Thursday, 15 March 2012

Seutuh Kasih Rozel 3

Rozel ke kantin kuliah di mana dia dan kawannya Sarah dan Raiza selalu ke situ untuk berbual kosong setelah habis kuliah . Mereka berbual kosong sambil minum air Pepsi . “Haih , Rozel macam mana hubungan kau dengan Irfan ?” soal Sarah secara tiba-tiba . Rozel uga terkejut dengan soalan Sarah setelah dia menghirup air Pepsi untuk menghilangkan kehausannya .
“Kenapa kau tanya ? Dan apa maksud kau tanya aku sebegitu ?”soal Rozel . Rozel memandang tepat ke arah Sarah untuk mencari segala maksud yang terkeluar dari mulut Sarah .
“Maksud aku , ayah kau tu bagi ke kau couple dengan Irfan ?” soal Sarah kembali . Rozel mula rasa aneh . Kenapa dengan Irfan ? Adakah Irfan pernah membuat salah ?
“Apa maksud kau Sarah ? Aku tak faham ?” soal Rozel dengan rasa tidak sedap hati .
“Kau tak tahu ke ? Irfan tu anak Datuk Razak dan dia juga merupakan musuh kepada syarikat ayah kau , aku takut ayah kau akan melarang hubungan kalian berdua “ balas Sarah . Raiza hanya sekdar mendengar . Rozel terkejut dnegan kata-kata Sarah . Apa benar maksud kawannya itu ?
“Patutlah .... patutlah ayah aku selalu saja melarang aku bertemu dengan Irfan ... jadi ternyata ..ternyata ayah aku “ Rozel tak mampu berkata lagi . Sakit hatinya setelah dia mendapati cintanya dilarang oleh ayahnya sendiri .
“Ia Rozel .... ayah kau takkan restu hubungan kalian berdua “ kata Sarah lagi . Rozel segera berpaling ke arah Sarah kembali .
“Sabarlah Rozel “ kata Raiza setelah melihat air di tubir mata Rozel mula menitis . Kasihan betul gadis itu .
“Aku nak balik “ kata Rozel . Kemudian dia bingkas bangun dari tempat duduknya itu setelah melihat kereta ayahnya muncul . Dia membuka pintu kereta ayahnya setelah mengelap air matanya . Sarah dan Raiza pula hanya mampu melihat gadis itu pergi . Mungkin kata-kata Sarah membuatkan dia sedih tetapi itulah kebenaran yang tidak bisa diubah .
Rozel merenung di luar tingkap kereta . Suasana yang menarik di luar langsung tidka memikat hatinay langsung . Malahan sakit di hati masih tidak dapat ditanggung . Sampai hati ayahnya sanggup melakukan perkara hal sedemikian rupa . Dia hanya mampu bersabar . Setelah dia tiba di rumah , dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan lemah . Dia sendiri tidak pasti adakah dia terluka kerana cinta untuk sekali lagi ?
“Rozel , ayah mahu cakap dengan kamu sekejap “ kata ayahnay setelah mereka tiba di rumah . Rozel hanay sekdar mengangguk dan mengekori langkah ayahnya ke ruang tamu . Kemudian , dia duduk di sofa .
“Ada apa ayah nak cakap ?” soal Rozel setelah mereka duduk di sofa . Encik Osman pula mengeluh seketika . Dia tidak sampai untuk mengatakan hal yang mengecewakan baginya tetapi dia terpaksa juga mengatakannya agar Rozel tidak lagi mendekati Irfan .
“Mulai dari hari ini , jangan kamu pernah sebut nama Irfan , bertemu dengan Irfan dan berbual dengannya “kata Encik Osman . Rozel segera berpaling ke arah ayahnya denagn wajah sedih .
“A..apa ?” soal Rozel dengan nada terketar –ketar .
“Dan ayah mahu Rozel menikah dengan seorang pemuda yang tampan dan sesuai untuk Rozel “sambung ayahnya lagi .
“Tapi .... Rozel tak boleh terima yah , Rozel sudah mencintai Irfan dengan separuh iwa Rozel ni . Rozel sangat mencintai dia “ kata Rozel . Ayahnya sedikit pun tidka hairan dnegan tangisan Rozel . Dia mahu tahu bahawa dirinya sangat sayangkan Rozel dan dia tidak mahu Rozel menikah dnegan orang yang salah .
