Datuk Sofian segera menuruni tangga untuk bertemu dengan Encik Osman . Zakri pula sedang menanti ayahnya untuk berbicara dengannya . Datuk Sofian hanya tersenyum melihat Zakri , dia berharap agar Zakri sudah membuat keputusan yang tepat . Dia juga berharap agar Zakri menerima Rozel sebagai isterinya .
“Pa , Zakri nak cakap sesuatu dengan papa “ kata Zakri setelah bangun dari sofa yang baru sahja dia duduk . Datuk Sofian pula melangkah mendekati anaknya . Dia tahu anaknya pasti sukar untuk membuatkan keputusan yang menentu kehidupannya .
“Ada apa Zakri ?” soal ayahnya .
“Zakri ... Zakri akan terima menikah dengan anak kawan papa “ kata Zakri . Begitu sukar untuk dia melafazkan bahawa dia mahu menikah dengan gadis pilihan ayahnya . Datuk Sofian hanya tersenyum dan menepuk bahu anaknya itu .
“Terima kasih Zakri kerana setuju dengan pilihan papa , papa tahu Zakri takkan pernah menghampakan papa sedikit pun kan ? Terima asih Zakri “ kata ayahnya lalu memeluk anaknya dengan penuh rasa gembira dan bersyukur sekali . Zakri pula membalas pelukan ayahnya dengan wajah yang penuh muram . Dia hanya tersenyum pahit .
“ Oh ya , Zakri jangan lupa malam ni papa dan kawan papa akan perkenalkan Zakri denagn anak gadis kawan papa . Jadi Zakri kena bersiap sebelum pukul 8 malam “ kata Datuk Sofian setelah dia merungkai pelukannya .
“Amboi bang , pergi ke mana tak ajak saya “ kata isterinya yang baru saja menuruni tangga untuk berjumpa dengan kawannya . Datuk Sofian hanya tersenyum .
“Malam ni dinner dengan kawan lama saya yang , dan ada lagi satu suprise tau ....Zakri akan menikah “ kata Datuk Sofian . Datin Maimunah terkejut campur gembira sekali .
“Betul ke bang ? Syukur alhamdulilah ...anak mama akan menikah juga ....” kata Datin Maimunah dengan nada yang penuh gembira .
“Oh ya , malam ni saya ingat nak ajak sayang pergi dinner di rumah kawan lama abang . Sayang nak ikut ?” soal Datuk Sofian .
“Mestilah .” kata Datin Maimunah . Zakri tersenyum melihat senyuman yang terukir di bibir ibunay meskipun dia sakit hati dengan hal ini namun dia rela asalkan orang tuanya bahagia melihat dia menikah dengan anak gadis kawan ayahnya .
Rozel sedih setelah melangkah masuk ke dalam kuliah di mana dia terjumpa Irfan Zakwna iaitu kekasih hatinya tersenyum ke arahnya . Dia tak mampu mengatakan hal yang mengecewakn pada lelaki itu . Namun dia terpaksa agar lelaki itu memahami keadaannya sebelum terlambat .
“Irfan , boleh saya cakap dengan awak sebentar ?” soal Rozel . Irfan tersenyum dan hanya sekadar mengangguk . Mereka berjalan ke arah kantin di mana mereka selalu berbual di situ . Irfan mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Rozel .
“Apa yang awak nak cakap ?” soal Irfan .
“Saya rasa...cukuplah setakat ni Irfan . Saya nak ...hubungan kita putus “ kata Rozel . Irfan terkejut . Yatuhan benarkan apa yang dia denagr sendiri dari mulut kekasihnya ? Mengapa Rozel sanggup berkata sedemikian ?
“Ke...kenapa Rozel ? Apa salah saya ? “ soal Irfan . Dia tak mampu lagi menahan sebak dihatinya. Rozle juga tak sanggup melihat kesedihan Irfan . Sedikit pun dia tak sanggup . Kini dia berpaling ke arah lain .
“Saya ada kelas , saya pergi dulu “ kata Rozel kemudian dia bingkas berdiri danpergi meninggalkan Irfan . Namun Irfan lebih pantas darinya . Irfan segera mencapai lengan Rozel dan itu membuatkan Rozel segera berpaling ke arahnya .
“Bagitahu saya Rozel , bagitahu saya kenapa hubungan kita putus ?” soal Irfan . Rozel tak mampu berkata apa-apa . Hanya air matanya sahaja yang mampu mengalir . Hatinay sakit melihat Irfan sedih di hadapannya . Dia cuba menahan sedihnya namun tak bisa .
“Maaf Irfan .... saya ada kelas . Saya nak cepat “ kata Rozel kemudian dia menarik kembali lengannya yang baru saja ditangkap oleh Irfan . Namun dia tak mampu melepaskan tangannya itu kerana tangan Irfan lebih kasar dan kuat darinya .
“Beritahu saya Rozel .... kenapa awak tak mahu beritahu saya ? Adakah ini berhubungan dengan ayah kita berdua ?”kata Irfan . Rozle terkejut . Dia segera berpaling ke arah Irfan .
