
Dia keluar dari flat lalu ke sebuah pondok untuk tenangkan diri . Hidayah dan Walfiah baru sahaja balik dari hospital . Walfiah melihat Yasrina keseorangan di pondok .
“Ermm hidayah , kau naik dulu aku ada hal sekejap “ kata Walfiah . Hidayah hanya sekadar mengangguk . Dia mencapai begnya lalu segera ke bilik untuk menyiapkan laporan kerja yang diberikan oleh Pn Hashimah . Walfiah mendekati Yasrina yang sedang termenung .
“Assalamualaikum , Yasrina ?” kata Walfiah sambil memulakan perbicaraanya . Yasrina segera berpaling .
“Waalaikumsalam , Walfiah “ jawab Yasrina .
“Boleh saya duduk ?” soal Walfiah . Yasrina hanya sekadar mengangguk .
“Awak fikirkan tentang apa , Yasrina ? Macam ada masalah saja ?” soal Walfiah .
“Kau ni kan , Walfiah tak habis-habis nak buat baik dengan aku kan ? Aku dah muak lah kawan dengan kau ! “ kata Yasrina lalu mencapai begnya untuk kembali ke kuliah . Meskipun kuliahnya bermula pada pukul 2 dia tak mahu bertemu dengan Walfiah . Walfiah segera menghalang Yasrina dari pergi .
“Yas , duduklah . Aku ada hal nak cakap dengan kau . It is important “ kata Walfiah . Yasrina menurut kata-kata Walfiah meskipun dia tidak selesa dengan gadis itu .
“Ada apa ?” soal Yasrina .
“Aliza . Aliza sakit barah “ kata Walfiah smabil menitiskan air matanya . Yasrina terkejut dengan kata-kata Walfiah . Apa benar Aliza sakit ? Ya Allah apa lagi dugaan yang telah menimpa Aliza dan juga Walfiah ?
“A..aliza sakit apa , Walfiah ? Teruk ke “ soal Yasrina yang mula kerisauan . Walfiah terkejut melihat Yasrina begitu ambil berat terhadap kawan karibnya seketika dahulu . Sedangkan dia , tiada siapa yang peduli . Walfiah hanya mengesat air matanya .
“Ya ... batuk berdarah . Peluang untuk dia hidup sangat tipis “ kata Walfiah lagi .
“Dia dekat hospital mana ?” soal Yasrina kembali .
“Dekat Hospital Besar Kuala Lumpur “ jawab Walfiah . Yasrina segera pergi untuk menjenguk temannya iaitu Aliza . Dia sememangnya risau tentang keadaan kawan karibnya itu . Walfiah sedih kerana Aliza lagi penting dari dirinya . Namun dia hanya bersabar . Walfiah melangkah pergi dari  pondok . Tiba-tiba wajah Amran Raziq berada di hadapannya .
“Kenapa awak menangis ?” soal Amran Raziq sambil mendekati gadis itu . Walfiah mengesat tangisan gadis itu . Sedihnya tak dapat dikatkan . Sebak melanda di keliling hatinya . Amran Raziq duduk di sebelah Walfiah .
“Saya sakit hati saja “ kata Walfiah .
“Kenapa ?” soal Amran Raziq kembali .
“Setelah Yasrina lebih pentingkan Aliza dari saya . Saya ni kebudak –budakan kan ? Mengharap kasih sayang yang lebih ?” soal Walfiah kembali . Amrna Raziq menggeleng .
“Tak . Awak bukanlah gadis yang pentingkan diri Walfiah . Kalau awak pentingkan diri , awak dah lama biarkan Aliza mati “ kata Amran Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Pandai awak buat lawak . Tapi saya taklah sekejam itu kerana saya masih sayangkan Aliza dan Yasrina “ kata Walfiah lagi .
“Jadi awak kena kuat semangat dan tak lupakan yang maha Esa “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya sekadar mengangguk .
“Terima kasih Raziq . Awak dah banyak tolong saya . Kebanyakan lelaki yang saya temui semuanya gila tapi awak tak kerana awak mampu menaikkan semangat saya entah kenapa “kata Walfiah .
“Mungkin itu cinta “kata Raziq . Walfiah tertawa kecil .
“Awak ni pandai bergurau lah , Raziq “ kata Walfiah .
“No , i’m serous now “kata Raziq lagi . Walfiah terkejut . Walfiah dan Raziq saling berpandangan . Walfiah berasa tenang mendengar kata-kata Raziq .
“Tapi saya belum bersedia untuk mencintai lelaki “ kata Walfiah .
“Kalau begitu saya akan tunggu sampai bila-bila “ kata Amran Raziq . Walfiah hanya memberikan senyuman manis buat lelaki berada di sebelahnya . Kini kerisauan dia mula hilang tetapi sebak di hatinya masih terasa .
.....................................................................................................
Yasrina mencari wad icu di mana Aliza di rawat . Akhirnya Yasrina berjaya mencari wad tersebut . Kelihatan Aliza sedang merenung jauh di luar tingkap . Dia berasa penat , letih , sakit dan semuanya . Pintu rawatan Aliza dibuka secara perlahan-lahan . Aliza berpaling ke arah Yasrina . Yasrina menutup pintu rawatan Aliza . Dia segera memeluk Aliza kerana dia bersyukur Aliza tidak apa-apa.
“Lepaskan aku “ kata Aliza dengan nada lemah . Dia sesak kerana Yasrina memeluk dirinya . Aliza masih lagi dalam dakapan Aliza . Aliza segera menolak Yasrina dengan kuat sehingga Yasrina jatuh ke lantai .
“Kau dah buat Walfiah menderita sekarang kau nak buat aku menderita ? Kau ! Kau pergi balik dengan Amila dan Erin ! Pergi ! Aku tak nak tengok muka kau di sini ! “ kata Aliza dengan geram . Tiba-tiba Aliza batuk berdarah . Dia segera mencapai tisu lalu mengesat mulutnya .
“Kau tak okay Liz , aku tolong kau ya ?” soal Yasrina .
“Aku lebih rela mati dari tengok muka kau ! Bagi aku kau lagi keji dari Walfiah ! Walfiah selama ini menderita kerana kandungannya dan kerana kau . Dia ingat kau kawannya tetapi sekarang aku sedar kau siapa .... sekarang aku sedar kau ialah sampah dalam hidup kami berdua ! Cermin muka kau dulu sebelum kau datang kepada aku dan juga Walfiah ! Sedar diri la ! Kawan baik konon ! Kawan baik tahi kucing ! Kau pergi dari sini ! Pergi !” kata Aliza dengan geram . Meskipun dia hmaapir nak pitam tetapi dia cuba tenangkan diri .
“Maafkan aku Aliza .. aku benar-benar minta maaf . Aku khilaf ... maafkan aku “ kata Yasrina .
“Jangan minta maaf pada aku la ! Minta maaf pada Walfiah !” kata Aliza . Yasrina mengalirkan air matanya sejurus Aliza mengatakan dia perempuan sampah . Dia pergi meninggalkan Aliza di wad . Yasrina berjalan dengan sedih . Perihnya hati ini sehingga dirobek dan dikoyak oleh benda tajam .
“Aku berdosa Walfiah ! Aku berdosa Aliza ! “ jerit Yasrina di luar hospital . Hujan akhirnya turun membasahi bumi . Yasrina berjalan di dalam hujan .

No comments:

Post a Comment