“Rozel , segala apa yang ayah buat ni adalah demi kebaikan Rozel . Ayah tak nak Rozel menikah dengan orang yang salah . Lagipun kali ini Rozel takkan terluka kerana cinta kerana ayah yakin seorang pemuda ini bakal membuat Rozel bahagia “ kata Encik Osman .
“Tapi yah , Rozel belum bersedia “ kata Rozel lagi agar ayahnya mempertimbangkan hal ini sekali lagi . Dia tak mahu menikah dnegan orang yang  dia tidak cinta . Dia tidka rela . Sekalipun tidak .!
“Rozel , ayah tak nak kamu berjumpa dengan Irfan lagi .... ayah tahu irfan baik tapi dia tidaklah sebaik dengan orang yang ayah jumpa “ balas Encik Osman kemudian mendekati anaknay dengan nada merayu .
“Ayah ... tolonglah ... kalau ayah memahami Rozel jangan paksa Rozel menikah dnegan orang yang Rozel tak cinta dan Rozel tak kenal “ kata Rozel dengan nada lemah .
“Rozel , cinta tu boleh dipupuk setelah menikah . Kenal juga boleh dipupuk setelah berumpa “ kata ayahnya agar Rozel memahaminya .
“Baiklah , Rozel akan terima dengan pernikahan ini tetapi ini sebab Rozel sayangkan diri Rozel dan ayah “ kata Rozel . Ayahnya segera memeluk Rozel dengan nada gembira . Dia betul-betul bersyukur mendapat anak yang mendengar kata-katanya . Rozel pula hanya mampu berserah kepada tuhan bahawa pernikahan ini bakal membuat dia bahagia bukan untuk seketika tetapi selamanya .
“Apa ? Menikah ?” soal Zakri ke arah ayahnya . Ketika itu , Zakri baru saja pulang dari  syarikat ayahnya . Ternyata inilah hal penting yang ayah dia ingin perkatakan di rumah bukan di telefon bimbit .
“Ya , Zakri . Menikah . Menikah dengan anak kawan papa “ kata ayahnya lagi . Zakri benar-benar tidka memahami ayahnya . Apa benar dia harus menikah ? Bukankah dia baru sahaja pulang dari luar negara dan mahu berehat seketika dia Malaysia dan sekarang ayahnya mahu dia menikah ? Tidka ini kerja gila !
“But ....but ..why ? Kenapa Zakri kena menikah ? Zakri masih muda lagi kan pa ? Jangan paksa Zakri pa . I don’t want !”j elas Zakri . Ayahnya juga memahami keadaan Zakri tetapi dia juga tak mahu kawan lamanya terseksa.
“Zakri .... kamu kena juga menikah . Sampai bila kamu nak hidup membujang ? Sampai bila ? Papa juga teringin nak tengok anak papa menikah “kata Datuk Sofian . Zakri kini benar-benar sakit hati . Dia tak mahu menikah !
“Zakri tahu tu pa , tapi papa boleh kan beri Zakri peluang ? Peluang untuk Zakri mencari wanita pilihan Zakri ?” soal Zakri balik .
“Zakri nak tanya papa , adakah ini semua berkaitan dengan lelaki yang papa jumpa tadi ?” soal Zakri . Datuk Sofian terkejut dengan kata-kata Zakri . Ternyata anaknya jauh lebih pintar darinya . Mungkin dia tidak patut memaksa anaknya tetapi kali ini dia benar-benar terpaksa .
“Ya Zakri . Dia kawan lama papa . Anak dia sekarang bercinta dengan anak musuh Syarikat Datuk Razak  . Kawan papa tak mahu dia menikah dengan anak kepada musuh syarikat dia dan papa dah berjanji dengan dia . Lagipun , papa yakin Zakri boleh bahagiakan gadis itu “ kata Datuk Sofian . Zakri mengeluh sekali lagi . Kalau benarlah ayah dia mengerti tentang keadaan dia sekarang mengapa ayahnya memaksa ?Takkanlah dia mahu berkahwin dengan gadis yang dia sama sekali tak cinta ?