“Ianya langsung tak ada kaitan sama sekali “ kata Rozel . Dia meronta-ronta agar tangannya dilepaskan . Dia tak mahu Irfan tahu yang dia pergi meninggalkannya hanya kerana cinta mereka terlarang .
“Habis tu kenapa awak nak putus ?! Kenapa ?!Beritahus aya sejujurnya Rozel ....saya ingin tahu dan saya berhak tahu “ kata Irfan lagi agar Rozle memberitahunay perkara yang sebenarnya . Rozle pula tak sanggup berkata apa-apa .
“Sebab.....sebab ......” Rozel tak mampu berkata apa-apa lagi . Dirnya resah melihat Irfan yang menyeksa dirinya untuk beritahu hal sebenar .
“Rozel , jawab dengan jujur . Adakah awak mencintai saya ?” soal Irfan . Rozel lemah dengan soalan Irfan sebentar tadi . Apa yang harus dia kata? Dia tak mampu menghindar lagi . Irfan segera memelukunya dengan rasa sedih .
“Beritahu saya Rozel “ kata Irfan . Pelukan Irfan semakin erat . Rozle mula meronta-ronta untuk dilepaskan . Dia akhirnya menolak Irfan dengan kuat .
“Lepaskan saya Irfan ! Berdosa awak memeluk saya !” kata Rozel . Kini Irfan merungkaikan pelukannya .
“Jadi adakah tak berdosa kalau awak bohong saya sepanjang masa ?Jawab saya Rozel ! Adakah awak cintakan saya ?” soal Irfan dengan nada yang agak keras .
“Tak ! Saya tak cintakan awak Irfan Zakwan bin Razak ! Sama sekali tidak !” bentak Rozle dnegan geram . Kini dia berjalan menuju ke arah kelasnya tanpa halangan lagi . Irfan pula hanya pasrah dan sedih dengan keputusan Rozel .
‘Maafkan saya Irfan ...mungkin ini takdir . Takdir di mana kita seharusnya berpisah !’ kata Rozel di dalam hati . Dia mengesat air matanya sebelum masuk ke dalam kelas . Dia hanay sekadar tersneyum melihat Sarah dan Raiza . Namun mereka berdua telah tahu apa yang berlaku di antara Rozel dan juga Irfan .
Rozel melangkah masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari kuliah . Kelihatan dia agak lemah untuk berhadapan dengan semua ini . Dia amat-amat berharap agar ayahnya berubah fikiran . Andai bisa diputarkan waktu , mahu saja dia menolak pernikahan itu . Namun itu kuasa tuhan , kita sebagai hambanya tak mampu mengubah takdir .
Rozel membersihkan dirinya kemudian solat . Setelah itu dia bersiap-siap untuk makan malam meskipun dia tak rela . Dia membuka pintu kamarnay sedikit . Kelihatan kawan lama ayahnya sudah pun sampai tetapi dia sama sekali tak jumpa bakal suaminya itu . Dia mengeluh kemudian dia menarik nafas sedalam-dalamnya .
“Mana anak kau Sofian ?” soal Encik Osman . Kelihatan Zakri baru sahaja masuk setelah mengunci keretanya .
“Assalamualaikum pak cik ?” soal Zakri kemudian dia menyambut huluran tangan Encik Osman .
“Oh ini Zakri ... segak orangnya “ kata Adia iaitu ibu Rozel . Kemudian dia melihat Rozel sekeliling namun bayangan gadis itu langsung tidak muncul . Lily Qistina berbisik pada ibunya agar tidka menimbulkan salah faham di antara keluarga kawan lama ayahnya .
“Ibu .... Lily panggil kakak dulu “ kata Lily dalam nada berbisik . Puan Adia hanya sekdar mengangguk dan memerhatikan langkah anak bongsunya menuju ke arah bilik Rozel .
“Oh ya , jemput makan dulu “ kata Puan Adia . Mereka menuju ke arah meja yang telah dihidangkan berbagai jenis makanan dan kuih – muih . Lily Qistina mengetuk pintu bilik kakaknya . Air mata Rozel dikesat kembali . Dia cuba menahan perih kemudian dia membuka pintu biliknya . Dia tersneyum melihat adiknya .
“Kak , mereka dah sampai “ kata Lily Qistina . Rozle hanay sekdar mengangguk kemudian Lily menuruni tangga untuk menolong ibunya di dapur . Rozel segera menutup pintu biliknya dan menuruni tangga dan akhirnya melangkah ke meja makan .
“Ah , itu pun anak abah “ kata Encik Osman . Rozel hanya tersenyum namun senyuman pudar apabila melihat seorang lelaki kini berada di hadapannya . Lelaki itu telah menyeksanya 4 tahun dahulu . peristiwa itu masih lagi terbayang-bayang .
“Za...Zakri ?” soal Rozel dalam nada menggigil . (s
No comments:
Post a Comment