“Pa , tolonglah .... Zakri minta tolonglah batalkan niat papa . Zakri tak mahu menikah ... tolong la pa . Kalau Zakri menikah dengan gadis tu pun , Zakri tak boleh bahagiakan dia langsung . Percayalah pa “ kata Zakri .
“Maaf Zakri , papa tetap nak juga kamu menikah dengan gadis tu tak kira apa jua sekalipun . Papa tahu ini sukar bagi Zakri tetapi dia kawan lama papa Zakri . Zakri mahukan menikah dengan anak gadis kawan papa ?” kata Datuk Sofian .
“Tapi ..pa “ Zakri tak sempat berkata apa-apa setelah ayahnya berkata teerbih dahulu . Dia juga memahami keadaan ayahnya tetapi takkan ayahnya mahu membabitkan dia sekali ? Dia tak mahu ! Dia hanya mahu menikah dengan gadis yang dia cinta ! Itu saja !
“Zakri ... tolonglah . Papa merayu pada kamu lagipun gadis itu seorang yang baik dan Zakri takkan menyesal . Zakri .... papa tahu apa perasaan kamu sekarang dan papa tahu kamu sangat kecewa dengan sikap papa kan ? Tak mengapa jikalau kamu membenci papa tapi kamu menikah lah dengan seorang gadis ini . Lagipun papa tak mahu lagi kamu keluar setiap malam dengan perempuan , balik mabuk ...papa tak nak ! Kamu nikahlah dengan pilihan papa “ kata Datuk Sofian agar anaknya memahami dirinya .
“Pa , Zakri sayang dengan papa . Zakri janji akan buang sikap lama dan buruk Zakri . Cuma Zakri tak mahu menikah buat seketika ini , Zakri tak nak !” kata Zakri . Dia mengeluh .
“Maaf , Zakri . Papa bukan tak percaya pada kamu cuma papa tak yakin yang sikap lama kamu boleh diubah . Sedangkan kamu sudah membuktikannya setiap hari setelah kamu pulang ke London . Apa nak jadi dengan kamu ni Zakri ? Siapa yang buat kamu begini ?” soal Datuk Sofian dengan geram .
“Zakri mahu bebas pa , itu aja . Tapi kalau papa paksa Zakri untuk buang tabiat lama tu boleh tetapi dengan syarat Zakri tak mahu menikah dengan pilihan papa , Zakri tak nak !” bentaknya . Kini kesabarannya tak dapat lagi ditahan setelah ayahnya berusaha agar dia menikah dengan pilihan ayahya meskipun dia tak mahu .
“Zakri , kalau benar Zakri sayangkan papa . Zakri kena ubah sikap Zakri dan menikah dnegan pilihan papa . Papa tunggu keputusan Zakri sehingga esok , kerana esok papa akan berjumpa dengan kawan lama papa dan anak gadisnya itu . Oh ya , sebelum terlupa nama anak dia ialah .....” Datuk Sofian mula berfikir . Mungkin Zakri  tak mahu mendengar nama gadis itu langsung . Jadi lebih baik dia berdiam diri saja .
“Papa masuk bilik dulu “kata Datuk Sofian . Zakri pula menggengam penumbuknya . Begitu sakit hatinya tak dapat dibayangkan setelah ayahnya  mahu memaksanya menikah dengan gadis bukan pilihannya . Namun begitu , dia berfikir sejenak .Adakah ini semua demi kebaikan dia ? Adakah dengan cara ini boleh membuatkan ibu dan ayahnya gembira ? Dia tidak berhenti berfikir .
Rozel kembali ke kamar setekah dia berbincang dengan ayahnya  soal  pernikahan tersebut . Dia mengeluh seketika , kemudian dia melihat jam di pergelangan tangannya . Sudah masuk waktu maghrib . Dia segera membersihkan diri lalu mengambil air wuduk untuk solat .
Setelah itu , dia berdoa kepada tuhan . Air matanya menitis memikirkan Irfan Zakwan iaitu lelaki yang s elalu membahagiakannya setiap hari tak kira waktu dan juga tempat . Hatinya selalu berkata agar menerima insan seperti itu . Namun , jodoh hanya di tangan Allah . Kita sebagai manusia hanya mampu merancang .
“Ya Allah , berikanlah hamba petunjuk . Benarkah pilihan ayahku benar-benar tepat buatku dan boleh membahgiakan diriku di dunia dan di akhirat ? Aku bermohon padamu ya Allah, kau berikanlah petunjuk padaku agar aku takkan menyakiti sesiapa pun termasuk insna yang selalu membahagiakan diriku iaitu Irfan Zakwan ... aku mohon padamu ya Allah . Amin “ doa Rozel Qistina . Setelah itu dia merungkai kain telekungnya .
Kedengaran satu ketukan pintu dari arah luar . “Masuk !” laung Rozel dari arah dalam . Kelihatan adiknya Lily Qistina tersenyum setelah membuka pintu bilik Rozel . Rozel hanya membalas senyuman adiknya itu .
“Baru lepas solat ke ?” soal Lily . Rozel hanya sekadar mengangguk . Dia melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya kemudian dia duduk di birai katil .
“Kenapa kakak menangis ?” soal Lily . Rozel yang baru perasan segera mengesat tangisannya . Namun ianya sudah terlamabt kerana adiknya terlebih dahulu sudah mengetahuinya .
“Tak ada apalah “ kata Rozel dengan selamba .
“Ini mesti soal pernikahan kakak kan ?” soal Lily . Rozel terkejut . Mungkin ayahnya sudah memberitahu adiknya terlebih dahulu . Rozel hanay tunduk pasrah . Air matanya tiba-tiba saj agugur . Tak mampu menahan sebak di hati .
“Kak , janganlah nangis . Lily tahu kakak sedih ..... tapi ini jodoh kak . Kita sebagai hambanya tak mampu menukar takdir . Kita juga tak mampu menukar jodoh kita ....mungkin semua ini ada hikmah “ kata Lily . Rozel menggeleng .
“Kalau ada hikmah , kenapa kakak boleh terseksa sedemikian rupa ? Kakak tak sanggup nak hampakan perasaan orang yang kakak sayang terutama Irfan . Dia pasti benci kakak ! Kakak tak mampu tengok dia terseksa dik . Hati kakak sakit . Biarlah kakak terluka kerana kakak tak mahu dia terluka sedikit pun ... “ kata Rozel . Lily Qistina segera memeluk kakaknya agar bersabar . Dia tahu kakaknya sukar untuk menerima jododh yang bukan pilihannya sendiri .
“Kak ...semua ni ada hikmah ..mungkin lepas akak menikah . Irfan juga akan mengerti perasaan kakak dan keadaan kakak sekarang ni . Adik yakin , Irfan takkan memarahi akak ...lagipun akak pernah cakap pada Lily yang dia sangat cintakan akak . Jadi tak mungkinlah dia akan membenci kakak “ kata Lily agar kakaknya memahami . Rozel menggeleng . Dia menangis teresak-esak dan tak mampu mengawal perasaanya . Lily menggosok belakang kakaknya agar kakaknya tenang .
“ Kakak ...takut ..kakak takut Irfan akan benci dengan kakak . Kakak juga takut dia tak boleh terima kakak sebagai kawannya nanti . Macam mana kakak nak hadapi semua ini ?” soal Rozel .
“Kakak mampu . Llily yakin ...kakak mampu tangani semua ini meskipun semua cabaran dalam hidup kakak sukar kakak tempuhi tapi ...Lily yakin ...kakak mampu “ kata Lily agar kakaknya dapat menerima semua ini dengan redha . Rozel mengeratkan pelukannya .
“Terima kasih Lily ... terima kasih kerana memahami kakak . Kakak takkan lupa kata-kata Lily . Terima kasih kerana bantu kakak selesaikan semua masalah kakak “ kata Rozel .
“Kakak tak perlu ucapkan terima kasih pada Lily ... kakak perlu ucapkan syukur pada Allah kerana dapat menenangkan hati kakak dengan solat sebentar tadi . Selagi kakak dekat dengan Allah selagi itu Allah akan menolong kakak . Allah takkan tolong kakak sementara tetapi selamanya ....selamanya Allah akan tolong kakak kalau kakak ingat Allah “ kata Lily . Rozel tersenyum dalam tangisna . Kini tangisannya dapat dikawal . Dia bersyukur kerana hatinya sudah mula tenang .

No comments:

Post a Comment